Sampai di bilik pejabatnya, dia membuka pintu. Aku masuk tengok sekeliling. Kemas biliknya. Bau sangat harum dan segar menusuk hidung. Ini first time aku masuk biliknya sejak 3 minggu aku belajar dengan dia.
"Thanks Ariana." Senyum Mr. Heidi.
"You're welcome." Aku membalas, senyum. Sebaik aku berundur setapak sebelum keluar biliknya, dia sambung, "Ada kelas tak lepas ni?"
"Takde dah. Jumaat kelas dua jam je."
"Tadi you lewat. Sebelum ni pun you ada lewat kan? Kenapa?"
"Emm. Nothing. It's just me. I selalu bersiap lama." Aku jawab berani. Memang betul pun aku jenis lama nak bersiap. Mandi pagi je dah hampir sejam.
"Wow. Biasanya student lewat ni dia bagi alasan jammed." Mr. Heidi tergelak di hujung bicara. Aku turut sama tergelak.
"Duduklah dulu. You dah breakfast?"
"Belum. Ingat terus lunch je tengahari nanti." Kataku seraya duduk di kerusi di depannya yang hanya terhalang dengan meja.
Mr. Heidi keluarkan dompet, menghulur not RM50 kepadaku.
"Ambiklah. I ingat nak belanja you tapi I ada meeting later."
"No it's fine. I ikhlas tolong Mr."
Aku serba salah. Malu pun ada. Takkanlah dia nak terhutang budi padaku yang tolong dia angkat assignments yang tak seberapa tadi.
"I tak upah you pun. I pun ikhlas belanja. Take it." Aku malu bila tahu yang aku tersilap tafsir.
Tiba tiba telefonku berdering. Waktu aku keluarkan handphone dari poket jeans ketatku, aku perasan Mr. Heidi tertelan liur sambil matanya memanah pada dadaku.
Kemeja satin warna putih gading itu tak jarang, namun agak menarik perhatian. Aku mana tahu, biasa aku pakai takde pulak orang pandang dada aku. Kemeja itu longgar namun material satinnya yang agak melekap pada kulitku. Aku pun tak butang bahagian leher, lemas. Jadi nampaklah sikit kulit dada atas tetek aku tapi aku tutup dengan rambut aku yang panjang dan beralun.
Bila aku keluarkan handphone, deringan tiba tiba mati. Tak sempat nak angkat. Panggilan dari papa.
Aku letak telefon atas meja, biarlah dulu, nanti papa telefon balik. Mesti papa ingat aku dalam kelas lagi. Aku pandang Mr. Heidi, menunggu kalau dia mahu masih berbicara.
"Call la balik, boyfriend tunggu tu." Ujar Mr. Heidi, membetulkan duduk, bersandar di kerusi pejabat yang selesa.
"Taklah. Papa I. Nanti dia call balik lah tu." Ujarku membalas malu malu, menyedari perkataan boyfriend itu berbaur sindiran dari bibir Mr. Heidi.
"Boyfriend tak call?" Dia angkat kening sebelah.
"Boyfriend pun takde." Aku buat roll eyes. Malas betul sebut pasal boyfriend. Last aku bercinta pun dah hampir setahun.
"Orang cantik takkan takde orang nak." Ayat Mr. Heidi lembut dan lancar keluar dari bibir membuatku senyum malu.
"Kalau takde pape I balik dulu Mr." Kataku dibalas angguk Mr. Heidi. Dia turut bangun.
"Thanks anyway, sebab tolong I." Ujarnya lembut, aku hanya senyum.
Tangan kami bersatu di tombol pintu biliknya saat aku mahu membuka pintu. Aku terkejut, berundur setapak namun aku terpijak kakinya yang sudah berdiri di belakangku. Dadanya yang tegap bertemu dengan belakang kepalaku. Harum baunya. Pinggul kami berlaga dalam sesaat itu. Aku pusing menghadapnya.
"Sorry Mr. I tak sedar you--"
"It's fine, it's fine." Dia senyum, tangan kirinya memegang lembut sikuku. Tangan kanannya meletakkan not RM50 tadi ke dalam tanganku lalu digenggamnya tanganku.
"I--"
"Take it. And lain kali don't skip your breakfast okay Miss Ariana." Katanya, membuka pintu untukku keluar.
Aku keluar, tak berpaling lagi. Malu.
Rileks Ariana! He's just a lecturer and was just trying to be nice!
![](https://img.wattpad.com/cover/81734089-288-k458fa1.jpg)
YOU ARE READING
Mr. Lecturer
RomanceIni hasil kolaborasi antara aku dan seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Nadhirah. Idea-ideanya aku jadikan ilham untuk aku tulis. Segala details dalam cerita ini adalah dari ceritanya. Dan sebelum ni pun dalam cerita-cerita yang melibatkan deta...