1 | INCHEON

68 1 1
                                    

LAPANGAN TERBANG INCHEON, KOREA 2015

SEO EUN-GI duduk di bangku menunggu sambil membaca sebuah novel bertajuk Air Mata Bahagia. Rain pula sedang berdiri kaku memandang lurus menyandar badan di hadapan tingkap kaca. Pemandangan luar dihiasi oleh bintang malam dan lapangan terbang dipenuhi kapal terbang. Seo Eun-Gi kaku dan keluh dengan pertemuan ini. Seo Eun-Gi jadi kehilangan perkataan untuk mengeluarkan bicara. Hanya mampu memandang Rain yang berdiri memandangnya seperti orang asing. Ya benar dia memang orang asing. Rain tidak kenal rupa baru ini. Rain tidak mungkin akan tahu rupa baru ini. Rain, jika tahu tentu akan berlari mendapatkan dirinya ketika ini. Tapi kini mereka berdepan sebagai orang lain bukan saling mengenali. Bukan juga ada ikatan hati. Pedihnya di hati Seo Eun-Gi hanya dia yang tahu segala rahsia. Hanya dia yang simpan segalanya. Sudah dua kali mereka bertemu.

Eh! Sekejap... itu gadis tadi kan, takkan aku buat tak kenal? Gadis korea... yang boleh fasih cakap melayu.

"Hai..."

Seo Eun-Gi mengerdipkan mata. Rain menegurnya. Degup jantungnya laju selaju ERL. Seo Eun-Gi terus mengisyaratkan Rain duduk. Langkah Rain termati di depan Seo Eun-Gi. Kemudian duduk di kerusi kosong sebelah Seo Eun-Gi.

"Novel tu..." bicara Rain mati di situ apabila melihat Seo Eun-Gi bersahaja menghulurkan novel dan memandang dan senyum kepadanya.

"Ya novel melayu..." Seo Eun-Gi masih melihat reaksi Rain betapa dia fasih berbahasa melayu.

Errr... kenapa suara gadis ini seperti seringku dengar dahulu? Siapa gadis ini sebenarnya? Mengapa mereka dipertemukan lagi di sini. Hati Rain resah sendiri.

"Kenapa dengan novel ni?" Seo Eun-Gi pandang novel di tangan yang masih belum bersambut dan wajah Rain silih berganti. Berlagak yang dia tidak tahu apa-apa dan tiada apa-apa yang berlaku sedang sebenarnya dia sudah hilang pertimbangan hati sendiri sebaik Rain memulakan bicara tadi.

"Kenapa?" soalan diaju lagi tapi Rain seolah-olah sedang berfikir tentang sesuatu. Mengingati suara seseorang yang benar-benar mirip dalam memori kepalanya. Mana mungkin dia ada kekuatan untuk membuang suara itu dari memori tempurung kepala dan otaknya. Kalaulah boleh, sudah lama dia mahu amnesia. Seksanya merindu hanya ALLAH yang tahu.

"Ada apa ya?" pelik dengan Rain yang bertanya dengan perkataan pendek-pendek. Kata-katanya tidak dihabiskan.

"Awak faham tak baca novel tu?"

Seo Eun-Gi tarik nafas. Dia ingatkan apa saja tadi. Senyuman terukir lagi di bibir manisnya.

"Faham. Saya suka baca novel," mana tak faham saya pun orang melayu macam awak juga cuma muka aje dah lain. Awak kenal saya Rain! Jerit batin Seo Eun-Gi.

"Kalau awak nak tahu, dah banyak novel melayu saya baca. Saya memang minat baca novel melayu. Kenapa? Boleh saya tahu kenapa awak banyak soal pada saya ini? Awak hairan ke?" Seo Eun-Gi tarik nafas sambil meletak novel itu di atas tapak tangan Rain.

"Saya pernah kenal seseorang yang sama tabiat macam awak. Usung novel ke sana sini."

Rain angguk kepala. Nak teruskan perbualan dengan gadis ini pun rasanya payah. Namun ditadahkan telinga dan dibiarkan saja bicara lancar dengan gadis ini.

