gaduh

44 2 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alamak! Apehal pengsan terus ni! Bukan salah aku pun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alamak! Apehal pengsan terus ni! Bukan salah aku pun. Salah mamat ni kacau aku! Ah, lantaklah!

 Salah mamat ni kacau aku! Ah, lantaklah!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

****

"Weh Hani

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Weh Hani. Apa masalah kau hah?" Tanya One. Muka One yang cantik dan kacak itu bertambah hilang serinya melihat kawan baiknya itu pengsan.

"Entah?! Kau ni memang benci orang kaya macam kitaorang ke apa ha? Bukannya Izzid buat salah apa pun!" Tambah lagi api kemarahan daripada Ajoi. Tergaru-garu jari Ajoi menggaru kepala botaknya memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah.

"Bro. Rilek. Rilek. Mesti ada benda la tu yang Izzid buat sampai Hani boleh marah sampai macam ni. Kan kan Hani?" Kata Daniel bersahaja.

 Kan kan Hani?" Kata Daniel bersahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hmm apa-apalah. Ajoi, Daniel tolong aku angkat Izzid ni. Erm oi minah. Haa ye kau. Tolong cari kiub ais dalam peti ais. Nak tuam kepala dia. Hani, kau duduk luar. Izzid terjaga boleh emo dia tengok muka kau."

Entah kenapa Hani tidak teragak-agak untuk membalas kenyataan One yang berbisa itu. Memang dia juga yang cari nahaskan. Ish, Hani kau dengan tangan kau, memang boleh buat hidup kau sendiri merana tau tak?!

Dalam renyah menunggu Izid terjaga dari pengsan di sofa, tiba-tiba talian phone di tangan berbunyi. Hani laju menjawabnya di tepi kereta Ferari Enzo itu.

"Abah, haa kenapa? Orang busy la abah-"

"Haa?? Sekarang ke? Kejap. Kejap. Cakap perlahan perlahan. Hani ni pekak abah."

"Bankrupt? Apa abah cakap ni? ... Yela yela Hani pergi sekarang jumpa abah dekat Bank. Tunggu jap. 30 minit Hani sampai!"

Kedengaran bunyi tapak kaki Shila berat melangkah ke arah Hani.

"Weh, apesal? Abah kau ok tak?"

"Entah. Ada masalah dekat bank. Aku kena pergi jap. Kau jaga bengkel jap eh!" Balas Hani laju sambil menepuk bahu Shila dua kali.

"Oi Hani. Aku nak bagi tahu mamat Izzid tu dah bangun!" Teriak Shila kuat.

"Ah, biarla dia. Nanti kau bagi nombor telefon aku dekat dia. Kalau dia nak aku bayar ganti rugi ke apa. Nanti aku setellah! Kayh Shila blah dulu!" Senafas Hani berbicara sambil langkahnya laju mendapatkan kereta MyVi berwarna merah di parkir kereta.

**************
"Abah!"

Usai tiba di Bank Financial Izzid-E Sdn. Berhad, Hani mendapatkan ayahnya di tempat menunggu di hadapan kaunter bank. Seperti cacing kepanasan ayahnya menunggu Hani yang lambat tiba.

"Sorry bah. sesak pula jalan tadi. Ingat boleh sampai sini 30 minit. Jadi sejam pulak! Ni awat abahnya? Masalah apa pulak ni?" Tanya Hani selepas duduk di kerusi bersebelahan ayahnya.

"Abah tak tahu la Hani. Bank tiba-tiba cakap tak dapat luluskan pinjaman wang. Katanya dah ramai sangat nak buat pinjaman wang. And abah masih lagi waiting list. Cuma kalau abah tak dapat duit bulan ni, abah tak dapat nak selesaikan hutang bengkel tu. Kalau tak dapat selesaikan. Abah nak bagi kau makan apa ni Hani?"

Hmm itulah abah Hani. Berhutang dengan bengkel dan kali ni nak minta hutang bank nak bayar hutang bengkel. Pening kepala Hani dibuatnya!

"Sabar abah. Nanti giliran kita dekat kaunter, kita tanya dia macam-macam. Mana boleh macam ni, kita mintak daripada awal tahun. Sepatutnya kita diutamakan. Biul ke apa bank ni? Menyusahkan lah!"

"Biul?" Tiba-tiba suara seorang lelaki yang garau amat dikenalinya bersuara di belakang kerusi Hani. Terkejut seperti melihat hantu apabila Hani menoleh ke belakang.

Izzid! Apehal seh mamat ni buat dekat sini?

"Eh. Kau? K..k..kau buat apa dekat sini?"

"Tu. Buta ke? Bank Financial Izzid-E tu. Maksudnya apa cik Hani? aku bos dekat sini. Datang sini nak kerjalah!" Bentak Izzid kuat. Tangannya menyilang ke dada. Geram pagi tadi tak terpadam lagi.

"Oh. Ohho." Hani terdiam seraya melihat papan tanda di hadapan kaunter bank. Memang Izzid-E ni orang yang sama ke? Tak mungkin!

Hani yang terduduk di kerusi mendongak kepalanya ke atas. Dilihat muka Izzid yang merah pekat dan mukanya yang pucat seperti baru lepas belasah harimau ditenung mukanya lama.

"Weyh. aku tak bermaksud pun untuk pukul kepala kau! Aku... Tak tahu... Nak cakap... Apa.. Sorry.." Perlahan perkataan maaf dikeluarkan pada mulut Hani.

"apa? Tak dengar ah. Kau apa?" Sakat Izzid lagi. Seronok pula kacau minah ni.

"Aku... Minta kau... Maafkan..." Cakap Hani sepatah-sepatah. Mungkin egonya masih menebal lagi, susah pula nak minta Izzid maafkan dia.

"Maafkan siapa cik Hani?"

Abah Hani terkaku melihat perbualan antara bos syarikat bank ini dengan anaknya. Seperti dirasuk, ayahnya terus melutut di lantai dah menunduk.

"Saya ayah Hani. Tolong maafkan anak saya tuan! Maafkan kami!"

"Abah! Apa ni? Bangunla."

"Ish budak ni. Melutut sekali minta maaf dengan tuan ni. Kau buat apa ha Hani?" Bisik abah sedikit perlahan namun masih dapat didengari telinga Izzid.

"Eh, encik! Tak perlu minta maaf. Saya nak pinjam anak encik kejap boleh tak? Dan encik tak yah risau ya. Saya akan luluskan pinjaman bank bulan ni juga." Balas Izzid sambil memapah ayah Hani berdiri semula.

Hani terkedu melihat perubahan perwatakan Izzid yang seperti beliung menjadi kucing. Tetiba baik ni apehal?

"Jom Hani, ikut aku jap. Saya pinjam anak pakcik jap ya!"

"Abah! Jangan bagi abah. Kalau Hani tak balik malam ni telefon polis!"

"Ish, senyap la kau!" Kata Izzid sambil menekup mulut Hani seperti orang sawan meminta bantuan.

*****

Tolong vote ya! Boleh bagi pendapat nak gambar dorang lagi banyak atau letak satu dua aja? Kalau suka gambar ni. Boleh vote kayh! Kalau suka cerita ni vote juga!




Jejaka Idamanku [Wattys2016]Where stories live. Discover now