persetujuan

31 3 0
                                    

"Kau nak apa Izzid?"

"Masuklah cepat! aku tak ada masa banyak sangat ni!" Arah Izzid selamba.

"Eh mamat kereta. Kau nak bawa aku pergi mana suruh aku masuk kereta kau? Nak culik aku nak buat apa?" Tanya Hani ragu-ragu.

"Ish, masuk jela!" Kata Izzid sambil menarik tangan Hani lalu menolaknya masuk ke dalam perut kereta sport Lamborghini merah yang tersidai megah di depan bank.

Pintu kereta di bahagian penumpang ditutup kemas oleh Izzid. Hani yang terkesema dengan perubahan Izzid terus mendiamkan diri. Duduk bersebelahan dengan jejaka kacak yang panas baran pula kan. Baik senyap daripada bertekak. Mamat ni nak memandu pula kan. Karang kemalangan salah aku juga nanti.

"Oi!" Marah Izzid tak semena.

"apa benda?!" Sentap Hani dari lamunan.

"Pakai tali pinggang tu. Nak aku pakaikan ke? Kau bukan Cinderella aku pun. Pakai la sendiri."

Hani muncung. Terasa malu diperli sebegitu. Tangan kanannya terus mencapai tali pinggang dan diletakkan penyangkutnya ke bawah. Siap dipakai terus Hani merebahkan badannya ke belakang. Sedap juga naik kereta sports ni. Bau kereta dia ni sedap betul. Bau kedai.

******
'Ceh, masuk kereta je boleh tertidur minah ni? Tak takut langsung ke kalau kena culik betul-betul. Aduhai, merisaukan!'

Sewaktu Izzid keluar untuk mengisi minyak di stesyen minyak, kedengaran bunyi telefon Hani berbunyi. Sekali pandang, Hani masih belum terjaga daripada tidur. Izzid membuka pintu keretanya lalu mencapai handphone di dalam bag Hani.

Nama yang tertera membuatkan Izzid geli hati betul.

'My crush, oppa love'

"Hai Hani!"

"Oh sorry Hani tertidurla." Kata Izzid bersahaja. Tangan kirinya terus diseluk ke dalam poket seluar. Sementara menunggu minyak diisi penuh, Izzid menyandar badannya ke pintu kereta.

"Siapa ni eh? Hani mana?" Tanya suara lelaki di talian.

"aku ni kawan Hani. Dia ada ni. Tapi tertidur dalam kereta kejap. aku malas nak kejut dia. Kau siapa eh? Nak aku pesan apa-apa ke?"

"Hani masuk kereta lelaki? Biar betul. Kau jangan nak tipu aku. Dia masuk kereta lelaki tu memang tak masuk akal."

"Tak percaya kau telefonla ayah dia sendiri. Kau kenal tak ayah dia?"

"Mestila aku kenal. Kitaorang jiranlah. aku telefon ayah dia kejap lagi. Kalau dia cakap tak ada, kau pulangkan balik Hani dekat aku. Aku tunggu kau dekat--"

Izzid mematikan telefon Hani.

"Ah, semakla mamat oppa dia ni." Fon Hani dicampakkan terus ke dalam bag Hani. Sewaktu dia sibuk memasukkan fon itu, muka Hani ditenung tajam.

Comel jugak minah ni eh?

Mulut dia yang nipis berwarna merah dan pipinya gebu merah jambu membuatkan Izzid tidak dapat mengalihkan pandangannya lagi. Rambut pendek Hani yang jatuh ke atas bahu menampakkan lagi kecomelannya.

Ish, tapi still bukan taste aku. aku tak suka yang comel. Aku suka yang sexy dan cantik je.

Sewaktu Izzid sibuk melekakan diri merenung wajah Hani, tiba-tiba Hani menggeliat dan menarik tangannya ke atas dengan laju. Lalu menampar muka Izzid yang kacak itu.

"Aduh, kau ni apehal bangun tidur terus pukul orang?!" Tanya Izzid sambil mengurut dahinya perlahan.

"Ops sorry weh. Eh, kita dekat mana ni?? Ish. Ni mcm kawasan KLIA je. Dekat KLIA? Kau nak aku buat apa dekat sini?"

"Ish. Bisingla. Tidur-tidur balik. Selamat tidur anakku." Izzid cuba berjenaka.

"Oiiiiiiii!!!!!"

Izzid menggaru telinganya yang hampir pecah dan pekak.

"Eh cakap slow-slow sikit boleh tak? Pekak ler telinga ni." Kata Izzid.

Hani menarik lengan baju Izzid laju. Mukanya seakan risau. Matanya kelihatan seperti sudah bergenang penuh dengan air mata. Mulutnya menahan marah dengan mengetap bibirnya kuat.

"Izzid. Weyh, kau nak bawak aku pergi mana ni? Aku takutlah. Cakap la dulu nak pergi mana. Aku tak lari. Aku janji."

"Cik Hani. Nak lari sekarang boleh je. Pintu kereta tu tak kunci pun. Sebenarnya saya ni ada hal sikit nak buat dekat sini. Bukannya nak culik cik Hani bawak pergi luar negara ke apa. Ingat tak Ajoi? Haa dia ni pemilik salah sebuah syarikat lapangan terbang. Kitaorang nak g lepak minum kopi je dekat situ. Nak ajak cik Hani sebab cik Shila suruh ajak. Daniel ajak shila. Shila suruh saya bawa cik Hani. So, jangan over sangat ye? Saya tak buat apa-apalah."

Hani meleraikan tangannya. Saat itu butir-butir air matanya jatuh ke pipi. Perlahan-lahan dikesatnya menggunakan lengan baju kanannya. Hani akhirnya akur dengan permintaan Izzid. Walaupun dia masih tidak kenal Izzid lagi, tapi seolah-olah sudah lama dia mengenalinya.

"So, nak ikut tak saya minum kopi? Saya ni tak suka tengok perempuan nangis. Nah. ambik tisu ni lap air mata. Saya lap nanti kang jatuh cinta pula."

Hani tersengih lalu ketawa manja. Kelakar juga Izzid ni. Dah Hani, tak yah mengada nak menangis.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Jejaka Idamanku [Wattys2016]Where stories live. Discover now