"Kalau saya tak faham perkataan, Mister Google kan ada..."

Seo Eun-Gi lepaskan tawa mesra. Menipu sikit.

Sebenarnya Rain rasa sebu di dada. Rindunya kepada Sofea Armani masih terasa. Kini secara tiba-tiba dia dipertemukan pula dengan seorang gadis korea. Namanya tidak tahu siapa, mereka belum berkenalan cuma berbual gitu-gitu aje dari tadi.

"Sebenarnya saya rasa teruja awak mahu baca novel tebal macam ni. Fully BM... dan awak fasih berbahasa melayu dengan saya," Rain tayang sengih, bagi menutup kecelaruan dalam hati. Novel di tangan dibelek seketika.

"Awak buat apa kat sini? Maksud saya Korea?" Seo Eun-Gi tukar topik perbualan. Hatinya sendiri terseksa dengan perbualan ini. Rindu yang terbendung rasanya telah terlerai. Dia sangat merindui Rain selama Rain hilang dari hidupnya. Namun mahukah Rain menerima dirinya yang baru ini?

"Mencari diri dan seseorang?" wajah Rain yang kacak dipandang. Lelaki ini bertubuh tinggi dengan badan sederhana tidak sado. Potongan rambut pendek dan wajah yang dikategori sebagai kacak itu sudah tentu jadi kegilaan ramai gadis.

"Awak tengok apa?"

Seo Eun-Gi jadi gelabah tiba-tiba. Tertangkap sedang meneliti wajah Rain. Dah rupa macam ayam berak kapur lagaknya.

"Menyimpan memori wajah awak, mana tahu akan bertemu semula lagi." Tutur kata begini buat jantung Seo Eun-Gi melompat-lompat nak keluar dari kepompongnya.

"Saya pasti kita akan berjumpa tak lama lagi, saya Andrian. Nama awak?" Rain hulurkan salam perkenalan dan novel di tangan bertukar pegangan.

"Seo Eun-Gi."

Bergetar juga pengakuan nama watak artis korea dalam drama The Innocent Man aka Nice Guy yang baru ditontonnya. Mampukah hatinya menerima jika dia berterus terang dengan Rain nama sebenarnya nama melayu?

"Nama dan wajah awak memang korea tapi suara dan kata-kata awak buat saya keliru. Nak panggil apa?" Rain merenung wajah Seo Eun-Gi. Mata, bibir warna kulit jauh berbeza dengan dirinya. Cantiknya Seo Eun-Gi. Rambut melepasi bahu dibiar lepas menambah kemanisan wajah gadis itu.

"Saya suka awak panggil saya G. Huruf G. Big G."

Seo Eun-Gi memandang i-board penerbangan ke Malaysia. Sekejap lagi masa boarding akan diumumkan dan Rain masih di sini. Adakah mereka sama-sama balik ke Malaysia?

"G???" Seo Eun-Gi tersentak dari khayalan.

"Awak pula Andrian, nak saya panggil apa?"

"Rain, spelling in English. R.A.I.N hujan..."

Rain buat aksi kedua tangannya bergerak turun di awangan.

Seo Eun-Gi ketawa. Macam dia tak faham maksud nama Rain.

"Awak dah jumpa balik ke diri awak tu dan seseorang yang awak cari?"

Rain tersentak. Soalan Seo Eun-Gi belum dijawabnya awal tadi.

"Belum. Saya baru sampai Korea."

"Jumpa lagi..." Seo Eun-Gi lepaskan nafas lega. Dapat juga dia jauhkan diri dari Rain. Seksa hati dan perasaannya bila mengenang segala yang terjadi antara mereka berdua dulu. Tapi adakah masa kini peluang untuk mereka bersama semula. Itu dia tidak pasti. Seo Eun-Gi memandang seimbas wajahnya di sebalik cermin pesawat. Ada rasa pilu pada masa lalu terlintas di hatinya.

Face-Off CintakuWhere stories live. Discover now