+3 ; Kisah Sahabat Baik (1)

3K 566 145
                                    

" Kim Seokjin ah! Aku ada bawakan kau sesuatu! "

Aku menoleh ke arah suara yang kedengaran ceria itu. Susuk tubuh kurus dan berpakaian lusuh itu aku perhatikan.

Dia ialah Jung Hoseok. Seorang lelaki yang lurus. Seorang lelaki yang tetap ceria meskipun terlalu banyak masalah menimpanya. Seorang lelaki yang sanggup berkorban demi kebahagiaan sahabatnya. Seorang lelaki yang menyorok kedukaannya dan akan menangis seorang diri tanpa pengetahuan orang lain.

Dan dia juga ialah seorang anak yang dibuang keluarga tanpa belas kasihan.

Hoseok termengah-mengah apabila dia sampai ditempatku. Dia langsung duduk disebelahku kepenatan. Namun senyumannya masih lagi terukir.

Beg plastik yang dibawanya tadi diserahkan padaku. " Nah. Ambil lah. Aku jumpa baju ni dekat tempat pembuangan. " ucap Hoseok dengan sengihannya.

Aku mengambil beg plastik itu dan mengeluarkan isinya. Tiga helai baju yang masih elok fizikalnya aku tenung. Aku memandang ke arahnya sambil membuat bahasa isyarat.

' Ini untuk aku? '

Hoseok tertawa kecil lalu menumbuk perlahan bahuku. " Mestilah untuk kau. Kalau tak buat apa aku beri pada kau. Cantikkan baju tu? Mesti baju tu lagi cantik kalau kau yang pakai. " kata Hoseok sambil tangannya bermain-main dengan plastik.

Aku tersenyum kecil.

' Untuk kau? '

Sekali lagi aku memberinya bahasa isyarat. Hoseok tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya. " Aku dah ada banyak baju. Takpelah kalau aku bagi baju ni kat kau. Lagipun, kesian kau dah tak ada baju cantik. " Hoseok tersengih lagi.

Hoseok. Dia terlalu baik dan pemurah. Semua yang dia ada, dia akan berkongsi dengan aku walaupun sesuatu yang dia terima itu sebiji kacang.

Dia akan membelah kacang itu menjadi dua dan berkongsi bersama aku. Ketika aku sakit, dia akan setia menemani aku tak kira masa.

Namun ketika dia sakit, dia akan menghilangkan dirinya. Aku tidak faham mengapa dia berbuat sedemikian. Tetapi aku amat bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang umpama malaikat disisi aku.

Aku tersenyum dan menundukkan sedikit kepalaku menandakan aku berterima kasih padanya. Hoseok mengangguk. " Sama-sama! " ucapnya ceria.

Dia bangun daripada duduk. " Hyung, aku pergi cari makanan sekejap tau! Kalau aku jumpa makanan lebih, aku bagi kau. Annyeong! " kata Hoseok dan belum sempat dia pergi jauh dariku, dia kembali dan dia terus memeluk aku seerat yang mungkin.

" Saranghae hyung. " ucapnya dan lantas dia berlari pergi dariku.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa Hoseok dibuang keluarga. Ceritanya begini.

Hoseok dari sebuah keluarga yang berkedudukan tinggi dan ternama. Hidupnya mewah, namun kasih sayang ibu bapanya jarang dia rasai. Kerana Hoseok tidaklah sepintar adik-beradiknya yang lain.

Markah keputusannya sentiasa corot meskipun dia sudah belajar bersungguh-sungguh. Segala usaha Hoseok untuk membuat ibu bapanya bahagia tidak pernah berjaya.

Sehinggakan suatu masa, keputusan periksa akhir Hoseok tidak memuaskan dan menempatkan dia didalam kalangan pelajar paling tercorot.

Keputusannya menjadi bualan sahabat-sahabat ibu bapanya. Ibu bapanya berasa malu dengan kehadiran Hoseok sebagai anak mereka yang paling bodoh dan tidak berguna.

Dengan nafsu kepentingan dunia, mereka membuang Hoseok daripada keluarga mereka. Hoseok dicaci dan dihina oleh saudara-mara dan keluarganya sendiri. Kata mereka, Hoseok tidak layak duduk didalam kalangan keluarga yang bijak pandai dan terhormat seperti mereka.

Aku masih hairan. Terlalu pentingkah status keluarga sehinggakan sanggup membuang ahli keluarga sendiri? Wajarkah mereka membuang Hoseok hanya disebabkan kelembapan Hoseok?

Dunia. Terlalu padat dengan tidak keadilan yang dicipta oleh manusia sendiri. Terlalu padat dengan si penyebab luka-luka kehidupan.

Jangan butakan mata dengan dunia yang penuh dengan penipuan.

Monologue » Kim Seokjin «Where stories live. Discover now