Bab 3

814 20 2
                                    

Hari ni Lia akan mengambil keputusan Spm nya yang akan menentukan kehidupannya selepas ini walaupun kehidupannya sudah musnah dek kejadian pahit dulu.

"Alhamdulillah, keputusan yang sangat membanggakan sekolah" kata Cikgu Faridah sambil menepuk- nepuk bahu Lia.

Lia mengukir senyuman pahit. 'Setakat keputusan exam elok tapi dah tak ada ...dara? nak buat apa' desis Lia.

Tanpa berlengah Lia terus pulang ke rumah bagi mengelakkan kawan-kawannya melihat dia. Tubuhnya yang kian menampakkan perubahan. Semakin berisi. Mungkin penangan dari perut yang juga berisi. Lia berbadan dua?

"Lia sini kejap. Mak dan ayah nak bincang jap" Lia menuruti kata-kata maknya.

"Kenapa?"

"Mak bangga dengan kamu tapi kamu tahukan kehidupan kita macam mana?" Lia mengangguk faham. Hidup dia sekeluarga memang miskin. Terlalu miskin! Kais pagi makan pagi kais petang makan esok.

Maknya cuba mencipta alasan terbaik. Tak perlu kut anaknya itu tahu yang dia, suaminya, Pak Yunus dan isteri-isteri Pak Yunus tahu apa yang Lia alami.

"Mak dah bincang ngan ayah nak lepaskan tanggungjawab kami nak bagi kamu hidup macam remaja biasa. Dapat sambung belajar. Kami nak kahwinkan kamu"

Lidah Lia kelu. Betul ke apa yang katakan. Mak tak sayang dia ke? Nak lepaskan dia macam tu je. Tapi ada ke yang nak kahwin dengan dia yang sudah berbadan dua? Ke mak dan ayah dah tahu?

"Mak nanti Lia fikir" Lia menguntumkan senyuman. Lia lari ke dalam bilik. Ada bagus juga dia ambil kesempatan ini untuk menutupi kisah yang menghantuinya. Perutnya diusap lembut. Walaupun anak ini bukan anak yang mengikut syarak tapi dia masih mempunyai iman. Dia takkan sia-siakan perberian Allah.

Lia menunaikan solat isyaknya disertai dengan tahajud agar dia tak tersalah pilih jodoh. Tapi satu persoalan bermain di hatinya sekarang. Adakah suaminya nanti akan menerimanya dengan rela.

Lelaki Paling Ku BenciWhere stories live. Discover now