BAB 4

55 6 0
                                    

(Di Universiti)

Sebahagian pelajar kolej yang terlibat dengan kelas pada waktu malam bergerak ke kelas masing-masing tepat pukul 9 malam. Setiap kelas hanya berlangsung dua jam sahaja. Ada pelajar yang berlari dan ada yang berlengah. Tidak terkecuali Hakimie dan Putra yang berjalan beriringan. Hakimie yang sedang asyik membaca buku terlanggar seseorang ketika membelok ke kanan. Kedua-duanya terjatuh kelantai. Kedengaran seseorang mengerang. Hakimie menyedari seorang gadis ayu bertudung labuh terduduk dihadapannya. Secepat mungkin Hakimie bangun dan menghulurkan tangan. Namun tiada balasan.

"Maaf.. saya minta maaf. Salah saya sebab langgar awak. Awak tak apa-apa?" Tanya Hakimie cuak. Gadis berkenaan hanya mendiamkan diri sambil bangun tanpa menyambut tangan Hakimie.

"Kita bukan muhrim. Maaf.... em.. Tak apa. Saya yang salah sebab tak tengok depan."balas gadis itu malu-malu sambil mengambil bukunya dan buku Hakimie dilantai. Buku Hakimie diberi dan senyuman terukir. Saat terpandang, mata terpaku dengan keayuan wajah gadis yang tidak dikenalinya ini. Hakimie hanya merenung sambil tangan perlahan-lahan mengambil buku dari tangan gadis sunti itu. Bayangan indah terbayang dimata. Alunan lagu romantik kedengaran di setiap sudut dan corner telinganya.

"Hoi! Kau ok tak ni? Kau dengar tak aku panggil ni?" Lamunan terhenti ketika Putra menepuk dahi Hakimie agak kuat.

"Adoi! Apa ni?! Sakitlah!" Marah Hakimie dan menggosok dahinya.

"Yang kau berdiri tak bergerak dari tadi kenapa? Ingatkan dah jadi patung dah. Dah terkena panahan asmara ke apa? Budak perempuan tu dah lama pergi. Jangan nak mengelamun berlari-lari anak kat tepi pantai berpimpin tangan dengan gadis yang bukan muhrim kau tu! Dosa tau tak?! Masuk neraka kau nanti!" Nasihat Putra sambil menepuk dahi Hakimie sekali lagi. Hakimie memuncungkan bibirnya.

"Mana ada aku bayangkan macam tu. Aku bukan macam kau! Playboy!" Balas Hakimie mengejek Putra sambil menjelirkan lidah.

"Aku playboy sebab aku hensem dan tinggi. Kau chibi! Comel! Gadis-gadis akan ingat kau ni budak sekolah nak ambik PMR. So, jangan jelous ok!" Putra menepuk kepala Hakimie beberapa kali. Dia berlari meninggalkan Hakimie.

"Tak guna kau Putra! Jangan main kepala akulah! Aku bayar zakat tau! Kau memang nak kena!" Kejar Hakimie dari belakang.

Ketika Hakimie melintas di satu kelas yang tertutup rapat, bulu romanya meremang. Matanya tertangkap bayang hitam yang sedang berdiri tegak ditengah-tengah bilik yang tertulis 'dilarang masuk' itu.

"Siapa tu?!" Tegur Hakimie ingin tahu. Suara orang ketawa mendebarkan hatinya. Dia ingin menoleh tetapi badannya seakan beku. Kakinya terpaut pada lantai tanpa mampu mengerakkan walau satu jari kaki. Peluh mula membasahi dahinya apabila bayang hitam itu tersenyum kepadanya. Matanya cuba menjeling ketepi untuk melihat dimanakah Putra.

Apabila matanya melihat kehadapan, dua mata lain merenung tajam hanya beberapa inci sahaja darinya. Hakimie ingin menjerit tetapi suara tidak kedengaran. Badannya semakin terketar-ketar.

Tiba-tiba satu tangan menutup matanya dan suara seseorang sedang membaca sesuatu kedengaran.

"Jangan cakap apa-apa. Ikut arahan aku. Bila aku cakap buka mata, baru buka mata." Suara halus Putra kedengaran berbisik ditelinganya. Hakimie hanya mengangguk faham.

