pal - WRISTBAND (Korea)

241 17 0
                                    


  Di Korea, ada 1 peraturan di semua hospital. Ketika pesakit masih hidup, gelang berwarna putih diikatkan di lengan kanan mereka. Gelang itu berisi nama pesakit serta informasi lainnya. Namun ketika pesakit sudah meninggal, gelang itu dilepas dan digantikan dengan sebuah gelang merah yang diikatkan di lengan kiri sebelum jenazahnya dibawa ke bilik mayat.


Kisah ini terjadi pada seorang doktor yang sedang shift malam di sebuah hospital.


Doktor itu menyelesaikan shift malamnya pukul 2 pagi dan merasa sangat lelah. Hospital tampak sangat sepi sebab pada jam 2 pagi begitu, tentu semua pesakit sedang terlelap dan sebahagian besar perawat juga telah pulang.


Dia menyalakan lift dari lantai lima untuk turun ke basement, di mana keretanya diletakkan. Di dalam lift, hanya tampak seorang wanita tua. Dia berdiri di samping wanita tua itu, yang tampaknya juga ingin turun di basement.


Begitu lift mereka sampai di basement, pintu lift terbuka dan tampak seorang lelaki berpakaian putih. Wanita yang tadi bersamanya hendak keluar dari lift. Doktor itu melihat sesuatu di tangan pria itu. Segera dia menarik wanita yang tadi bersamanya kembali ke dalam lift. Dengan panik dia menekan tombol ke lantai lima dan pintu lift pun tertutup.


"Hei, ada apa denganmu?" wanita tua itu tampak marah kerana doktor itu menariknya masuk kembali.


"Makcik beruntung saya tadi tak biarkan makcik keluar." Ujar doktor itu. "Makcik tak nampak ke, kat tangan kiri lelaki tadi ada gelang merah? Bererti dia dah meninggal!"


"Gelang merah? Maksud kamu, macam yg ni?" Tanya wanita tua itu sambil menunjukkan tangan kirinya yg dibaluti gelang merah.


+


> berfikirlah sebelum bercakap :3


-cypher_

Urban LegendWhere stories live. Discover now