Bab 13

919 17 4
                                    

"Encik kami tak bersalah. Okay maybe tadi kitorang silap sebab duduk berdua-duaan tapi kitorang tak buat apa-apa pun. Saya cuma nak ajak dia makan. Saya berani bersumpah encik." Nafi Izzul tapi macam tak membawa kesan pun.

Lia hanya berdiam diri dari tadi tapi bukan tanda dia rela tapi dia risau kalau hujah-hujah dia tidak diterima nanti menitis pula air matanya. Sudahlah dia habiskan air mata ketika dalam perjalanan ke pejabat ini tadi.

"Encik kami tak boleh lepaskan cik berdua macam tu je. Macam nilah kalau kamu berdua ada perasaan sesama sendiri baik kita halalkan yang mana haram supaya hubungan ni diredhai oleh Allah"

"Errr..... encik tapi encik tak tahu hati manusia. Kalau dia tak cintakan saya macam mana? Hati tak boleh dipaksa encik."

'Aku? Kenapa hati aku yang dipersoalkan? Dia tak ada hati ke? Dia terima kalau disatukan dengan aku?'

"Macam nilah encik, kami setuju dengan syarat ni tapi bagi kami masa untuk berbincang dengan family kami." Laju ayat begini meluncur keluar dari mulut Lia. Betul ke keputusan Lia ni. Kalau nanti Izzul marah dia. Mati... mati!!

*************

"Lia awak dah fikir-fikir masak-masak?"

Lia membalas dengan anggukan. Sepatutnya dia yang tanya lelaki tu setuju ke tak tapi lelaki yang lengkap berpakaian kemeja ni selamba je. Macam dah redha.

"Jangan menyesal kemudian hari tau"

"Awak tak kisah ke dengan jawapan tanpa berbincang saya tadi"

"Sayakan lelaki macho. Takkan saya nak lepas tangan pulak bila awak kena tangkap dengan saya okay. S.A.Y.A. lelaki macho takkan buat macam tu." Kata Izzul separuh menyakat.

'Awak.... sa..... saya tahu awak terpaksa kahwin dengan saya tapi please.. saya mohon sangat-sangat kat awak.. yelah awak lelaki talak semua kat tangan awak. Janganlah senang-senang lepaskan saya. Awak cuba cintakan saya boleh' kata-kata hanya boleh diungkapkan dalam hati sahaja. Macam murah sangat pulak bila nak minta-minta dari lelaki. Lia tak dijual dia pasar tau.

Izzul ni buat perangai lagi. Suka sangat dekatkan muka dengan Lia. Terasa hangat nafas Izzul. Oleh kerana kedudukan mereka terlalu dekat nafas pun dah tak cukup. Izzul.. Izzul baru tadi kena serkup. Tak sedar -sedar lagi? Nasib baik kat dapur ni tak ada orang.

"You have to know something. I just need one second to love someone but i need whole my lifetime to forget about her. Furthermore i know you when i was 3."

Maksud dia? Dia memang cintakan Lia ke? Ke dia baru nak cuba? Lantaklah. Yang pasti kes ni kena selesaikan secepat yang mungkin.

**********

"Assalamualaikum mak ayah"
Lia terus menyambar tangan kedua ibu bapa nya dan salam tunduk hormat.

"Lia Izzul kenapa balik tak bagi tau. Masuklah dulu." Mak Lia tersenyum gembira.

"Mak kitorang kejap je ni. Kejap lagi kitorang dah nak balik KL. Balik ni pun ada benda nak bincang. "

"La kenapa cepat sangat. Meh la lepaskan rindu dulu. Kejap sangat kenapa banyak sangat ke kerja kat KL tu. Tak pelah naik dulu borak-borak kat atas"

Lia, Izzul dan mak Lia mendaki anak tangga rumah mereka. Mak Lia terus melangkah ke dapur untuk membuat air.

"Awak nak cakap macam mana kat mak. Kalau mak tak setuju macam mana? Kalau mak buang saya? Saya tak bersalah. Awak kita bawa mak balik KL terus boleh tak. Ermmmm... mak ayah awak dah tahu belum?"

"Awak ni jangan risau boleh tak. Banyak sangat soalan. Gigit baru tau. Saya dah mesej mak ayah saya dah. Kalau dorang nak datang dorang datanglah nanti."

Mak Lia yang baru datang dari dapur terus melabuhkan punggungnya di atas sofa kelabunya.

"Nak bincang apa ni? Macam serius je bunyinye"

"Macam ni kitorang dah sepakat nak naik pelamin."

"Betul ke Lia?" Mak Lia menayang muka pelik.

"Betul mak. Kitorang dah fikir masak-masak. Lagipun senang sikit Lia nak survive kat KL tu kalau boleh duduk sebumbung dengan Izzul ni."

"Mak tak kisah bila nak langsung nye?"

"Esok!"

"Hah?" Berubah riak wajah mak Lia dari terkejut menjadi superb terkejut.

"Eh tak mak. Bulan depan Izzul ni tak sabar sangat." Jawab Lia sambil menyiku lengan Izzul

"Lia bukan kita bincang minggu depan ke?"

"Bulan depan la "

"Ishh.. kamu berdua ni mana satu esok ke minggu depan je bulan depan? Tapi esok cepat sangat"

"Minggu depan" jawab mereka serentak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 13, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lelaki Paling Ku BenciWhere stories live. Discover now