BAB 14

7.3K 329 0
                                    

SELESAI sahaja menjamu selera kesemua mereka sudah pun duduk menghadap kaca TV, Bella mengambil tempat disebelah kanan papanya manakala Anaqi dan Ariel lebih selesa dilantai. Ariel seperti biasa menyiapkan longgokkan kerjanya sehingga ke rumah. Remote TV ditekan oleh Encik Bahrin. Boboiboy Animonsta terpampang jelas di screen besar itu. Adegan bermula dengan sebiji robot merah yang dikejar oleh beberapa makhluk berwarna hijau berkepala kotak dengan kapal angkasa.

"Eh ada penjahat barulah" Kata Encik Rahim.

"Betullah papa. Siapa robot merah ni?" Soal Bella teruja. Ariel yang tadinya menumpukan perhatian pada komputer riba kini memandang kaca TV. Anaqi hanya memerhatikan tingkah ketiganya seperti tidak percaya.

"Eh angah dah tengok ni kat pawagam haritu. Yang merah tu nama dia Klamkabot, kawan Ochobot" Terang Ariel. Meletus ketawa Anaqi. "Nama robot pun klamkabot? Kenapa tak kelam kabut je? Soal Anaqi didalam hati. Ariel siap boleh tengok ke pawagam lagi? Kau ada?" Anaqi menanya dirinya sendiri. Kini dia mempercayai sepenuhnya kata-kata mama. Mama memang tidak pernah menipu. Angah dan papa memang terjebak dalam dimensi keanak-anakan Bella. Ajaib! Telefonnya berdering. Anaqi mengambil iphone6 yang baru dibelinya minggu lalu dan segera berlalu ke dapur.

"Hello bro. Busy ke?" Suara Daniel dihujung talian.

"Tak,kenapa bro?"

"Aku dengan Zed nak ajak kau lepak kat restoran dia. Tengok bola. Lama dah tak lepak dengan kau ni " Kata Daniel.

"Seperti bulan jatuh ke riba. Jemput aku cepat." Kata Anaqi. Dia pun sudah lama tidak menonton bola. Kalau di UK dulu adalah sekali sekala dia ke stadium apabila menonton perlawanan pasukan kegemarannya, Barcelona. Kadang-kadang perlawanan itu terpaksa diabaikan sahaja dek kerana kesibukkan yang melanda.

"Okay tunggu kejap lagi aku sampai" Kata Daniel. Talian diputuskan. Anaqi kembali ke ruang tamu.

"Mama papa, along keluar kejap dengan kawan nak tengok bola kat kedai makan" Kata Aniqi.

"Kat kedai Zeidi ke?" Soal Encik Bahrin. Anaqi menganguk.

"Pergilah along, jangan balik lambat sangat tau?" Kata Puan Aisyah.

"Baik mama.."

"Along nak pakai kereta? Kunci papa kat rak tu" Kata Encik Bahrin. Sekurangnya dia tahu Anaqi keluar dengan Daniel dan Zeidi dia tidak risau. Lagipula dia percaya Anaqi tidak akan menghabiskan masanya di tempat yang tidak sepatutnya.

"Diorang jemput. Nanti along balik sebelum pukul dua belas ye. Tak payah tunggu along tau. Along bawa kunci spare"

"Ye, jangan lewat sangat esok along nak kerja" Pesan Encik Bahrin. Saat dia mendengar berita yang disampaikan Anaqi di meja makan tadi, Encik Bahrin merasa sangat bersyukur kerana usahanya untuk melihat Anaqi berjaya tidak sia-sia. Anaknya itu sudah mendapat pekerjaan yang menjamin masa depan. Anaqi mengangguk.

"Angah tak nak ikut along?" Soal Anaqi walaupun dia tahu Ariel bukanlah kaki bola sepertinya. Dia ingat lagi ketika mereka masih kecil dia dan papa bersorak bagai nak rak didepan kaca TV melihat jaringan gol manakala Ariel lebih memilih untuk bermain anak patung bersama Bella.

"Banyak kerja nak siapkan ni along " Kata Ariel sambil menunjukkan kertas kerjanya. Anaqi tersenyum lalu berlalu ke tingkat atas menuju biliknya untuk menukar baju.

SAYA PILIH AWAK!Where stories live. Discover now