3 | Airoplane

14 0 0
                                    

"Eh awak gila ke tiba-tiba tampar saya!!!" jerit Sofea selepas dapat kembali kekuatan dirinya. Dahlah tak kenal. Sesuka hati mak bapak dia tampar orang. Apa punya manusia.

Adegan tak disangka-sangka berlaku di tengah-tengah lautan manusia.

"You ingat Kaira, bila you dah buat stail macam ni I tak kenal. Nasib baik I jumpa you kat sini."

"Hello..." wajah garang Sofea berserta suara jeritannya.

... Miss Seo Eun-Gi... please proceed to boarding now... Sayup-sayup pengumuman dan nama barunya dipanggil. Sambil pegang pipi yang tentunya merah, Sofea terus melangkah dan tidak mahu memanjangkan angkara lelaki yang memanggilnya Kaira. Dia cuba mengingati siapa lelaki itu.

"Hey! You nak pergi mana, kita belum settle!" lelaki itu menghalang langkah Sofea ke kaunter.

"What?" soal Sofea keras apabila dia perasan lelaki itu berkeras mahu menahannya. Jangan dia tertinggal flight sudah.

"Kenapa? You dah tak kenal I?" balas lelaki itu dengan soalan bernada sinis.

... Miss Seo Eun-Gi... please proceed to boarding now... pengumuman kedua sedang ke udara. Sofea gelisah. Dengan isyarat mata Sofea cuba memanggil seorang petugas.

"Are you Miss Seo Eun-Gi?" seorang petugas menyapa Sofea. Terima kasih ALLAH kerana menyelamatkan aku!

"Ya saya!" angguk kepala juga pantas.

"May I have your boarding pass please?"

Sofea memandang lelaki yang menamparnya sebentar tadi kelihatan keliru. Padan muka! Sesuka hati tampar orang lepas tu tak reti nak minta maaf. Sofea menghulurkan boarding pass yang baru diambil dari beg tangan.

"I escort you for boarding immediately miss," petugas itu segera mengiringi Sofea berlalu. Tanpa memandang lelaki yang menamparnya Sofea terus cepatkan langkah kaki.

Sofea tarik nafas lega. Dalam masa yang sama, mindanya bekerja siapa lelaki itu? Adakah kenal dia atau memang salah orang. Nama asalnya Sofea bukan Kaira. Kenapa lelaki itu yakin dan marah-marah ketika memanggilnya Kaira. Pelik.

Sambil duduk di kelas ekonomi, Sofea pejam mata dan mahu menenangkan perasaannya dengan earphone yang disediakan Malaysia Airlines. Muncul wajah Rain bersilih ganti dengan wajah Mr. X yang menamparnya. Pasti berlaku kekeliruan kepada Mr.X kerana menyangka di Kaira.

"Hai, I Kaira!" seorang penumpang duduk di tepinya menepuk bahu. Dia segera tanggalkan earphone.

Sofea buka mata luas-luas. Serupa tapi tak sama. Kaira bertudung dia tidak. Turun naik dia meneliti Kaira. Baju sedondon. Kebetulan sungguh! Fikirannya masih merancang untuk memulakan kehidupan di daerah asing. Belum ada apa-apa persediaan. Semasa di Incheon dia terus booked tiket to Kota Kinabalu walau pun terpaksa transit di Kuala Lumpur kerana fully booked untuk direct flight.

"Maaf pasal tadi." Kaira sambung bicara.

Sofea masih berkerut kening cuba mencerna maksud Kaira. Sudah takdirnya dia bertemu Kaira di sini.

"Oh tak mengapa saya rasa ada salah sangka memandangkan wajah kita serupa, tapi tak sama." Baru dia sedari apa yang diperkatakan gadis bernama Kaira itu. Mereka berbahasa melayu. Nampaknya Kaira mendengar dan melihat segala yang berlaku tadi dengan Mr.X sudah tentu gadis ini bersembunyi berdekatan.

"Awak nampak confident saya boleh berbahasa melayu?"

Sofea meneliti wajah Kaira. Mata gadis itu merah baru lepas menangis. Rasanya.

"Sebenarnya saya ada dekat tadi. Cuma saya takut Andy berlaku ganas kepada saya," ucapan Kaira dalam nada suara serak.

"Boleh saya tahu apa yang berlaku?"

Kaira diam.

Sofea tidak jadi teruskan pertanyaan yang terlalu peribadi. Mereka baru bertemu.

"Maaf saya tak sepatutnya ambil tahu tapi pipi ni masih berbekas merah agaknya,"

Sofea pegang pipi yang masih terasa tamparan Andy. Berdengung juga sesaat kepalanya.

"Maaf sekali lagi, sebab saya awak dapat habuan. Saya tak menyangka sampai macam tu sekali Andy marah pada saya,"

Sofea menahan jari Kaira dari memegang pipinya. Sofea tidak selesa diperlakukan begitu. Kaira nampak benar-benar menyesal.

"Kebetulan yang tidak disangka. Saya pun tak sangka ada orang serupa saya di Malaysia,"

"Nama awak?" Kaira menurunkan tangannya. Sedar perbuatannya sebentar tadi buat Sofea tidak selesa.

"Seo Eun-Gi,"

"You Korean?"

Sofea angguk. Bohong lagi. Sampai bila? Entahlah. Dia cuma mahu berehat dan kemudian melelapkan mata bertenang dari segala pancaroba dunia sebelum Kapal Terbang mendarat di Kota Kinabalu.

Face-Off CintakuWhere stories live. Discover now