(Di sebuah universiti berlainan)
Kelihatan seseorang sedang merenung ke luar tingkap pada waktu malam yang hening itu. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Satu bayangan melintas di hadapan remaja lelaki itu. Namun tiada reaksi ketakutan atau terkejut ditunjukkan.
"Putra Afshah oi! Tutuplah tingkap tu. Dah nk pagi ni. Kang ada yang histeria kang. Nk mengelamun tunggulah siang nanti. Ini dah malam sangat. Buang tebiat ke apa." Tegur seorang lagi remaja yang sedang terbaring menghadap kawannya. Matanya asyik melihat lembaga hitam yang bermain2 di hadapan kawannya.
"Ala kau ni. Aku nak melihat keadaan dunia pada waktu malam. Indah kan. Tenang je rasa. Tak ada satu bunyi pun malam ni. Sunyi sangat. Kau tak rasa lain macam ke?" JAwab Putra Afshah yang masih berdiri di situ tidak bergerak. Kawannya mengeluh.
"Kau tutup sekarang boleh tak? Kenapalah kau degil sangat ni? Tolonglah dengar nasihat aku!" Tegas kawannya sambil duduk di katil dengan mata yang merenung tajam. Lembaga hitam itu menghulurkan tangan ingin menyentuh Putra Afshah. Tiba2 tingkap ditutup rapat. Dengan bacaan bismillah, lembaga hitam itu hilang.
"Yelah encik Shahril Azanie. Hamba menurut perintah." Usik Putra Afshah sambil mengunci tingkap dan menarik langsir. Masing2 berbaring di katil dua tingkat yang disediakan.
"Hei Putra.. apa kata kita berjalan2 round Malaysia sempena cuti pertama kita nanti? Kita masih ada masa tiga hari lagi nak prepare. Nak ikut tak?" Ajak Shahril Azanie tenang.
"Aku ikut je mana2 kau nak pergi Shah. Aku tak kisah. Lagipun aku mana ada sapa2 lagi kat dunia ni. Aku ada kau je. So.. kira jadilah. Nak pakai kereta sapa nanti? Kereta kau boleh tak? Kereta viva aku tu tak berapa sihat. Takut jugak rosak tengah jalan." Balas Putra Afshah sambil merenung dinding.
"Boleh je. Dah puas kita jalan2, kita singgah rumah family aku kat Kedah. Duk sana dalam seminggu. Lepas tu bolehlah balik sini. Ok tak?" Tambah Shahril Azanie lagi. Suasana menjadi sunyi. Hanya kedengaran suara Putra Afshah berdengkur. Shahril Azanie bangun dan melihat ke katil atas.
"Kurang asam punya budak. Aku cakap sorang-sorang rupanya." Ujar Sharil Azanie perlahan dan baring semula. Sedang asyik termenung, akhirnya dia juga terlelap.
(Di kolej Hang tuah)
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Hakimie dan Putra lena dibuai mimpi. Keadaan yang sunyi dan tenang menambahkan keasyikan malam hari. Tiba-tiba Putra terbangun selepas mendengar sesuatu di luar bilik. Seseorang sedang berjalan. Namun hanya Putra yang mendengarnya. Dia melihat kebawah. Hakimie masih berselubung tidak bergerak. Nampaknya Hakimie tidak terganggu dengan kehadiran seseorang itu. Putra bangun dan berdiri dihadapan pintu. Senior2 mereka masih bercuti. Putra meletakkan tangan di pintu dan menutup mata. Dengan sedikit bacaan ayat-ayat suci, Putra menepuk pintu sekuat hati. Angin menerjah secara tiba-tiba entah dari mana. Akhirnya keadaan kembali tenang tanpa sedikit bunyi dari luar. Putra kembali ke katil untuk menyambung tidurnya yang terganggu.
(Di tempat Shahril Azanie)
Shahril Azanie merenung pintu biliknya. Tangannya yang agak mengeletar direnung tajam. Dia mengenggam semula tangannya dan mengeluh.
"Siapa tadi? Macammana dia boleh tahu kehadiran aku? Siapa yang berada di sebalik pintu tu?" Bisik hati Shahril Azanie. Dia kembali ke katil dan baring. Malam masih muda. Malam jumaat itu semakin sejuk disaat hujan turun renyai-renyai.
(Keesokan harinya)
"Pagi-pagi dah hujan. Sejuknya. Rasa macam malas pula nak pergi kelas." Rungut Putra sambil menarik semula selimutnya.
"Oi oi! Bangunlah! Nanti lambat. Putra! Bangun! Kau nak aku tarik kau dari katil ke? Atau simbah kau dengan air sejuk? Mana satu pilihan kau?" Arah Hakimie. Dia menarik selimut Putra perlahan-lahan.
"Janganlah kacau... aku taknak pergi kelas hari ni. Aku mengantuklah.. "balas Putra bermain tarik selimut dengan Hakimie.
"Mana boleh Putra. Kau dah janji dengan aku nak belajar rajin-rajin sampai kita dapat ijazah dalam tangan. Kau jangan lupa semua janji kau pada aku, Ummi dan Abi. Kau tak sayangkan diorang ke?" Hakimie mula bermain-main kata. Serentak dengan itu, Putra terus bangun. Dia merenung wajah Hakimie. Hakimie membuat mimik muka sedih.
