+2 ; Kisah si Abang dan si Adik

3.6K 574 186
                                    

Maaflah. Aku tak reti menulis menggunakan ayat dramatis. :))

Cuaca pada pagi ini sangat baik. Mungkin kerana langit sudah menangis sepuas-puasnya semalam. Meluahkan segala keperitan yang manusia lakukan diatas bumi ini. Kerana menangis adalah satu ubat yang mujarab bila kita kesakitan.

Seperti biasa, aku akan berjalan ke hulur hilir untuk mencari tin-tin kosong dan kotak yang dibuang dimerata tempat. Beg kain merah jambu besar yang sudah lusuh aku bawa bersama dengan plastik lutsinar yang besar.

Buku tulis dan pen aku simpan didalam beg itu. Aku berjalan menuju ke padang besar yang berhadapan dengan sungai. Kebiasaannya disitu akan terdapat banyak sekali tin-tin minuman. Lagikan pula semalam ialah malam minggu, sudah tentu akan ada banyak botol kaca dan tin-tin kosong minuman keras.

Aku mengutip satu persatu tin yang aku jumpa. Mungkin kotor dimata mereka, tetapi berharga dimata aku. Semua yang aku kutip ini adalah rezeki. Aku tak peduli apa yang mereka katakan, yang pasti rezeki yang aku cari ini ialah rezeki yang halal.

Setelah puas aku mengutip segala sampah yang boleh dikitar semula, aku duduk diatas bangku yang tersedia. Peluh yang menitis keluar daripada wajahku yang kotor ini di kesat menggunakan lengan bajuku yang sudah lusuh.

Mungkin aku perlu mencari baju terbuang ditempat pembuangan untuk menggantikan baju ini.

Tiba-tiba mata aku tertancap pada seorang remaja lelaki dewasa bersama si adik perempuan. Aku memerhatikan tingkahlaku mereka. Perbualan mereka yang sedikit kuat untuk membuatkan aku mampu mendengar setiap bait kata-kata mereka.

Biarlah aku menamakan watak mereka dengan nama yang aku fikirkan.

" Oppa! Berapa kali Yoorin kata jangan sesekali datang sekolah Yoorin! Yoorin malulah bila semua orang ejek Yoorin yang oppa Yoorin ni tak betul! " marah si gadis itu dengan melulu tanpa memikirkan perasaan abangnya.

Aku yang mendengar turut terasa. Aku tahu si abang itu merasa sakit dengan kata-kata adiknya.

Si Abang tersenyum kelat. " Tapi oppa cuma nak hantarkan bekal makanan untuk Yoo-- " kata-kata si abang terhenti.

" --tak perlu! Yoorin sanggup tak makan daripada terus diejek yang oppa Yoorin ni tak betul! Oppa Yoorin ni gila! Yoorin benci oppa!! Yoorin dah tak sanggup nak ada abang macam Kim Taehyung!!! " bentak Yoorin dengan penuh amarah.

Salahkah jika si tidak betul menunjukkan kasih sayangnya pada adiknya? Apakah menjaga pandangan orang lain terhadap diri kita lebih penting daripada menjaga perasaan ahli keluarga kita sendiri?

Taehyung tersenyum kelat. Airmata kesakitan yang mengalir diseka perlahan.

" Oppa bukan gila, oppa cuma tak sihat. Yoorin kena ingat sesuatu, cuma otak oppa je yang bermasalah. Tetapi hati oppa masih sihat.

Semua kata-kata Yoorin pada oppa sangat menyakitkan. Oppa tak sangka kasih sayang yang oppa cuba tunjukkan pada Yoorin buat Yoorin malu.

Dan andai kata menjaga pandangan orang lebih baik daripada menjaga hati oppa, oppa akan pergi. Oppa harap Yoorin akan gembira dengan ketiadaan oppa.

Maafkan segala kesalahan oppa dan halalkan kasih sayang yang oppa tumpang selama ni. Annyeong. " air mata yang mengalir deras itu dibiarkan sahaja. Taehyung berpaling daripada adiknya dan terus meninggalkan Yoorin dibelakang.

Yoorin membalas dengan senyuman sinis dan berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang.

Airmata yang mengalir keluar daripada mata Taehyung cukup terkesan didalam hati aku. Jarang sekali kita lihat lelaki mengalirkan airmatanya. Dan sudah jelas Kim Taehyung sangat terluka dengan kata-kata adiknya.

Siapa yang tidak terluka apabila kasih sayang yang kita curahkan itu dikatakan sesuatu yang salah dan memalukan?

Siapa yang tidak terluka bila darah daging kita menyatakan yang dia benci terhadap diri kita?

Mungkin bagi sesetengah orang perkara itu bukanlah masalah yang besar.

Kerana apa?

Kerana mereka tidak tahu menghargai sesebuah hubungan.

Aku bangkit dari dudukku dan mula berjalan. Terlalu banyak masalah penghuni dunia yang tidak pernah kita tahu. Namun kehidupan ini harus diteruskan juga.

Hidup ini umpama roda. Bukan kerana kita terkadang berada diatas atau dibawah. Tetapi kerana roda kehidupan ini akan terus berjalan meskipun disana terdapat taburan kaca yang pasti melukakan.

Monologue » Kim Seokjin «Where stories live. Discover now