Bab 8

768 17 0
                                    

Sudah hampir seminggu Lia duduk di hospital sekalipun tubuh tua suaminya tidak datang. Mana suaminya?

Lia makin teragak untuk memberi hak penjagaan pada suami dan madu-madunya. Mana ada mak tak sayang anak.

Izzul masuk. Baru tadi dia selesaikan urusan untuk membawa Lia keluar dari hospital ni.

"Sayang.... jom. Barang Izzul dah kemaskan."

"I said don't you dare to call me 'sayang'. Gelilah aku dengar. "

Lengan Lia ditarik lembut. Muka Lia didekatkan dengan muka Izzul. Terasa hangat hembusan nafas Izzul. Tiba-tiba Lia mendapat debaran yang sangat hebat. Dia teringat peristiwa hitam. Laju dia menolak tubuh sasa Izzul. Mungkin dia masih trauma. Izzul cuma nak ambil barang atas katil Lia tapi entah kenapa degupan jantungnya jadi tak keruan.

Selama dia berkahwin dengan suami tuanya. Dia tidak pernah disentuh. Dia memang cukup selesa dengan layanan yang diberi. Mungkin sebab itulah trauma dia tidak lagi datang menerpa.

"Kita terus balik KL. Suami awak tunggu kat luar." Izzul membetulkan tshirt polonya. Dia mungkin tidak sedar apa yang berlaku tadi. Godaan syaitan.

"Kenapa KL. Suami saya? Saya tak boleh tinggalkan dia. Saya tak nak jadi isteri nusyuz."

"Jom keluar." Tangan Lia dipegang tapi pantas ditepis.

"Nur Alia Amalina binti Azahar. Aku ceraikan dikau dengan talak tiga. Maafkan Pak Yunus. Pak Yunus tak nak seksa Lia lagi. Lia berhak hidup bebas. Cuma arahan terakhir Pak Yunus sebagai suami pergilah sambung belajar kat KL. Pak Yunus tanggung. Anak tu biar Pak Yunus jaga."

Lia masih lagi kaku. Dia cuba memahami kalimah yang terngiang-ngiang di telinga. Bekas madu-madu yang turut datang melawat memapah Lia yang kelihatan lemah.

"Jom." Izzul memegang Lia kembali dan terus membawa Lia pergi. Lia menurut, tak tahu apa lagi yang dia mahu buat. Walaupun dia tak begitu sedih tapi dia masih terkejut denfan apa yang berlaku. Anaknya langsung tidak dijenguk. Hanya beberapa kali dia sempat menyusukan kedua-dua anaknya.

Sedari tadi Izzul memerhati Lia yang masih berdiam diri. Mungkin dia selesa begitu jadi Izzul juga turut berdiam diri. Lia tidak langsung bertanya mereka akan pergi.

Lelaki Paling Ku BenciWhere stories live. Discover now