4 | Pertemuan

17 4 0
                                    

Masa lalu

KALAULAH sebuah pertemuan itu tidak terjadi. Mungkin hari ini tiada kisah tercatit dari kisah masa silam. Namun segalanya adalah ketentuan. Semuanya bermula dari sebuah pertemuan. Pertemuan yang tidak dirancang tetapi ditakdirkan. Itulah pertemuan pertama mereka.

Bunyi tapak kasut tumit tinggi mengganggu Rain, langkah demi langkah seperti menghampiri Rain. Tentulah dari seorang gadis yang sedang bersopan jalannya. Langkah kaki gadis itu menghampiri pemuda di bangku taman Perpustakaan Universiti yang kini memasuki musim pelajar-pelajar baru mendaftar masuk.

Rain dan Firdaus sedang berbual-bual di bawah sepohon pokok, tempat istirehat atau meja kumpulan belajar yang telah disediakan oleh pihak Universiti. Musim kuliah tahun akhir mereka baru bermula. Sekarang ini mereka di semester penamat segala cabaran belajar.

"Rain, hari ini ramai pelajar baru tau, geng-geng kita semua dah buat plan," kata Firdaus penuh makna tersirat sambil tersengih-sengih.

"Aku tak minat," jawab Rain.

"Minat? Aku lupa sejak bila pula kau minat awek, dari mula aku kenal kau hingga sekarang kau tetap menolak awek yang aku kenalkan," Firdaus mengejek seperti selalu.

"Jangan macam tu, boleh tak!" geram pula Rain dipermainkan sahabat kampusnya ini.

"Tak cukup lagi atau mahu aku tambah mukadimah yang panjang berjela, apa yang kau takutkan sangat ni?" selamba badak bersahaja Firdaus menghempas gelora hatinya saat ini.

"Entahlah, terasa sesuatu..." jawapan Rain selalu.

"Sesuatu yang macam melekat!" balas Firdaus girang. Matanya melekat pada sosok tubuh seorang gadis tidak jauh di belakang Rain sedang menuju ke arah mereka. Jantung Firdaus bergerak pantas. Kenapa pula dia berasa seperti ini sekarang.

Berkerut kening Rain mendengar perkataan melekat yang terkeluar dari mulut Firdaus. Firdaus ini tak boleh pakai cakapnya. Ada saja helah nak kenakan Rain. Perbualan mereka terhenti seketika. Terkebil-kebil mata Firdaus memandang ke arah sesuatu.

Rain hairan, segera memusingkan tubuh.

"Lain macam aku tengok kau tenung gadis itu," ujar Rain sempat memerhatikan gadis yang sedang melangkah laju itu. Wow! Ayu manis dan sopan. Mata Rain bersinar seketika. Dadanya berdebar semacam.

"Ye ke? Awek tu cun lah," dasar buaya darat Firdaus ni. Semua awek di Universiti nak dijadikan koleksinya. Tak dapat jadi awek jadi kawan pun katanya jadilah. Ada-ada aje.

Rain menggeleng dan tidak mendengar lagi ayat poyo Firdaus seterusnya. Dia tahu Firdaus tetap akan pertahan kehendaknya yang biasa-biasa itu. Buaya darat bila nak sedar diri, betul tak?

"Firdaus Tan Sri Riduan, aku tahu kau tu mampu tanggung hidup tanpa belajar. Kau punya orang tua kaya, punya harta warisan berbillion ringgit, kerabat orang-orang berada pula tu siapa gadis yang tak mahu? Aku ni anak seorang petani kampung, orang biasa-biasa. So cuba kau guna otak bijak kau tu untuk berfikir sekali sekala macam otak aku ni berfikir. Aku ke sini cari awek atau aku ke sini untuk cipta masa depan yang lebih baik. Tolong aku pilih mana satu?" pinta Rain bersahaja menghentikan khayalan Firdaus.

Firdaus gelak sakan. Berdekah-dekah. Itulah ayat canggih Rain selalu. Senjata yang sudah tidak ampuh pada Firdaus. Bila diajak untuk memiliki awek semasa belajar Rain sering menolak sejak dari semester satu.

"Hei ini bukan zaman sekolah menengah. Alam universiti. Siapa yang tak mahu bercinta di alam ini, rugi. Masa inilah kita boleh pilih pasangan setaraf dengan kita," balas Firdaus tidak tergugat dengan penolakan Rain tapi dia ada rancangan.

"Sengallah kau ni!" ucap Rain.

"Aku tak gila okey, aku masih waras. Warasnya aku sebab aku minat awek, kau tu yang sengal!" usik Firdaus.

"Ha ha! Kau ingat aku boleh terpujuk dengan ayat luar planet kau tu?" balas Rain tak mengalah. Firdaus temannya yang berkulit cerah itu tetap berusaha memujuknya join sekaki dalam kehidupan serba bebas. Dia berlalu meninggalkan Firdaus yang terpinga-pinga sendirian di bangku. Jawapan Rain itu buatkan ketawa Firdaus makin besar.

"Rain tunggu aku!" kejar Firdaus.

Rain pula berjalan laju mengelak Firdaus mendekatinya tanpa tahu di hadapannya akan berlaku suatu insiden yang akan mengubah hariannya.

"Rain!" jerit Firdaus apabila menyedari Rain sedang tersalah tingkah.

Rain semakin mempercepatkan langkah sambil berpaling ke belakang memandang Firdaus dan tidak langkah kakinya.

Deebakkk!!!

Masing-masing terhenti tingkah. Mulut terlopong menyaksikan insiden tanpa sengaja itu. Firdaus hanya mampu melihat Rain menyambut gadis yang dilanggarnya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 14, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Face-Off CintakuWhere stories live. Discover now