Bab 5

4.2K 54 0
                                    

HARI ini, Rihana rasa berat hati untuk memenuhi permintaan Rozi agar menggantikan temannya itu untuk menemani Datuk Kamal di kelab.

"Aku rasa macam tak berapa sihat. Nak balik cepat." Rozi sandarkan badan ke sofa. Wajah pucat si teman buatkan dia angguk tanda setuju. Kesian pula.

"Aku dah janji malam ni nak ikut dia lepas habis kerja nanti. Kang cancel dia bising pulak. Kau tahulah orang tua tak sedar diri tu."

"Okeylah. Aku ganti. Kau pergilah balik sekarang." Rihana akur akhirnya. Lagi pun, sekarang ni Hakim tak ada di Malaysia. Ke Jepun selama dua minggu.

Dia pun bukan tak kenal Datuk Kamal tu. Si tua miang keladi. Kalau datang ke kelab, suka mabuk-mabuk. Dah tu, tangan pula suka meraba sana sini.

"Thanks." Rozi bangkit dan terus melangkah pergi.

Rihana lepaskan keluhan. Kalau tak kesiankan si teman, sumpah dia tak sanggup. Pernah sekali dia terkena dengan lelaki tua tersebut. Tangan merayap ke dadanya. Apabila dia mengelak dan cuba untuk menjauh, bajunya pula yang disentap sampai terkoyak. Memang tak bertamadun punya jantan.

"Aku balik dulu." Rozi melintas bersama beg tangan di tangan.

Rihana hanya memandang. Terkadang dia nampak Rozi macam pelik sikit kebelakangan ini. Tak aktif dan sering termenung. Kekadang suka bercakap yang bukan-bukan. Muka selalu nampak pucat dan keletihan.

Adakah? Hati Rihana terdetik sesuatu.

Tak mungkin! Tapi tak juga mustahil kerana HIV tak mengenal mangsa. Lebih-lebih lagi bagi yang suka mengamalkan seks bebas. Dia tahu, Rozi selalu cerita, kalau escort mana-mana pelanggan sehingga ke bilik hotel, temannya itu akan berikan perkhidmatan seks sekali.

Setakat hari ini, dia belum pernah lakukan seperti apa yang Rozi lakukan. Setakat hari ini, lelaki yang berjaya mengheret dia sampai ke bilik hotel hanyalah Hakim. Tapi, setakat hari ini dia masih mampu mengawal lelaki itu.

Lama juga dia termenung memikirkan hal Rozi sehingga ada yang datang menyampaikan pesan daripada Datuk Kamal. Lelaki itu sudah menunggu dengan pemandunya di depan kelab.

"Hi, darling!" Datuk Kamal menegur gaya miang tatkala Rihana meloloskan diri masuk ke dalam kereta lelaki itu. Sesaat dia rasa bagai mahu termuntah.

"Jalan!" Arahan diberi pada pemandu dan kereta terus meluncur laju.

"I rasa sungguh bertuah malam ni sebab you sudi teman I." Tanpa amaran tangan Datuk Kamal singgah di paha Rihana.

Masih diam, Rihana tahan nafas. Mata menjeling tangan lelaki tua di sebelah yang elok saja mendarat di atas pahanya.

"Awalnya I memang berhajatkan you. Tapi you jual mahal sangat. Asyik mengelak aje bila I dekat." Datuk Kamal mengensot, makin merapatkan kedudukan.

Kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi Datuk Kamal sangat perlahan walau jalan di Bandaraya Kuala Lumpur ini sudah agak lengang.

"Kita nak ke mana ni, Datuk?" Rihana mengensot makin ke tepi dan berpusing ke arah Datuk Kamal.

"Istana Hotel. You teman I jumpa rakan bisnes dari Singapore dulu, lepas tu..." Datuk Kamal condongkan badan ke arah Rihana.

"Kita masuk bilik. I dah booking satu malam untuk kita..."

"Datuk..." Rihana memintas.

"Rasanya sampai habis urusan bisnes Datuk, tolong hantar I balik. I tak buat kerja-kerja sampai ke bilik."

PERGI TANPA ALASANWhere stories live. Discover now