BAB 2

1.4K 80 0
                                    

"Aik? Makan mi segera je, Naz?" soal Jimi memerhatikan pekerja dari Hotel Heritage di seberang jalan itu meletakkan beberapa bungkus mi segera bersama sebotol minuman isotonik ke atas meja kaunter.
Lelaki bernama Nazrie itu sengih, "Dah perut lapar pagi-pagi macam ni Jimi. Kepingin kan mi segera, haruslah di layan,"
"Makanlah nasi ke...tak pun mee sup kat restoran tepi tu ha,"
"Bajet rakyat marhaen macam aku ni Jimi manalah mampu nak makan sedap lebih dari dua kali sehari. Makan mi segera je lah jawabnya,"
Tergelak Jimi mendengar jawapan Nazrie itu. Memang itu sahaja jawapan standard Nazrie jika ditanya sedemikian. Jimi mula mengira barang-barang yang dibeli sambil diperhatikan Nazrie. Sesekali Nazrie memerhati sekeliling kedai, kemudian ke luar pintu sebelum kembali memandang Jimi
"Kau seorang je jaga kedai?" dia menyoal.
"Kalau malam memang seorang je, lagipun bukannya sibuk ramai pembeli kan? Kalau siang lain cerita lah,"
"Roni?"
Nazrie terangguk-angguk. Kemudian bersandar lengan di meja kaunter. "Kau tak takut ke?"
Jimi mengangkat mukanya memandang rakannya itu. Sedikit berkerut keningnya.
"Takut? Kenapa nak takut pula?"
Sempat Nazrie memandang keluar kedai sebelum menjawab dengan nada berbisik, "Kat bandar kita ni dah ada pembunuh bersiri!"
"Apa? Apa dia?"
"Dalam seminggu ni ada tiga kes mayat dijumpai kat lorong belakang area sini. Satu kat belakang hotel kita orang, dan satu lagi di belakang kelab malam hujung tu, dan yang satu lagi di belakang bangunan mahkamah. Sadis Jimi...kepala hampir putus!" beritahu Nazrie dengan serius.
"Putus? Oleh siapa? Macam mana? Siapa yang mati tu? Ya Rabbi..."
"Kenapa? Kau memang tak tahu kea tau pura-pura buat tak tahu ni?? Dah heboh satu bandar ni Jimi tak kan lah kau tak tahu? Adoi kau ni pun...,"
"Betul! Aku memang tak tahu, ni yang aku terkejut sangat dengar kau beritahu tadi.," Jimi cuba mempertahankan dirinya. Nazrie hanya mendengus kecil.
"Biar betul, Naz, kepala hampir putus?"
Nazrie angguk "Sadis kan? Bahagian leher mereka yang mati tu, semacam di koyak dengan teruk,"
Tergeleng-geleng Jimi mendengar cerita Nazrie itu sambil memasukkan barang-barang yang dibeli Nazrie tadi ke dalam plastik.
"Agak-agak...pengait kepala punya kerja tak, Naz?"
"Entah, mungkinlah," jawab Nazrie. Dia diam seketika sebelum memandang Jimi dengan wajah seriusnya. "Tapi kan, kalau lah pengait yang buat, diorang akan ambil kepala. Tapi ini tak pula. Jelas sangat pembunuh tu macam...sekadar nak membunuh. Asalkan mangsa tu mati lah katakan. Huish, scary!"
"Bahayalah kalau begitu, bandar kecil kita ni yang aman je selama ni tiba-tiba je ada pembunuh bersiri. Siapa agaknya? Orang tak waras je yang sanggup buat perkara kejam macam tu," dia mengomel perlahan, kemudian memandang Nazrie.
"Kau rasa apa motip pembunuh tu ya? Tak kan saja-saja? Kalau saja-saja memang orang tak waras lah pembunuh tu," dia menyoal. Nazrie menyandarkan lengannya di meja kaunter, memandang Jimi dengan serius.
"Aku rasa pembunuh tu ada motif," bisiknya.
"Apa dia?"
