Bab 10

1.6K 49 1
                                    

Enak sungguh aiskrim kelapa,

Betul ke aku diskriminasi rupa?

AKU curi-curi memandang ke arah Encik Aydan yang sedang khusyuk bercakap dengan klien di coffee house itu. Hari ini Encik Aydan suruh aku ikut dia keluar berjumpa klien, aku yang sememangnya patuh dengan setiap arahan, tak bolehlah nak menolak pula, kan? Haha.

Macam biasa dia sentiasa kelihatan segak dan ada karisma dalam setiap tingkahnya. Sut berwarna hitam kemas tersarung di tubuhnya dan dipadankan dengan tali leher berwarna biru muda. Memang jelas gayanya kelihatan macam orang yang berkaliber dan dari golongan berada.

Berbeza dengan aku yang selekeh ni, tudung pun senget-benget, lepas tu bersandal saja macam nak pergi beraya rumah orang. Haha. Malu aku kalau setiausaha syarikat lain tengok. Mujurlah Dato Said tak banyak songeh dulu. Aku pun bukannya belajar bidang kesetiausahaan ni tapi bila minta kerja, kerja ini yang lekat dulu, aku pun terimalah sebab fikir mungkin ini rezeki aku.

"Fatihah." Suara Encik Aydan memanggil membuatkan aku tersedar lalu berkalih dari memandang sandal yang tersarung di kaki.

"Ya, Encik Aydan."

"Dah masuk waktu lunch ni, you pergilah lunch, lepas tu nanti masuk office terus. I have to go to somewhere else first." Encik Aydan berkata sambil bangun mengemaskan barang-barangnya. Klien tadi hanya diam dan tersenyum memandang kami. Aku mengangguk sambil ikut bangun mencapai beg kerja sendiri dan fail di atas meja itu.

"Baik, Encik Aydan. Saya pergi dulu, ya? Assalamualaikum." Aku bersuara sebelum berlalu keluar dari coffee house itu. Aku tahu, hari ini hari Jumaat, jadi tentulah Encik Aydan tersayang aku tu nak pergi solat Jumaat, kan? Tapi sekarang baru pukul dua belas lebih, mungkin dia ada janji temu lain dulu kut.

Aku bergerak menuju ke food court di dalam KLCC ini, tempat aku berjanji hendak bertemu Hajar. Selalunya setiap Jumaat kami akan makan tengah hari sekali sebab hari lain Hajar makan dengan tunangnya, Si Faiz tu. Padahal nak diikutkan dekat aje pejabat aku dengan pejabat dia. Hari-hari boleh keluar makan tengah hari sama-sama. Tak apalah, orang ada tunang kan, aku ni tak ada siapa. Heh.

Hajar datang berapa ketika kemudian, setelah hampir separuh gelas teh tarik aku hirup. Dia tersengih-sengih memandang aku sebelum mengambil duduknya.

"Sorry, LRT ramai orang." Pendek dia memberi alasan setelah melihat aku sudah menantinya di situ. Naik LRTlah kemudahan paling cepat dan pantas dari pejabat nak ke KLCC ni. Kalau naik kereta, tentu-tentu tersekat dalam jammed.

"Tak apa. Aku pun sampai awal sebab ikut bos aku jumpa klien dekat sini tadi."

"Oh, Dato Said ke?"

"Bukanlah, anak dia. Kan aku ada beritahu kau hari tu."

"Eh, ada ke?" Hajar garu kepalanya. Aku menggeleng perlahan.

"Aku tahulah kau tu asyik teringatkan Faiz, sampai semua aku cerita pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri, ya." Hajar ketawa mendengar kata-kataku.

"Mana ada, beb. Aku selalu ingatlah apa kau cerita, tapi pasal bos baru kau ni aku terlepas pandang pula. Kalau pasal mamat muka selenga pujaan hati kau tu semua cerita tu aku dah simpan dalam poket." Hajar buat muka bangga.

"Eee... Tolong sikit, eh. Bila masa mamat tu jadi pujaan hati aku? Kalau bos baru aku tu kutlah. Aku beritahu kau tak, yang dia tu kacak gila, sebiji macam Lee Min Ho, kau tahu. Macam mimpi pula aku rasa masa jumpa dia mula-mula dulu."

"Okey, bahagian tu aku ingat, tapi aku ingatkan kau tipu saja pasal muka dia macam Lee Min Ho."

"Ceh, tak kuasa aku nak menipu pasal ni." Aku mencebik. Sebal pula sebab Hajar tak percaya. Aku mengalihkan pandangan keluar food court sebelum mataku menangkap sesuatu. Encik Aydan! Dia sedang berjalan sambil memegang satu beg kertas jenama ternama. Amboi, shopping sorang-sorang!

Mamat Muka SelengaWhere stories live. Discover now