BEKERJA dengan Encik Nazreen tidaklah susah sangat. Betul kata Kak Wanie, lelaki itu sangat senang untuk diuruskan. Tidak cerewet dan mudah mesra. Duda muda tanpa anak yang smart bergaya itu sangat senang untuk difahami apa kemahuannya.
Sedang Rihana duduk memuji dalam hati, Encik Nazreen tiba-tiba terpacak di depan mejanya dengan senyuman manis. Aduhai... kalau hari-hari dia pandang senyuman tu, mahu dapat kencing manis.
"Hana, sekejap lagi you ikut I pergi hotel."
"Hah?" Terkejut, Rihana hampir terlompat bangun mendengar arahan Encik Nazreen. Apa ni? Tiba-tiba ajak pergi hotel?
"Erk..."
Encik Nazreen senyum meleret. Lucu tengok Rihana yang serba tidak kena.
"Business appointment, sayang." Encik Nazreen gelak perlahan.
Rihana telan liur. Encik Nazreen ni la. Tak agak-agak nak panggil sayang. Kang orang dengar kata dia menggatal pulak. Tapi, kata Kak Wanie, bosnya ini memang jenis yang mesra alam.
"Get ready, kejap lagi kita bertolak. Takut traffic jam."
"Okey!"
Dari Menara Citibank yang dulunya dikenali sebagai Menara Lion di Jalan Ampang, mereka bergerak ke Swiss Garden, Jalan Pudu. Trafik bergerak perlahan tetapi mereka masih sampai lebih awal dari waktunya.
Encik Nazreen memang sudah menempah meja di ruang 'sulit' hotel tersebut. Sementara menunggu ketibaan orang yang ditunggu, Encik Nazreen bercerita serba sedikit tentang projek yang bakal mereka miliki.
Namun begitu, dari sepuluh yang Encik Nazreen cerita, hanya satu yang masuk ke kepala Rihana. Sebabnya, dia sedang gementar.
"Datuk Adam tu owner Royal Group. Dia kawan papa I dan katanya dia akan tolong untuk berikan projek tu pada kita." Encik Nazreen meneruskan bicara.
Hah! Sekejap, nama apa tadi? Datuk Adam? Royal Group? Bukankah itu papa pada Hakim?
Rihana jadi gelabah tiba-tiba. Dah rupa macam anak dara nak jumpa bapa mertua pun ada.
Nak buat apa ni? Sempat lagi tak kalau dia nak lari? Boleh tak kalau dia bagi alasan dia sakit perut dan minta balik? Otak Rihana bekerja keras. Apa yang keluar dari mulut Encik Nazreen sudah tidak masuk ke kepalanya.
Sedang Rihana sibuk mencari alasan untuk keluar dari situ, orang yang ditunggu telah tiba. Saat melihat lelaki yang dikatakan Datuk Adam itu, Rihana hampir jatuh pitam. Bukan Datuk Adam yang datang tetapi si anak yang muncul. Siapa lagi kalau bukan Hakim.
Rihana telan liur sambil perlahan bangkit berdiri, mengikut Encik Nazreen yang bangkit menyambut ketibaan tetamu.
Hakim yang baru perasan tentang kewujudan Rihana di situ terus terpaku.
Oh! Kebetulan yang cukup indah. Setelah berperang besar dengan papanya kerana tidak suka diarah berurusan dengan Coral Global di saat-saat akhir, rupanya ada sesuatu yang Tuhan ingin tunjukkan.
Rihana, I miss you. Bisik hati Hakim tatkala menatap sepasang mata milik Rihana yang sangat cantik itu.
Selepas bersalaman dengan Nazreen, Hakim hulurkan tangan pada Rihana tetapi gadis itu tidak menyambutnya, sekadar menunduk tanda menegur.
"Mmm... jemput duduk Hakim." Nazreen pantas bertindak agar Hakim tidak terasa malu dengan situasi itu. Dia memang dah tahu Rihana tidak bersalaman dengan lelaki.
YOU ARE READING
PERGI TANPA ALASAN
RomanceRihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit...