2 | KLIA

19 0 0
                                    

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR, MALAYSIA 2015

SOFEA Armani! Apa kau dah gila! Menyamar jadi gadis korea hanya kerana wajah kau dah jadi cantik dan berubah seratus peratus dari yang asal. Adakah kau waras lagi Sofea Armani? Kata hatinya bertelagah dengan minda. Sambil menarik bagasi beroda dia terus melangkah keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mencari café berdekatan. Aku peduli apa. Yang penting aku telah berjaya menahan hati sendiri dari tewas kepada Rain. Kalaulah Rain tahu dialah pemilik nama Sofea Armani, mahukah Rain menerimanya kembali dalam versi baru? Mahukah Rain? Inilah soalan yang sering minda dan hatinya bertelagah.

Sofea ketap bibir. Tak ada seorang pun yang akan kenal dirinya. Dia sudah berubah seratus peratus secara luaran. Secara dalaman dia masih orang yang sama. Hatinya tidak mungkin dibohongi. Sepanjang berada di Korea dia sudah berusaha mengubah identiti dirinya. Jika masih kerja di tempat lama sudah tentu mereka terkejut dan Sofea ambil keputusan letak jawatan. Menghantar notis secara pos. dia juga sudah uruskan segala pengenalan dirinya dari Sofea Armani kepada Seo Eun-Gi. Biarlah nama korea sekali pun yang penting jiwanya Melayu. Kad pengenalan dirinya yang baru ditenung dan dibelek seketika. Bagus! Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Esok perlu pergi sesi temuduga. Sofea tiba di luar Lapangan Terbang. Seorang pemandu teksi berpakaian seragam putih datang menghampiri sambil tersenyum.

"Taxi miss?"

Sofea memandang pemandu muda di depannya. Dia tak perlukan teksi apa yang dia perlukan adalah udara khatulistiwa Malaysia. Sofea sedut nafas perlahan menikmati suasana luar.

"Terima kasih, saya tak perlu teksi."

Pemuda itu berkerut bila dia ucapkan terima kasih dan lancar dalam bahasa melayu.

"Are you Korean?"

"Ya, saya gadis korea."

"Pertama kali di Malaysia?"

Sofea geleng.

"Berbahasa Melayu dengan baik."

Sofea senyum.

"Saya suka bahasa melayu."

Pemuda itu berlalu hampa bila dia tidak perlukan khidmat teksi.

Sofea mengatur langkah ke café berdekatan. Jam menunjukkan 7.10 pagi. 6 jam 15 minit penerbangan buatnya pagi ini lapar dan penat tapi perlu sambung penerbangan pula ke Kota Kinabalu sekejap lagi dalam 7.30 pagi jika tak delayed. Duduk sambil menggunakan aplikasi telepon canggih di tangan. Minuman Nescafe Mocha di hadapan terbiar begitu sahaja sedang dia asyik melayari facebook, instagram, twitter dan pelbagai lagi aplikasi online dari telepon pintar itu.

Penerbangan ke Kota Kinabalu ditangguhkan setengah jam, pengumuman baru sahaja dibuat. Sofea kena jauh dari hiruk-pikuk kehidupan kota di sini dan semoga pemergiaannya ke daerah baru Rain tidak dapat mengesan dirinya. Dia mahu hidup aman tanpa gangguan mereka yang dikenalinya. Dia mahu membina kehidupan baru dalam suasana baru tanpa sesiapa pun yang mengenalinya.

Ada satu sahaja, mampukah hatinya bertahan dalam kerinduan yang tak bertepi itu. Sedangkan bertemu dan berbual dengan Rain di Lapangan Terbang Incheon Korea pun buatnya gelisah dan gelabah. Apa lagi jika Rain tahu dia masih hidup?

Rain, aku rindu kamu.

Rain, aku sayang kamu.

Rain, kau cinta hatiku.

Rain, kau sultan jiwaku.

Rain, tanpamu gelap siangku.

Rain, denganmu segalanya indah sentiasa.

Rain, lautan api dan ombak sanggup kuharungi bersamamu.

Maafkan aku atas keputusan ini!

"Kaira!" suara lelaki itu menerjah telinga Sofea. Sofea buat tak dengar dan buat tak mengerti. Sekarang ramai yang menyamar mengenali dirinya hakikatnya sebaliknya. Hanya mahu ambil kesempatan.

"Kalau you tak menyahut I panggil you, jangan salahkan I kalau I cium you depan public." Lelaki di depan meja itu merenung tajam wajah Sofea.

"Hello... do I know you? Sorry I bukan orang yang you kenal. Bye!" Sofea angkat muka merenung lelaki yang tidak dikenali menyapanya tanpa sebab. Sambil berdiri dan melangkah menarik beg berodanya Sofea terus melangkah ke arah ruangan boarding. Dia tidak mahu diganggu.

"How dare you to say like that to me! Dasar perempuan tak sedar diri!"

Pang! Satu tindakan yang drastik. Sofea menerima tamparan dari lelaki di depannya. Tangan kanan memegang pipi. Perit pedih pipi itu nyata sekali. Sakit lagi hatinya dengan tindakan gila lelaki ini. Di mana-mana ada saja gangguan yang tidak diingini.

Face-Off CintakuWhere stories live. Discover now