Bab 11

658 12 0
                                    

"Nama diberi Nur Alia Amalina bt. Azahar. Umur 19 tahun. Asal Negeri Sembilan. Duduk area Putrajaya. Err..  status.."

'Nak cakap janda? Tak sanggup aku dah lah umur 19 tahun tapi janda. Complicated betul hidup. Tapi semua orang bagi tahu status.'

"Cik Lia okay x?" Soalan Puan Norisah menyedarkan lamunanku.

"Ok. Kat mana saya tadi? Oh ya saya complicated."

Lia kembali mengambil tempat duduknya. Banyak mata yang mengekori gerak gerinya. Lia memang gugup tapi cuba tayang muka selamba. Yelah hari pertama di menara gading lah katakan.

Kelas Law yang memakan masa 3 jam telah tamat. Izzul seperti biasa akan tunggu Lia di depan kafe yang terletak sejengkal sari kelas Lia. Izzul memang orang yang menepati janji dia tidak pernah lambat mengambil Lia walaupun sesaat kalau dia janji pukul 3 pukul 3 dia dah sampai.

"Awak nak makan?"

"Awak dah makan?"Izzul senyum hambar lalu menggelengkan kepala. Tak suka dia bila soalan dia dibalas dengan soalan.

"Jomlah. Awak nak makan dekat mana. Saya tak kisah tapi saya nak belanja. Duit yang awak bagi bulan ni banyak sangat."

Sejak hubungan Lia dan Izzul rapat diorang banyak berkongsi rahsia , berjenaka. Dah macam adik beradik. Pembelanjaan Lia pun Izzul yang tanggung. Setiap bulan ada sahaja duit dia masukkan dalam bank Lia. Bukan sekadar setiap bulan. Kadang-kadang setiap minggu. Kadang-kadang hari-hari kira bila ada duit lebihlah senang.

"Awak tak kerja ke hari ni?" Soal Lia memecahkan kesunyian antara mereka sedari tadi. Soalan Lia yang tadi pun tak jawab lagi nak ke Izzul jawab soalan yang ni.

"Tak. Lia hari ni awak dihukum."
'Hukum? Hukum apa pulak ni? Aku ada buat salah ke? Ya Allah janganlah dia marah aku. Tapi sebab apa?

"Dengar tak?" Suara Izzul meninggi.

"Apa salah saya." Muka aku yang berkerut sebab takut tadi makin berkerut sebab pelik. Pelik sebab tiba-tiba Izzul gelak. Dia gila ke?

"Kenapa ketawa." Suaraku bergetar.

"Awak tu janganlah buat muka macam tu saya nak hukum awak supaya awak tak yah belanja saya je."

"Tapi sebab apa?"
"Sebab..."

Kereta yang tadi pecut 120km/j kini berhenti di depan lampu isyarat yang menunjukkan lampu merah membawa maksud berhenti.

Tiba-tiba Izzul mendekati tubuh kecil molek Lia. Izzul nak buat apa?

"Awak nak buat apa? Kalau awak tak nak saya belanja tak pelah saya tak belanja. Tapi tak yah lah macam ni."

Lia memejamkan mata sebaik badan Izzul berada betul-betul dekat dengan badan dia sehingga Lia dapat merasakan kehangatan hembusan nafas Izzul yang tidak teratur.

"Awak ni overlah. Saya nak pasangkan tali pinggang keledar je. Tak pasal-pasal orang cantik tepi saya ni innalillah." Kata Izzul sambil menggelengkan kepala.

'Eeeeeeee...... geramnya aku dengan mamat ni. Kenapa dia tak suruh aku pakai sendiri je. Dia ingat aku tak reti ke. Sebaik aku tak keluarkan bunga-bunga silat aku tadi.'

"Terima kasih tapi lain kali tak payah lah buat macam tu nanti orang lain nampak macam mana? Lagipun saya retilah nak pakai benda alah ni." Geram Lia diluahkan Separuh.

Izzul ketawa sebelum menbetulkan kedudukannya kembali dan menekan pedal minyak kembali setelah lamupu isyarat menunjukkan warna hijau. Jalan!!

Lia bermasam muka. Menghadap tingkap lagi bagus.

Lelaki Paling Ku BenciWhere stories live. Discover now