bestnya

52 3 0
                                    

Usai tiba di lapangan terbang, Hani dan yang lain terus disambut oleh beberapa pekerja Izzid dan Ajoi. Iyalah, anak orang kaya kan.

Lupa pula. Destinasi mereka adalah ke Seoul, Korea. Ajoi ni sebenarnya ada kacukan cina dan Korea. Sekarang ini mereka akan dibawa ke Resort yang baru sahaja didirikan oleh nenek Ajoi Fernandez. Kali ini, merekalah yang akan merasmikannya.

Sampai aja di sana, mata Hani dan Shila tidak berkelip memandang agam yang besar dan mewah itu. Tak percaya pula budak bengkel kereta dapat merasai nikmat dunia seperti hari ni.

"Erm. Weh. Kau tak bawak baju kan?" Tanya Izzid selamba sambil menyiku lengan Hani.

Hani mengerut dahinya tajam. Dikerling matanya ke arah Shila. Matanya dan Shila saling berpandangan. 'Weyh. Pinjam baju'

'Mana boleh. Aku bawak cukup-cukup je.'

'Ngokngek kau Shila.'

'Hani, aku ingat kau bawa barang kau. Yang datang sini sehelai sepinggang apesal?'

"Weyh, ape benda la yang korang duk kenyit-kenyit mata ni. Pulak tu kepala korang tu duk hayun sana hayun sini. Biul ke apa? Oi Hani, aku tanya ni kau tak bawa baju kan?"

"Yeeelaaa.. Dah tahu buat apa tanya!"

"Kalau tahu dah tak ada, tanyala saya cik Hani oi."

Hani mencebik. Kepalanya pura-pura digaru. Ish nak cari gaduh. Mesti kalah punya.

"Miss" arah Izzid kepada salah seorang pembantu rumah yang memakai pakaian seragam berwarna hitam putih dengan kasut tumit tinggi satu inci itu.

"Ya saya."

'Eh, boleh cakap melayula. Nasib baikla. Kalau tak tergaru nak speaking' gerutu Hani.

"Bawa cik Hani dan cik Shila ke bilik tetamu. Sediakan pakaian dan bilik mandi mereka juga. Pukul 8, bawa mereka ke ruang makan. Malam ni ada ramai tetamu di dewan makan. Sediakan pakaian mereka yang paling trendy."

Hani mencelah sambil tangan menidakkan arahan Izzid.

"Eh eh. Tak payah trendy. Baju T-shirt pun ok!"

Permintaan Hani tidak dilayan langsung sebaliknya layanan pembantu rumah itu menjadi lebih mesra.

"Silakan cik Hani dan cik Shila."

**********
Apabila pintu bilik tetamu itu dibuka. Bilik itu luasnya sebesar rumah Hani. Bertapa besarnya keluasan untuk satu bilik. Tambah-tambah ada 50 bilik di rumah agam ini. Pintu tombol yang berwarna emas dan segala perabut bilik berkilau dengan kilauan emas membuatkan mulut Hani terlopong luas. Hampir patah tulang rahangnya.

"Weyh, ape yang Daniel cakap dekat kau sampai kau nak ikut dia sekali ni? Aku masih tertanya-tanya."

Shila tersengih. Tau dah tiba masanya untuk Hani membebel.

"Dia tanya aku pernah bernafas atas awan tak? Aku buat muka toye memang taklah. Dia cakap okay aku bawa kau merasai nikmat atas awan. Tapi dengan syarat bawa hani sekali okay? Aku macam oh okay kau ada, ok on je."

"Kau tak rasa semua ni scam ke? Macam lepas semua ni kita kena bayar balik." Kata Hani teragak-agak sambil tangan mencapai atap.

"Hani..." Shila tersentak.

"Ha apa?"

"Aku tak pernah terfikir pun. Uwaaaa macam mana kalau dia betul-betul suruh kita bayar balik?"

Paha Shila dicubit perlahan. "Haa kau ni Shila. Tula lain kali tanya aku dulu!"

"Hani. Kau pinjamla baju aku. Tak payah pakai baju tu. Nampak mahal sangat. aku tak mampu nak bayar!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 14, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jejaka Idamanku [Wattys2016]Where stories live. Discover now