"Yelah yelah! Aku pergi! Kau ni tahu macammana nak tarik perhatian aku kan. Dah tepi! Aku nak mandi." Putra turun dari katil dan terus mengambil tualanya. Hakimie ketawa kecil.
"Ummi.... Abi... semoga Roh kalian sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T. amin......." bisik hati Hakimie sedih.
Selepas sejam mereka bertolak ke kelas masing-masing untuk menyambung pelajaran semalam. Hakimie mengambil jurusan undang-undang manakala Putra jurusan Biodiversiti. Disebabkan Putra sukakan alam sekitar, hanya jurusan itu yang dapat memenuhi kemahuannya.
(Dikelas Hakimie)
"Kita akan bercuti buat sementara minggu hadapan. Disebabkan kita baru sahaja mengenali aliran perundangan di Malaysia, saya nak semua pelajar memberi fokus sepenuhnya kerana jurusan yang kamu ambil ini agak komplex. Jadi jangan main-main. Bagi kerja kursus kamu di hari cuti, saya nak kamu wawancara seorang peguam yang terkenal tidak kira siapa yang kamu minat. Kemukakan persoalan dan dapatkan jawapan mengenai undang2 di malaysia dan cara mengendalikan sesuatu kes. Saya taknak panjang sangat. Cukup sekadar sedikit pengisian sebab kamu baru saja belajar. Itu sahaja untuk hari ini. Saya harap kamu akan hantar assigment kamu sebelum kelas bermula bila cuti habis nanti. Ok! Class dismiss!" Lecturer keluar dari kelas. Hakimie berhenti menulis dan melihat ke pintu kelas.
"Siapa tu? Terhendap-hendap macam pencuri." Hakimie melihat seseorang sedang mengintai dalam keadaan kelam kabut. Hakimie bangun dan mula meninggalkan kelasnya. Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar, satu suara memanggil namanya dari jauh.
"Hakimie...... hakimie....." suara yang lembut sayup-sayup kedengaran di cuping telinganya. Hakimie mengikut arah suara berkenaan.
(Di kelas Putra)
"Kepada semua pelajar! Tolong sediakan assigment mengenai jurusan kamu selama kamu bercuti nanti. Dan saya nak assigment kamu ada di meja saya tepat pada waktunya! Faham!" Arah seorang lecturer wanita dengan tegas.
"Faham!!" Jawab semua pelajar serentak. Putra yang tertidur terbangun apabila sesuatu menepuk bahunya.
"Apa dia abang Indra? Saya ngantuklah!" Rungut Putra sambil menguap.
"Hakimie ada masalah! Cepat!" Indra yang tidak kelihatan berbisik padanya.
"Hakimie?" Putra terus bangun sambil mengendong begnya. Dia berlari keluar dan mencari-cari Hakimie.
Sampai di kelas Hakimie, Putra mencari kelibat adiknya namun tiada di mana-mana.
"Mana dia ni?" Putra pusing kebelakang. Matanya meliar kesana sini. Hakimie tiada...
(Di hujung bangunan)
"Kemari.... Hakimie..." suara misteri itu masih berlegar-legar disekeliling Hakimie. Hakimie mengikut arah suara tanpa menyedari dia berada dihujung jalan. Dibelakang universiti itu terdapat hutan kecil yang belum diteroka. Hutan khas untuk kajian para jurusan perhutanan. Sebaik sahaja kakinya memasuki hutan yang agak gelap itu, pintu pagar yang berkunci terbuka. Hakimie mula melangkah. Tiba-tiba, satu tangan menarik bajunya dari belakang. Kedua-dua terjatuh ke rumput. Hakimie seakan-akan tersedar.
"Eh? Aku kat mana ni?" Hakimie bangun sambil menepuk punggungnya.
"Awak ada kat dalam hutan belakang U. Kenapa dengan awak ni? Bahaya tau kat sini." Suara seorang gadis mengejutkan Hakimie. Gadis itu bangun dan membetulkan tudungnya. Hakimie segera memalingkan badan.
"Awak.... apa yang awak buat kat sini? Kenapa kita ada dalam hutan ni? Peliknya.... awak ok tak?" Tanya Hakimie pula. Gadis itu malu-malu.
"Baik kita pergi dari sini dulu. Bahaya!" Ajak gadis berkenaan. Mereka berlari pergi. Suara wanita menangis bergema. Pintu pagar tertutup sendiri.Sebaik sahaja mereka membelok ke kiri, kelihatan Putra berdiri dihadapan mereka. Masing-masing terkejut.
"Kau ke mana?!" Tengking Putra sambil menjengkilkan mata dan berpeluk tubuh.
"Em.... aku.... aku...." Hakimie tergagap-gagap untuk menjawab manakala gadis itu memandang ke tempat lain.
(BERSAMBUNG)
YOU ARE READING
TIADA TAJUK
ParanormalCerita mengenai dua rakan karib dan kawan-kawan menempuh perjalanan hidup yang penuh dugaan dam cabaran. Tak kurang juga penuh misteri dan mistik. Namun tiada yang dapat melawan takdir-Nya. Hanya pada-Nya kita perlu takut. Bukan pada makhluk lain. K...