"Sepupu aku si Helmi, dia kan kerja kat hospital? Dia ada sekali masa mereka buat post mortem kat mayat yang terbaru sekali. Dua hari lalu dijumpai. Pelik katanya,"
"Kenapa pelik? Apa yang pelik?" laju Jimi memotong. Nazrie mengetap bibir seketika, dengan riak wajahnya yang berfikir.
"Selain dari luka teruk di leher mangsa yang hampir sama, mayat-mayat mereka macam...macam kekeringan darah,"
Hampir bertaut kening Jimi mendengarkannya.
"Macam ma...kenapa boleh begitu?" hampir berbisik suaranya menyoal.
"Kan? Pelikkan? Menurut sepupu aku tu, mayat dijumpai awal pagi oleh pekerja yang membersihkan lorong belakang. Terus dihantar ke hospital dan anggaran masa kematian ialah dua jam sebelum dijumpai. Ketika mayat dihantar ke hospital, darah hampir kering dalam badan mayat. Tetapi kawasan kejadian pula bersih dari kesan darah, jadi mana sebenarnya darah mereka? Kalau nak dikatakan mangsa dibunuh di tempat lain, persoalannya di mana? Pelik kan?"
Jimi angguk-angguk.
"Memang pelik...tapi aku lagi pelik dengar analisa kau tu. Bukan main, hampir lengkap dah tu aku rasa. Dah boleh jadi detektif dah Naz, tak payah jadi front office kat hotel tu" jawabnya kemudian mendengus tawa. Nazrie pula tersedar dari mode seriusnya, akhirnya turut tertawa.
"Overlah pulak ya?" soalnya, sengih. "Tapi memang kes ni memang pelik, pada pandangan aku lah. Macam bukan pembunuhan bersiri biasa sahaja...."
Kali ini Jimi diam. Dia mengakui kata-kata Nazrie itu. Bandar kecil mereka dengan populasi penduduk hanya sekitar lima ribu penduduk ini memang jarang sekali berlaku kejadian yang sadis begini. Bukan lagi jarang sebenarnya, tetapi tidak pernah berlaku lansung. Paling tidak hanya kes bergaduh antara budak-budak motor yang berpukulan sehingga babak belur, patah tangan, patah gigi dan patah kaki sahaja. Namun apabila sudah ada kejadian pembunuhan, malah bersiri pula, ianya pasti menimbulkan kekecohan dan tanda tanya. Siapa yang lakukannya? Penduduk bandar ini kah? Apa kah motifnya? Tergamak melakukan kekejaman sehingga merobek-robek leher mangsa sehingga gampir terputus.
Eh, nanti!
"Merobek leher..." perlahan Jimi menutur ayat itu.
"Yup, leher mereka dirobek teruk. Luka teruk tapi tak ada darah, tak ke pelik kau rasa tu? Macam ada something yang..."
Jimi sudah tidak mendengar kata-kata Nazrie seterusnya itu kerana bagaikan ada sesuatu berdenting dalam kepalanya yang berlantun-lantun.
Suria!
Ayat dirobek teruk tadi membuatkan Jimi tanpa angin, tanpa rebut terus teringatkan sebaris nama itu. Lebih-lebih lagi mengingatkan luka teruk dari bahu sehingga ke lengan wanita berwajah pucat itu.
Bagaimana jika...bagaimana jika Suria yang munculnya secara tiba-tiba dan misteri tadi itu sebenarnya berkaitan dengan pembunuh bersiri yang diceritakan Nazrie? Mata Jimi terkelip-kelip cuba menyusun maklumat yang baru diterimanya ini.
"Kau dengar tak aku cakap ni?"
Soalan Nazrie menariknya ke realiti. Tercengang seketika terus Jimi memaksa dirinya senyum. Plastik barang tadi dihulurkan kepada Nazrie.
"Dengar...nah, semua sekali sepuluh ringgit tujuh puluh sen," jawabnya kemudian. Nazrie mengeluarkan dompet namun matanya terus memandang Jimi. Sepertinya dia perasan riak Jimi yang berubah.
"Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba pucat je?"
"Ha?" terkejut sedikit Jimi. Cepat-cepat dia ketawa. "Mana ada pucat, aku okey je. Okay je,"
Tetapi Nazrie terus memandangnya sangsi. "Kenapa Jimi? Kau tahu apa-apa yang berkaitan dengan pembunuhan tu ke?"
