BAB 7

80 6 0
                                    

(Pukul 9 malam)

Suasana malam itu agak berlainan dari biasa. Malam yang penuh dengan unggas dan haiwan-haiwan kecil yang keluar mencari makanan. Ada yang merangkak keluar dan ada yang berterbangan. Tidak kurang juga yang menjalar.

Anjing bersahut-sahutan umpama melihat sesuatu di sekeliling mereka. Tidak berkurangan bahkan bertambah bilangan haiwan yang ada. Kawasan sekeliling kelihatan begitu berlainan walaupun manusia seringkali menjejakkan kaki kesana untuk malam itu.

Keadaan di Fun fair itu meriah dengan kunjungan manusia-manusia seluruh tempat yang teruja melihat tempat permainan dan rekreasi yang dianjurkan. Tidak kurang juga dengan persembahan-persembahan dari badut-badut yang tersenyum gembira sambil memberi belon kepada kanak-kanak yang berkunjung.

Kegembiraan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak yang ada membuatkan 'clown-clown' yang ada semakin tersenyum. Ferris wheel kembali berputar dengan diringi jeritan ketakutan dan keterujaan dari pengunjung. Suasana yang bising menambahkan lagi kekecohan di Fun fair berkenaan.

Malam semakin kelam di tapak yang baru dibuka. Manusia semakin ramai menerpa masuk tanpa halangan. Pelbagai permainan mengamit keseronokan. Namun ada sesuatu yang menanti dari jauh. Sesuatu yang berlainan dari biasa. Seseorang sedang tersenyum sinis di dalam rumah berkenaan. Tiada siapa yang berani menjejakkan kaki ke dalam rumah yang paling ditakuti oleh pengunjung.

(Di pintu masuk)

"Wah! Besarnya!! Mesti seronok! Jom cepat!" Ajak Putra Afshah gembira sambil menarik tangan Shahrul Azanie sebaik keluar dari kereta.

"Sabarlah. Tak larilah fun fair ni. Macam budak-budak!" Marah Shahrul Azanie. Dia memasukkan kunci kereta di dalam poket seluar. Seorang gadis berdiri di sebelah Shahrul Azanie.

"Sabar ya Putra. Kejap lagi kita masuk. Jangan terburu-buru." Ujar gadis itu lembut. Tudung yang dipakai diperbetulkan sedikit.

"Nanti aku nak main yang roda tu. Lepas tu aku nak naik yang tu! Lepas tu yang tu!" Tunjuk Putra Afshah teruja kearah semua permainan yang ada.

"Dah! Dah! Jom masuk!" Arah Shahrul Azanie. Mereka memasuki fun fair dengan hati yang senang.

(Selepas lima minit)

"Pihak polis masih mencari seorang penjenayah yang terlepas pagi tadi di sekitar selangor. Pihak polis meminta jasa baik orang ramai supaya melaporkan sebarang maklumat mengenai penjenayah ini...." kedengaran suara dj dari radio kegemaran Hakimie. Putra telah keluar dari kereta. Hakimie mengeluh dan keluar dari kereta. Putra mengunci kereta.

Hakimie melihat kearah Fun fair yang telah beroperasi. Hakimie tersenyum lebar. Putra hanya melihat keadaan sekeliling dengan wajah yang serius. Walaupun suasana semakin meriah, namun hatinya tidak senang.

"Abang Indra, tolong tengokkan tempat ni. Macam ada sesuatu yang ganjil tentang tempat ni." Bisik hati Putra tanpa bergerak.

"Baik tengku." Jawab Indra dan hilang dalam kegelapan. Mereka berdua masuk kedalam tanpa banyak tanya.

"Putra, tadi ada berita dari radio. Diorang bagitahu...." baru sahaja Hakimie ingin memberitahu tentang penjenayah yang terlepas, jeritan dari orang ramai membantutkan percakapannya.

"Jom pergi. Lama-lama kat sini buang masa je." Ajak Putra serius.

Tidak lama kemudian, kereta milik Wahid dan Malik tiba di tapak fun fair. Mereka keluar dari kereta dengan wajah yang gembira terutamanya Wahidah. Terloncat-loncat dia dan berlari masuk kedalam pintu pagar fun fair.

"Wah! Seronoknya!!" Wahidah tidak mempedulikan suaminya di belakang.

"Wahidah! Tunggu abang!" Wahid menutup pintu kereta dan menekan lock kereta sambil berlari anak kearah isteri tercinta.

TIADA TAJUKWhere stories live. Discover now