Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Matahari bercahaya nyaman kearah bumi. Hari yang sangat sesuai untuk menikmati dunia. Tapi,bukan untuk semua orang.
Seorang gadis berjalan masuk ke sekolah dengan hamparan kata-kata keji daripada orang sekeliling.
"Ee...buruknya muka dia.."
"Macam mana orang sehodoh itu boleh ada dekat sekolah ni?"
"Tiba-tiba sahaja aku rasa macam nak muntah bila tengok muka dia ni.."
Tapi, bagi gadis ini..semua itu biasa. Ia bagai rutin harian baginya untuk mendengar semua ini.
Kata-kata kesat semakin banyak bicara apabila gadis itu masuk ke kelas.
"Hoi si hodoh!" Panggil seorang lelaki yang handsome dan bermuka putih.
Gadis itu langsung tidak melayan lelaki itu. Malahan,dia terus ke tempat duduknya.
Lelaki itu tidak berdiam diri. Dia berjalan ke tempat gadis itu dan menonjol kepalanya.
"Yah..Chae In Yoo..kau tu lebih bagus tak datang sekolah lah....Kalau kau datang,mesti sekolah ni bau busuk je dengan muka hodoh kau tu..." kata lelaki itu.
Gadis yang dikatakan 'Chae In Yoo' itu berdiri dan terus menampar lelaki itu.
"Byun baek hyun! Aku pergi sekolah untuk belajar dan bukan untuk berfoya-foya macam kau yang tak ada masa depan! " kata In Yoo.
Lelaki yang dikatakan 'byun baek hyun' itu memberi jelingan maut kepada in yoo .
"Kau-"
Kata-katanya terpotong apabila guru telah masuk ke kelas.
"Saya ada sedikit pengumuman penting. Pada akhir minggu ini akan ada majlis tari-menari. Saya tahu mungkin majlis ni cepat sangat diadakan. Tapi ini untuk kebaikan semua.
Kamu boleh lah buat persiapan. Dan ada sesetengah daripada kamu telah dipilih untuk jadi penghias untuk majlis nanti. List nya saya dah tampal di papan kenyataan.
Class dismissed.. " kata guru lalu dia keluar dari kelas.
Semua pelajar bergegas ke papan kenyataan untuk mengetahui siapa yang akan menghias.
Tetapi, Chae In Yoo langsung tidak kesah. Dia hanya duduk di tempatnya sambil membaca buku.
"Hey hey....si hodoh tu lah yang akan menghias!" Salah seorang daripada pelajar disitu berkata.
In yoo terus mengangkat muka. Seakan-akan tahu bahawa 'si hodoh' yang diperkatakan itu ialah dia.
Dia bergegas kehadapan dan melihat senarai nama.
SENARAI NAMA PELAJAR MENGHIAS.
1) Ki Yoon Ha.
2)Chae In Yoo.
3)Byun Baek Hyun.
4)Oh Se Hun.P/S: pelajar-pelajar ini diminta berkumpul di basketball court pada pukul 4.00 petang.
In Yoo agak terkejut melihat namanya di situ. Dia lebih terkejut melihat nama Baekhyun disitu.
"Hey ugly!"
In Yoo tidak menoleh. Dia tahu bahawa suara itu milik Baekhyun.
"Nampaknya, kita sekumpulan lah. Aku takut lah. Nanti bila majlis mula,tempat tu jadi busuk sebab muka kau..."
In yoo sudah tidak tahan. Dia memandang Baekhyun lalu berkata...
"Yah! At least cikgu pilih aku untuk hias tempat ni. Maksudnya cikgu percayakan aku. Tak macam perempuan-perempuan yang conteng muka tu!"
"Hahaha! Kau ingat cikgu pilih kau sebab cikgu percayakan kau. You poor thing...Cikgu pilih kau sebab dia nak kau tahu macam mana rupa dewan tu nanti..."
"Huh?"
"Sebab kau dilarang datang. Takut-takut dewan tu jadi hodoh pulak macam muka kau...HAHAHAHA!!" Baekhyun ketawa berdekah-dekah dengan kawannya.
"Such a bad day..." rungut in yoo.
*****
to be continued
YOU ARE READING
[C] Just Go
Fanfiction"EVERY WOMEN'S HAS A BEAUTY, IT JUST NEED SOMEONE SPECIAL TO SEE IT." A story about friendship, love, and a girl's life.