sa - TEKE TEKE (Jepun)

322 23 0
                                    


  Kisah ini terjadi di Jepun. Al kisah di tengah salju yang tengah turun, dua orang pemandu dan pembantunya, sedang memandu keretapi menuju ke stesen keretapi terdekat. Saat mereka tiba di bawah sebuah jambatan di daerah yang cukup terpencil, tiba-tiba saja...

"Braaak..."

"Kreeek..."

Dua orang yg sedang mengendalikan keretapi itu melihat sesosok bayangan jatuh tepat di depan mereka. Kedua orang ini cukup berpengalaman untuk merasakan bahawa keretapi yang mereka kendalikan telah menggilis sesuatu. Mereka berusaha keras menghentikan keretapi dan lokomotif itu berhenti kira-kira beberapa ratus meter dari tempat kejadian.

Salah seorang pengendali keretapi memutuskan untuk turun dan memastikan apa yang telah terjadi. Dia berjalan susah payah di atas gumpalan salju dan tepat di bawah jambatan yang tadi mereka lewati, dia menemukan sesuatu yang mengerikan.

Terdapat tubuh seorang wanita di tengah rel. Tubuhnya terpotong menjadi dua kerana digilis keretapi. Satu bahagian adalah bahagian atas tubuh wanita itu, mulai dari kepala hingga ke pinggang. Bahagian satunya lagi adalah bahagian pinggang hingga kaki wanita itu.

Dia tak dapat melihat wajah wanita itu kerana wajahnya tertutup oleh rambut hitam panjangnya. Darah wanita itu membasahi salju yang berada di bawahnya. Sang pengendali segera kembali pada temannya.

"Kenapa?" tanya yg seorang lagi apabila melihat temannya kembali.

"Ada... ada perempuan kena langgar. Keadaan dia, teruk sangat. Mungkin dia melompat dari atas jambatan. Aku akan dapatkan bantuan kat balai polis terdekat. Kau tunggu kat sini ya?"

Pada zaman itu, komunikasi belumlah secanggih sekarang. Apalagi saat itu cuaca sedang buruk. Sang pengendali tadi akhirnya meninggalkan temannya untuk mencari bantuan. Lelaki yg ditinggalkan itu dengan sabar menunggu di dalam lokomotif. Dia tahu tak ada jadual keretapi melalui daerah itu, jadi dia tenang saja meletakkan lokomotifnya di situ. Selain itu, lokasi ini amat terpencil. Bahkan tak ada satu pun rumah di sana.

Hujan salju telah berhenti, meninggalkan tumpukan salju yang tebal di luar. Hanya ada lampu-lampu jalan dari tiang letrik yang menemani lokomotif itu di tengah kegelapan malam. Beberapa saat berlalu dan sang pengendali yg ditinggalkan temannya, mulai mendengar suara di luar lokomotif.

"Sreeeek... sreeeek..."

Terdengar seperti suara sesuatu tengah diseret.

"Soichi?' Lelaki itu memanggil nama temannya yg pergi mendapatkan bantuan tadi. Namun mana mungkin temannya kembali secepat itu. Lelaki itu mendekati pintu. "Hello, ada orang kat situ?"

Tiba-tiba pintu lokomotif terbuka.

"Braaaaaak!!!"

Diikuti jeritan Sato di tengah kegelapan malam.

***

Beberapa jam kemudian barulah Soichi kembali bersama sejumlah polis. Mereka harus melalui jalanan yang penuh dengan tumpukan salju sehingga perlu waktu lama untuk kembali. Namun sebaik sampai di sana, Soichi ngeri melihat hanya satu bahagian tubuh sahaja yang terlihat di situ.

Hanya ada bahagian bawah wanita itu, sementara bahagian atasnya lenyap. Masih ada ceceran darah di situ dan bekas seretan. Apakah ada sesuatu yang memindahkan tubuh wanita itu? Namun mana mungkin? Apa tujuannya?

Soichi dan para polis pun menuju ke lokomotif yang dia tinggalkan tadi.

"Sato!" panggil Soichi. Dia hairan melihat pintu lokomotif terbuka. Dia masuk dan tak melihat siapa pun di dalam lokomotif, hanya ada tumpukan salju yang masuk melalui pintu yang terbuka.

Soichi sangat hairan. Sato adalah orang yang sangat bertanggungjawab. Mana mungkin dia meninggalkan lokomotif ini begitu saja di saat dia diminta menjaganya? Soichi dan polis lainnya mencari-cari Sato. Namun Sato seperti lenyap ditelan malam. Tak ada jejak di tanah. Semua jejak sudah tertimbun oleh salju yang kembali turun.

Beberapa jam mereka mencari namun tak ada hasil. Saat Soichi mulai putus asa, dia mendongak ke atas. Nafasnya seakan terhenti. Dengan ketakutan dia menunjuk ke atas. Pihak polis pun ikut memandang ke atas.

Mereka semua ketakutan melihat pemandangan yang tersaji di hadapan mereka. Bahkan pengalaman pihak polis itu selama puluhan tahun menangani kes-kes kejahatan seperti tiada maknanya. Mereka belum pernah melihat sesuatu yang mengerikan seperti ini.

Di atas tiang letrik, tubuh Sato sudah kaku kerana membeku. Wajahnya tampak ketakutan setengah mati. Entah apa yang telah membunuhnya, suhu yang di bawah kosongkah, atau rasa takutnya. Sementara di pinggang Sato, melingkar bahagian tubuh wanita yang digilis itu.

Bahagian pinggang hingga ke atas, memeluk erat Sato yang telah mati.


** kalau nak tau kenapa tajuknya ' Teke Teke ' search lah di google image.


+   

> so jgn lah ddk sorang gi lah ikut skali kalau x , x de lah benda nk jadi cm tu..  :3


-cypher_

Urban LegendWhere stories live. Discover now