BAB 6

59 7 2
                                    

"Kau kemana? Aku cari kau merata tau tak? Kau pergi mana?" Marah Putra lagi. Hakimie menggaru kepalanya yang tidak gatal. Gadis tadi meninggalkan mereka berdua dalam keadaan tergesa2. Putra hanya menaikkan kening dan memerhatikan gadis itu dan beralih pada Hakimie. Hakimie hanya tersenyum dalam keresahan.

"Sebenarnya tadi aku nampak ada someone depan kelas. Aku nak tahu siapa. Aku ikut dia. Tiba-tiba je aku sampai belakang sana. Dalam hutan. Aku sendiri tak tahu macammana aku boleh ada kat sana. Dan...... budak perempuan tu ada dengan aku. Dia tak jelaskan apa2. Cuma dia kata tak boleh stay kat sana lama2. Bahaya! Sebab tu kami lari dari hutan belakang tu. Kau tau tak Putra tadi masa kami pergi, pintu pagar tiba2 je tertutup sendiri. Aku seram bro." Cerita Hakimie panjang lebar. Putra menolak Hakimie ketepi dan menjengok ke belakang kolej. Kelihatan empat lembaga putih sedang melayang-layang di sebalik pintu pagar. Putra mengeluh. Satu tamparan di bahu membuatkan Hakimie terkejut.

"Lain kali kalau dengar atau nampak apa-apa, jangan tegur! Jangan ikut! Kau tu kegemaran makhluk halus! Kalau kau sesat dalam dunia diorang, sayonaralah! Faham tak?!" Tegur Putra. Hakimie mengangguk sambil memuncungkan mulut. Putra merangkul bahu Hakimie dan mereka pergi dari situ. Putra memberi isyarat khas kepada Indra yang berada di belakang mereka. Indra memberi hormat dan menghilangkan diri. Jeritan kedengaran di belakang kolej.

(Di universiti lain)

Putra Afshah berlari kearah dewan makan dengan wajah yang gelisah. Sebaik sahaja memasuki kawasan dewan, dia berhenti berlari.

"Yess! Aku sampai dulu! Hahaha! Kau kalah!" Putra Afshah bersorak gembira sambil menunjukkan ibu jari kearah Shahril Azanie yang sedaya upaya memandang kearah yang berlainan. Wajahnya yang sedikit merah disorokkan.

"Kenapalah aku berkawan dengan orang yang macam ni? Malunya!! Dahlah macam budak2!" Bisik hati Shahril Azanie dalam hati. Dia mengikut belakang Putra Afshah yang sedang beratur untuk membeli makanan kegemarannya. Mereka duduk di tempat yang disediakan dan mula makan.

"Shah! Kau jadi ke nak pergi jalan2 seluruh malaysia nanti? Aku nak confirmkan. Kalau jadi, kita pakai kereta kau jelah. Kereta aku boleh aku bawak masuk bengkel. Nk servis. Dah teruk sangat dah tu. Jadi tak?" Tanya Putra Afshah dengan mulut yang penuh dengan makanan.

"Kau ni... boleh tak habiskan makan dulu sebelum bercakap? Menyembur tau tak? Jadi! Pakai kereta aku. Aku dah bagitahu family aku kat Kedah semalam. So... balik nanti prepare awal2. Kau tu suka bersiap last minute. Kau ada kelas lain ke kjp lagi?" Jawab Shahril Azanie tegas.

"Tak ada rasanya. Biasalah. Kalau dah ambil jurusan automobil ni kena buat assigment kat luar je." Balas Putra Afshah pula.

"Kjp! Kau belajar automobil. Kenapa kau tak baiki sendiri kereta kau tu?" Tanya Shahril Azanie ingin tahu. Tiba-tiba Putra Afshah terbatuk dan segera minum air yang berada di hadapannya.

"Aku bukan taknak baiki sendiri. Alat tak cukup. Lagipun aku tak berapa confident dengan diri aku ni. Kau tahulah. Aku ni kurang berkeyakinan pada diri sendiri." Jelas Putra Afshah. Shahril Azanie ketawa terbahak-bahak.
"Kau ni kan! Memang sejak dulu tak yakin pada diri kau tu. Bukan tak yakin. Sebenarnya kau tak percayakan pada diri kau sendiri. Kau boleh buat tapi kau taknak buat." Bahas Shahril Azanie.

"Dahlah! Tak payahlah cerita pasal aku. Kau ada kelas lagi tak lepas ni? Aku dah tamat. Kejap lagi aku nak balik bilik. Nak tidur! Hehe!" Tanya Putra Afshah sambil tersenyum kambing.

"Ada. Last class for today. Kau tunggu aku kat dalam bilik. Dalam pukul 4 kelas aku habis, aku terus balik bilik. Ingat! Jangan pergi mana2!" Arah Shahril Azanie sambil menudingkan sudu ditangan ke arah kawan baiknya.

"Yes boss! Hamba menurut perintah!" Putra Afshah mengangkat tangannya membuat gaya salute. Shahril Azanie menggelengkan kepala.

(Di kolej Tuah)

TIADA TAJUKWhere stories live. Discover now