4

48.7K 124 2
                                    

Hari Isnin, lepas kelas pukul 12 aku ke bilik Mr. Heidi. Dia tiada di pejabat, namun biliknya tak berkunci.

Eh, kenapa bersepah sangat office dia ni? Hari tu Jumaat ok je?

Sebelum aku keluar dari biliknya, aku tolong kemaskan mejanya yang berterabur. Aku memang jenis tak boleh tengok sepah!

Aku yang sedang ralit mengemas susunan buku di rak belakang mejanya, terkejut bila aku berpusing melihat dia sudah memerhatikanku di pintu yang dah tertutup. Bila dia masuk?

"Eh Mr. Heidi. Sorry I kemas bilik you sikit. Bukan nak geledah tau." Aku sengih padanya berjalan mendekatiku. Dia duduk sedikit di atas mejanya. Dekat hingga aku sudah terbau harum perfume Guess Seductive nya.

"Takpe. Tadi I cari file tak jumpa, tu yang sepah sikit. Thanks kemaskan." Tenang dia menerangkan. Aku hanya senyum. Teringat pula usikan Yana. Cara pandangan Mr. Heidi memang pelik tapi aku suka. Dia peluk tubuhnya, nampak tegap dan gagah bila lengan bajunya ketat di bahu. Tergugat aku.

"Jumpa gambar girlfriend I tak?" Mr. Heidi bergurau. Namun gurauannya itu kedengaran begitu tidak senang di telingaku. Aku tenang mengawal cemburu.

"Tak pun." Aku pusing. Sambung kemaskan buku dan failnya.

"I gurau je. Sape lah nak kat I. Last girlfriend I cakap I workaholic. I rasa I keje biasa je. Memanglah bisnes gym tu buat I busy, tapi bukannya sampai tahap I workaholic. Kawan I, sampai nak pergi travel dengn group of friends yang lain pun mostly dia tak join. Sibuk bisnes. Girlfriend dia rilek je." Banyak mulut pulak Mr. Heidi. Tapi aku tak tahu kenapa aku geram setiap kali perkataan girlfriend disebutnya. Aku diam.

"Miss Ariana?"

Aku pusing. "Dah siap." Aku senyum paksa. Wajahnya lain.

"Em. Phone I?" Aku tadah tangan.

"Kenapa you diam je?" Soal Mr. Heidi.

"Nothing." Aku angkat bahu. Aku pandang dinding yang kosong, melarikan mata darinya.

Tanganku yang aku tadah tadi disambut tangannya. Aku terkejut. Dia genggam tangan kananku.

"I gurau je pasal girlfriend tu."

"I tak cakap apa pun."

"I know tapi I perasan you lain. I'm not stupid."

Aku senyum sinis.

Tiba tiba pinggangku dirangkulnya yang masih duduk di atas meja. Aku tak sempat mengimbangi tubuhku, tanganku jatuh pada pehanya. Dekat kedudukan kami, pinggangku diapit pehanya. Tangan tangannya kejap memegang pinggangku macam tak mahu lepas.

Wajah kami dekat. Tepat dia merenungku ke dalam mata.

"I tahu you sedar I suka you Ariana." Ucap Mr. Heidi lembut.

"You lect--"

"Why? What's wrong with that?" Dia memotong kataku, faham maksudku. Aku tunduk. Tiba tiba hangat kucupan Mr. Heidi mengenai dahiku yang ditutupi rambut. Tangannya memegang sikuku.

"Ariana..."

Aku pejam mata. Serba salah. Mahu dibiar lepas atau dipenjara perasaanku ini, aku tak pasti. Ruang pejabatnya dirasakan sempit saat ini. Pelukan Mr. Heidi masih kejap.

Mr. LecturerWhere stories live. Discover now