"Eh? Ish, tak adalah. Mana ada. Aku sendiri je baru dengar pasal ni dari kau, aku tak tahu apa-apa,"
Diam seketika.
"Iyalah...iyalah...nah," Nazrie akhirnya menyerahkan not duit kepada Jimi. Lelaki itu menyambut sambil cuba berlagak biasa.
"Hati-hati, Jimi. Elok kunci je pintu ni, kalau ada customer kau bukak lah. Bukannya apa, apa pun keselamatan kita harus diutamakan," sempat Nazrie berpesan.
Selepas berbalas pamit, Jimi menunggu sehingga Nazrie menyeberang jalan dan masuk ke dalam Hotel Heritage sebelum dia bergegas keluar dari kaunter menuju ke pintu. Melilau matanya memandang sekeliling kawasan itu yang sunyi. Hanya dentum-dentum sayup kedengaran dari kelab hiburan malam di blok bangunan belakang.
"Bagaimana jika dia sebenarnya adalah antara mangsa pembunuh bersiri itu, tetapi berjaya melarikan diri? Dan dia masuk ke dalam kedai ini untuk bersembunyi dari pembunuh tu?"Jimi menelak liur.
Pak! Pak!
Jimi sudah menepuk-nepuk dahi, "Tapi aku biarkan sahaja dia pergi selepas rawat lukanya tu! Adus..." katanya lagi terus menepuk dahi.
"Eh, nanti dulu...tapi aku memang ada tahan dia, untuk panggilkan teksi dan hantar dia ke hospital. Dia yang tak mahu! Tapi...bagaimana kalau...kalau perkataan 'tak mahu' dia itu bermaksud 'bantulah saya'?"
Jimi sudah resah gelisah, mundar-mandir di situ sambil sesekali memandang ke luar kedai. Akibat kerisauannya yang merasuk tiba-tiba, dia sanggup meninggalkan seketika kedai D'Kiosk tanpa pengawasan hanya semata-mata ke hujung bangunan. Matanya dihalakan ke sekiling, mengharap dapat melihat biar tapak kaki Suria pun. Ternyata tiada. Lekas-lekas dia kembali ke kedai.
"Ini lah perempuan zaman sekarang! Asyik guna bahasa kiasa, body language konon, supaya orang lelaki faham. Dah tahu dalam kesusahan tu, cakap je lah minta tolong. Boleh juga aku tolong apa yang patut. Ni kalau betul dia tu memang sasaran pembunuh bersiri tu, seumur hidup aku rasa bersalah sebab tak dapat menolong!" omelnya sambil mengunci pintu kaca itu dari dalam.
Dia bercadang mahu keluar dari pintu belakang, kot-kotlah Suria itu ada di situ. Sedikit kalut dia membuka kunci pintu belakang sebelum melangkah keluar.
"Kalau aku jumpa dia, memang aku heret terus pergi hospital, lepas tu ke balai polis!"

***

Langkah Jimi terhenti apabila matanya dapat menangkap kelibat seseorang sedang berdiri di tengah jalan lorong belakang itu. Dalam samar-samar lampu jalan dia memincingkan mata dan mendapati kelibat itu seolah berpakaian labuh. Lima minit Jimi diam memerhatikan orang itu, dan lima minit jugalah orang itu hanya berdiri tidak bergerak-gerak.
Tidak puas hati, Jimi keluar dari pintu belakang sedikit untuk melihat dengan lebih jelas. Diamatinya lagi dan kali ini dia dapat melihat orang yang berdiri itu mengenakan baju hujan labuh.
"Suria?" dia berbisik meneka sendiri. Apabila matanya dapat menangkap sekaki payung usang di tangan kanan orang itu, dia yakin tebakannya betul. Spontan Jimi menghela nafas lega. Melihat wanita itu berdiri tidak jauh darinya dengan tubuh badan yang masih bercantum sekaligus menyingkir segala kerisauan yang membebankannya tadi.
"Okay...dia masih selamat, aku je yang terlalu risau agaknya tadi..." gumamnya pula. Beberapa saat dia memerhatikan Suria di tengah lorong belakang itu.
