Lukisan yang berada di atas meja segera dicontengnya. Lukisan tiga orang yang berada di sebuah taman. Lalu dia menconteng muka seorang perempuan dengan warna merah. Kini yang tinggal 2 orang. Dia menconteng muka lelaki itu pula. Dia meletakkan dua tanduk di atas kepala lelaki itu. Air matanya mula menitis jatuh ke pipinya. 'Haikal.....' bisik hatinya. Serta-merta ingatannya kembali kepada masa kecil.
******
"Kal.... Kal sayang tak dekat Nurul?" Soal Nurul yang berusia 8 tahun."Kal sayang Nurul. Sayang sangat."
"Kal...bila dah besar nanti Nurul nak jadi macam Kal. Sebab Kal kan pandai. Nurul ingat nak masuk universiti sama macam Kal."
"Eh! Mana boleh nanti mesti ramai lelaki nak tackle Nurul. Nanti Kal jeles. Kalau Kal merajuk siapa nak pujuk Kal? Siapa nak gaduh dengan Kal? And, siapa nak main dengan Kal?"
"Kal mainlah dengan Sophia anak jiran Nurul."
"Nurul tak jeles ke kalau Kal ada hati dekat Sophia? Nanti tak pasal-pasal Sophia mengadu dekat ayah dia. Lepas tu suruh ayah dia marah Nurul,nak ke?"
"Kal!!" Serta-merta kenangan itu hilang. 'Aku benci kau,Haikal!'
******
Haikal cuba mendail Emma. Namun gagal. Dia mencuba lagi sehingga Emma mengangkat panggilannya."Where are you?! Kenapa tak jawab call I! You tahu tak I tengah stress dengan semua benda! You pulak buat hal! You memang saja tak angkat call I kan?" Tengking Haikal pada Emma. Emma hanya berdiam diri.
"Kenapa you call I? Kenapa tak call ex girlfriend you! You pergi jelah kat dia. Tak payahlah you cari I lagi."
"You jangan nak melebih! I dah pilih you. Kalau I pilih Nurul,dah lama I kahwin dengan dia. By the way Nur Emma binti Abdullah. I'll make sure you akan ikut semua kehendak I!"
"You dengan dia sama je. Dua-dua gila meroyan! You ingat I nak kat you sangat ke! Hey! Adam Haikal bin Abdul Halim you ingat I nak kat you sangat ke?!" Tengking Emma pula. Haikal memutuskan talian.
******
3 bulan kemudian....Hubungan Liyana dan Ahmad Iqbal semakin rapat. Lama-kelamaan Liyana dapat menerima Ahmad Iqbal sebagai seorang kawan. Liyana memandang Ahmad Iqbal yang dari tadi tersenyum sorang-sorang.
"Iqbal... kenapa awak senyum? Dapat projek baru ke?"
"Mana adalah. Saja je nak senyum. Kenapa tak boleh ke saya senyum? Ada ke sign board yang tulis 'Ahmad Iqbal dilarang untuk senyum?' hmm?"
"Awak ada nampak ke? Sebab saya tak nampak pulak?" Soal Liyana. Dia terus meneguk cappuccino yang berada di atas meja. Ahmad Iqbal ketawa kecil.
"Awak ni! Tak adalah saya cuma teringat masa mula-mula kenal awak. Arrogant jugak awak ni kan? Egolah macam-macam cara nak berbaik dengan awak. Dahlah suka panggil saya Mr Ahmad Iqbal. Apalah awak ni." Ahmad Iqbal menggelengkan kepalanya.
"Alaa hai Mr Ahmad Iqbal ni! Awak ni kan suka sakit hati saya. Saya tinggal awak baru tahu!" Marah Liyana dia pura-pura mengambil beg tangannya.
"Alaa...jangan tinggal saya. Saya takut tinggal sorang-sorang."
"Ishh awak ni kan! Mengada-ngada sangat tahu tak. Saya cubit awak baru tahu!"
"Janganlah cubit saya. Nanti tak pasal-pasal saya masuk wad. Macam mana dengan awak? Siapa nak jaga awak?"
"Saya jaga diri sendirilah."
"No! Kalau orang jahat cuba nak apa-apa,kann awak macam mana? Siapa nak tolong awak?"
"Saya kicklah dia. Baru padan muka dia."
"Banyak cakap betullah awak ni kan! Saya cubit awak baru tahu."
"Jangan nak mengada-ngada Mr Ahmad Iqbal." Liyana meninggalkan Ahmad Iqbal.
YOU ARE READING
Pergilah Cinta
Short StoryNurul seorang perempuan yang penuh dengan dendam yang membara kepada sepupunya. Setelah putus tunang dengan sepupunya, dia bertekad untuk membalas dendam terhadap sepupunya bersama tunang sepupunya. Haikal dan Emma adalah nama musuhnya. Kerana satu...