Berjalan lagi aku hari ni.Aku pergi berjalan di Itaewon pula kali ini.Dah akak Syarafina tak ada dekat rumah jadi aku keluar je la.Lagipun bosan bila asyik terperap dalam rumah je.
Terdapat pelbagai kedai halal di sini.Ini yang menaikkan nafsu aku untuk makan.Aku masuk ke salah satu kedai makan di situ.
Selepas makan , aku pergi ke masjid yang berada di sini untuk menunaikan solat Asar.Aku sedikit kagum kerana masih ada orang mahu memeluk islam di negara yang pesat ini.
Kemudian aku berjalan pergi ke Hongdae dan Idae Universiti.Dua universiti ini merupakan universiti swasta yang terkenal di Seoul.Kawasan-kawasan universiti ini berada dekat dengan mall.Di sini juga terkenal dengan keunikkan kedai-kedai dan kafe-kafe yang menarik.Salah satunya aku berjalan di Hello Kitty Cafe.
Kemudian aku pergi ke Namsan Tower.Aku menaiki kereta kabel untuk naik ke atas sana.Di atas Namsan Tower terdapat restoran dan tempat untuk bersantai.Aku dapat melihat keindahan bandar Seoul dari atas.
Aku berjalan pula ke Teddy Bear Museum.Sekarang ni aku rasa macam nak menjerit je.Ada teddy bear yang bersaiz kecil hingga ke saiz yang sebesar manusia.Cantik sangat teddy bear di sini.Aku teringin nak beli tapi bila aku melihat harganya.Pergh! harga dia pun cantik.Jadi aku hanya tanam saja hajat aku itu.
♛♛♛
Malam itu aku berjalan di Chonggyecheon.Di sini terdapat terusan buatan manusia paling pangjang di Korea.Chonggyecheon terletak betul-betul di pusat bandar.
Aku berjalan dari Chonggyecheon plaza sehinggalah ke Dondaemun.Fuh! Penat juga la tapi seronok sebab terusan ini sangat menarik dan unik.
Akhir sekali aku ambil keputusan menaiki teksi untuk pulang ke rumah.Hari ini adalah hari bahagia aku.Otak aku bebas dari memikirkan Zayyan.Yeay!
♛♛♛

YOU ARE READING
First Love Or Last Love
Teen Fiction'Mungkin cinta pertama menyakitkan tetapi aku percaya cinta terakhir adalah cinta terindah.' ... Faiqah Adreanna.Seorang gadis yang happy-go-lucky.Dia mempunyai seorang kawan baik.Dia berasa bahagia dengan hidupnya sekarang. Tengku Harris Erik Danie...