"Tapi...dia buat apa berdiri kat situ? Jam tiga pagi macam ni? Tak pulang ke rumah ke? Atau...gelendangan ke apa dia ni?" persoalan itu terlintas tiba-tiba. Memang jika diingat kembali wanita bernama Suria itu misteri. Munculnya tiba-tiba, kata-katanya tidak difahami, malah wajahnya yang pucat itu pun tampak menyeramkan. Nampak seperti tidak membahayakan namun tetap ada aura misterinya, itu dalam fikiran Jimi.
Dia baru berura-ura mahu melangkah ke arah Suria, mungkin dia boleh memujuk wanita itu untuk memberitahu alamatnya dan dia akan meminta teksi untuk menghantar Suria pulang ke rumah, apabila dia terlihat dua lelaki tiba-tiba muncul dari hujung lorong.
Memakai jeket blazer dari gaya terkini, Jimi mengagak pasti dua lelaki itu baru keluar dari kelab hiburan berhampiran. Dua lelaki itu melangkah beriringan sambil bercakap antara satu sama lain dengan perlahan. Sementara Suria pula tidak terkesan dengan kehadiran dua lelaki itu, malah tidak berganjak langsung dari tempatnya berdiri, seolah memang dia menantikan kehadiran dua lelaki itu.
Menyedari kehadiran Suria di tengah-tengah lorong itu, langkah dua lelaki tadi terhenti. Beberapa meter di hadapan Suria, mereka berdua tampak was-was. Saling berpandangan tiga penghuni lorong belakang itu. Kemudian salah seorang dari mereka melangkah perlahan ke arah Suria.
"Bahaya seorang wanita bersendirian di sini. Nanti ada orang jahat akan cuba mengambil kesempatan," kata lelaki itu memberikan senyuman menawan, seolah dia mengharapkan Suria tertawan dengan ketampanan dan keprihatinannya.
Suria, dengan wajah pucatnya yang jelas ketara di lorong belakang itu hanya merenung kosong lelaki dihadapannya itu.
"Di mana-mana pun boleh jadi bahaya, bila adanya kamu," kata Suria perlahan.
Lelaki yang tersenyum tadi lantas padam senyumannya, menderam perlahan, menoleh pada rakannya. Wajah lelaki berdua tadi kelihatan sedikit gelisah secara tiba-tiba.
"Aku memang menunggu orang seperti kami di sini," kata-kata Suria terdengar terang dan jelas. Wanita itu mengangkat sedikit payung usangnya, seolah ingin menunjukkan yang payung itu adalah senjatanya
Melihatkan payung ditangan Suria, dua lelaki itu ketawa. Bagi mereka perlakuan Suria itu lebih lucu dari badut. Suria melangkah perlahan ke arah lelaki di hadapannya. Manakala lelaki itu masih bersisa tawanya merenung Suria.
Baru sahaja lelaki tersebut menyentuh kepala Suria, ternyata Suria lebih pantas. Hampir tidak terlihat pergerakannya menarik pemegang payung yang rupanya adalah hulu pedang tajam berkilat. Lantas sekali cantas sahaja kepala lelaki di hadapannya tadi jatuh bergolek di kakinya. Jasad tanpa kepala itu terkaku sebelum rebah perlahan di tepi tong sampah besar. Sementara rakan lelaki yang telah terputus kepalanya itu lantas tersentak.
Suria, lagaknya seperti samurai, menurunkan pedangnya perlahan. Dengan wajah tanpa riak, dia tunduk sedikit sambil mengutip kepala yang jatuh tadi.
Prang!
Kaki Jimi tertendang tin minuman kosong di tepi pintu tempatnya berdiri. Sekaligus menarik perhatian Suria. Jimi yang terkaku tampak terkejut apabila Suria berpaling memandang ke arahnya. Masih tiada riak di wajah pucat Suria.
Dengan sebelah tangan memegang pedang, dan sebelah lagi memegang kepala, Suria berkata sesuatu.
"Jimi,"
Jimi sudah tidak menunggu lama. Mencicit dia lari masuk kembali melalui pintu belakang dan mengunci pintu itu.

HUNTER (WATTY2016)Where stories live. Discover now