Selepas beberapa minit, tangan yang menutup matanya dialihkan. Dengan arahan Putra, Hakimie membuka mata perlahan-lahan.

"Apa yang jadi? Apa benda tadi tu Putra?" Tanya Hakimie seram.

"Dah! Nanti aku cerita. Jom masuk kelas." Putra menarik tangan Hakimie dan berlari kekelas mereka. Wajah Putra yang serius membantutkan niat Hakimie bertanyakan tentang apa yang berlaku sebentar tadi.

Sampai sahaja dikelas, mereka menyambung pelajaran mereka tanpa gangguan. Soalan yang bermain difikiran Hakimie hilang bagaikan angin.

(Pukul 10 malam)

Kelas Hakimie dan Putra tamat setakat itu. Mereka bergegas keasrama mereka. Sebaik sahaja kaki memijak tangga asrama mereka, angin bertiup agak kuat kearah Hakimie yang berada di belakang. Hakimie yang berada dibelakang ditarik tangan oleh Putra. Hakimie hanya mengikut pergerakan Putra tanpa banyak soal. Satu bayang-bayang hitam melintas dibelakang Hakimie.

Pintu ditutup dan dikunci dari dalam. Masing-masing termengah-mengah menarik nafas. Putra duduk disebelah Hakimie. Wajahnya seperti memikirkan sesuatu sambil matanya tertumpu pada pintu. Senior yang ada tiada dibilik kerana ada hal.

"Putra...." panggil Hakimie perlahan. Serta merta Putra bangun. Matanya merenung tajam ke wajah kawan baiknya itu.

"Kan aku dah cakap! Jangan tegur benda yang kau tak pasti! Berapa kali aku nak nasihat?! Dah banyak kali benda ni jadi. Dah banyak kali aku bagitahu jangan tegur! Jangan tegur! Kau buat jugak!! Itupun nasib baik aku ada! Kalau aku tak ada macammana?! Kau nak hilang dari dunia ni ke?!! Kenapa kau degil sangat hah?! Kau dah lama hidup ke?!" Tengking Putra sambil berdiri tegak. Hakimie terkejut dan tergamam.

"Aku.... aku tak sengaja.... aku minta maaf..." ucap Hakimie sambil tunduk menatap lantai. Kaki dirapatkan dengan wajah gelisah. Kedengaran suara Putra mengeluh.

"Aku taknak apa-apa jadi kat kau Kimie. Aku dengan kau dah macam adik beradik. Aku sebagai abang akan lindung kau dari segala benda buruk. Aku taknak kau hilang dari hidup aku, faham tak?" Nasihat Putra lagi. Kali ini dengan suara yang sayu. "Tolong dengar nasihat aku. Kau bukan macam orang lain. Kau istimewa. Hanya aku je yang boleh jaga kau dalam dunia ni selain Allah S.W.T. Kau kena pandai jaga diri jugak. Bukan sahaja dari manusia, bahkan makhluk lain. Kau faham kan?" Tambah Putra sambil duduk dilantai berhadapan adik kesayangannya.

"Maaf... aku minta maaf Putra.. aku janji aku tak buat lagi..." Dengan suara yang mendayu-dayu, Hakimie meminta maaf.

"Dahlah. Kau relax. Rehat secukupnya. Tidurlah. Kalau ada apa-apa, aku kejut kau. Air wuduk ada lagi tak?" Arah Putra.

"Ada lagi.... Ok..." Hakimie baring dikatilnya. Tanpa banyak masa, dia terlelap dan lena dibuai mimpi.

"Berani kau kacau adik aku! Jagalah kau!" Marah Putra didalam hati tanpa menoleh ketingkap yang terbuka luas.

Satu susuk tubuh kehitaman melayang-layang diluar bilik tingkat satu itu. Suara ketawa dan menangis bersilih ganti. Putra bangun dan berjalan ke tingkap. Bayang hitam itu hanya tersenyum lebar dan terus menghilangkan diri. Putra menutup tingkap dan menarik langsir.

(Sambung)

TIADA TAJUKWhere stories live. Discover now