ASRIF membuang pandangannya keluar tingkap. Ruang pejabat yang berhawa dingin itu terasa panas. Wajah wanita dihadapannya dipandang. Setiap kata wanita itu tidak pernah dia bantah. Tapi semakin dia menurut semakin dia merasakan semua itu menjerat lehernya sendiri.
"Mummy, dengar cakap Rif sekali tak boleh ke?" Soal Asrif memandang wanita itu. Mengharapkan pengertian.
"Asrif, sudah sampai masanya untuk kamu dan Diana menikah. Ingat janji kamu pada mummy dua tahun lalu masa pertunangan Asrif dengan dia. " Datin Shiella mengungkit. Asrif menarik nafas panjang. Janji yang dia ucapkan dua tahun lalu juga bukan dengan kerelaannya malah paksaan dari Datin Shiella.
"Mummy yang janji dengan keluarga dia kan? Daddy yang janji. Arwah nenek juga wasiatkan benda tu. Rif mampu kata apa mummy?"
"Kami buat semua tu demi masa depan Rif faham? Kami tak nak harta benda keturunan kita jatuh ke tangan orang luar. Diana tu keluarga kita. Sepupu kamu sendiri. Kalau terbuang, tetap pada keturunan kita. Keluarga dia tu orang baik-baik" Bentak Datin Shiella.
"Masa depan apa mummy? Bagi Rif tentukan hidup Rif sendiri. Apa yang penting sangat harta ni mummy? Nanti kita mati harta ni belum tentu kita boleh bawa sekali"
"Asrif Zaafar! Kamu jangan nak mengajar mummy. Jangan jadi anak derhaka. Hidup kamu dah ditentukan dua tahun yang lalu Rif. Seperti syarat yang kamu berikan pada keluarga Diana untuk bertunang selama dua tahun,sekarang masanya hampir habis. Uncle dan Auntie kamu pun sudah tanya bila tarikh yang sesuai untuk kamu menikah." Asrif mengeluh keras. Beginilah pola pemikiran sesetengah orang, bila anak membantah sikit sudan dikata derhaka. Didiamkan pula sendiri merana. Ah sudah, Katanya.
"Bagi Rif fikir dulu." Malas bertekak dia akhirnya mengalah. Bukan dia tidak tahu sikap mummynya, kalau putih katanya putihlah jangan cuba mencelup warna hitam. Haram nak masuk. Daddy pula lebih menurut kepada mummy. Tidak adil. Asrif seperti mahu menghentakkan kepalanya sendiri ke meja biar berkecai. Biar hilang segala ingatannya.
YOU ARE READING
SAYA PILIH AWAK!
RomanceNabella Armani adalah seorang penulis novel cinta yang ceria dan penuh imaginasi. Dia percaya pada kisah dongeng, dia juga percaya pada cinta abadi. Tapi kepercayaannya itu luntur setelah lelaki yang dia sayangi menghilangkan diri. Bella sedar, hidu...