BAB 40

7.3K 275 2
                                    

KAKI dihayun keluar dari restoran makanan laut kegemarannya. Sudah dua hari dia tidak ke kedai. Malas benar rasanya setiap kali ke sana pasti salah satu dari empat makhluk asing itu menganggu ketenteraman hidupnya. Sesak nafas memikirkan hal sekeliling. Dengan Asrif yang tidak berhenti menagih kembali kasih. Dengan Daniel yang mengaku tidak bersalah. Dengan Akira dan Diana mengugut setiap hair. Dia tidak kisah sebenarnya. Biarlah Daniel bersama Akira. Benarkah dia tidak kisah? Bukankah dia berasa sakit setiap kali melihat Daniel dan Akira?

"Bella.. " Asrif menyapanya dengan senyuman. Bella berhenti melangkah. Kenapa lelaki itu disini? Mustahil Asrif mengikutinya.

"I nak minta maaf" Kata Asrif bila melihat Bella mahu berlalu. Perlahan Asrif menghampiri Bella.

"I banyak buat salah dekat you. I janji lepas ni tak ganggu you lagi. I tahu you tak boleh terima i semula" Sambung Asrif. Bella menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya ringan satu beban. Dia berpaling pada Asrif.

"It's okay Asrif. Saya pun minta maaf" Balas Bella pendek.

"Sebelum i pergi London, you nak tak keluar sekejap dengan I? Nanti i hantar you balik. Tu pun kalau you tak busy" Soal Asrif penuh mengharap. Bella berfikir sejenak.

"Bukan tak nak tapi kereta saya macam mana?" Soal Bella. Apa salahnya mereka melepak sahaja dekat sini? Tempat ini pun tenang.

"Nanti I hantar you balik sini. I nak borak panjang dengan you ni. Lepas ni mungkin i tak akan balik sini" Kata Asrif. Bella mengangguk perlahan akhirnya setuju. Dia melangkah ke kereta Asrif.

"Kenapa nak pergi sana? Your wedding macam mana?"

"Cancel. I nak mulakan hidup baru. I tak rasa Dian jodoh I" Kata Asrif. Bella hanya mengangguk. Asrif berbeza dari Asrif yang dia kenal sebelum ini. Mungkin Asrif sudah boleh menerima hakikat bahawa mereka juga tidak berjodoh? Baguslah. Asrif sudah banyak menyiksa diri. Jika redhakan semua dia akan dapat ketenangan yang diharapkan.

"Saya harap awak jumpa kebahagiaan yang awak cari" Kata Bella. Asrif mengangguk dalam senyuman. Matanya menerjah jalan raya meneruskan pemanduan.

"I pun harap you bahagia Bell. Tak kisahlah siapa pilihan you walau Daniel sekalipun" Ucap Asrif. Mereka berhenti di sebuah pantai. Asrif melepaskan keluhannya. Mereka berdua masih kaku didalam kereta.

"Saya dan Daniel memang tak ada apa-apa. Dia dengan Akira kan. So memang tak ada kaitan dengan saya" Kata Bella perlahan.

"Takkan you tak ada sikit perasaan pun kat dia? Mustahil.. " Asrif cuba meneka. Bella senyum paksa.

"Entah. Well it's hurt. Tapi saya okay. Biarlah dia dengan hidup dia.. "

"Apa yang ada pada Daniel?" Asrif memberhentikan keretanya di sebuah bukit. Pemandangan dari puncak bukit itu sangat menarik.

"Maksud awak?"

"Nothing. Just forget it" Asrif tersengih. Wajah Bella dipandang.

"Sunyinya tempat ni" Kata Bella. Tiada seorang manusia pun terlihat disitu. Asrif ketawa kecil. Dia memegang kedua pergelangan tangan Bella. Pantas Bella menarik tangannya.

"Bella.. " Asrif mendekatkan wajahnya ke wajah Bella. Gadis itu menolak Asrif.

"Asrif, awak nak buat apa ni?" Mulut Bella ditekup dengan tuala kecil sehingga gadis itu tidak mampu bernafas. Akhirnya rontaan Bella kian melemah.

MATANYA dibuka perlahan. Tangannya cuba digerakkan namun hampa bila kaki dan tangannya terikat dikerusi. Bella cuba meronta namun gagal. Dia memandang sekeliling. Keadaan bilik itu begitu gelap hanya disimbahi cahaya lampu dari sebiji mentol bewarna kuning. Dalam keadaan samar-samar Bella melihat berpuluh-puluh keping gambarnya terlekat di dinding. Bukahkah tadi dia di dalam kereta? Asrif? Mana lelaki itu?

"Hello sunshine" Asrif muncul. Bella tersentak.

"Asrif!  Lepaskan saya. Awak buat apa ni?" Soal Bella.

"Bella.. Bella.. Kan i dah pesan. Kalau i tak boleh memiliki you, nobody can. You tahu kan i sayang sangat dekat you" Pipi Bella diusap lembut. Terketar-ketar gadis itu melihat pandangan kosong milik Asrif.

"Asrif what happen to you?"

"It's all your fault Bella! " Teriak Asrif tiba-tiba. Bella ketakutan. Asrif melepaskan tumbukannya ke dinding.

"Let me go.. " Rayu Bella. Asrif hanya membalas dengan ketawa. Tangannya yang berdarah seperti tidak terasa. Bella takut. Asrif mengeluarkan pisau dari poket seluarnya.

"Beg me Bella. Please begging.. " Dia menyentuh pipi Bella dengan hujung pisau. Bella mengigil. Asrif benar-benar seperti orang hilang akal.

"Please Asrif.. I'm begging you" Kata Bella separuh berbisik saat pisau itu menyentuh lehernya. Sumpah dia takut.

"I love it when you begging Bella. Kalaulah sebelum ni you merayu mungkin i takkan bunuh you.. " Kata Asrif ditelinganya.

"Tapi you ego!" Teriak lelaki itu. "You siksa i Bella.. " Sambungnya sambil menangis. Wajah Bella dia pandang tiba-tiba. Tangisannya juga berhenti.

"I'm sorry.. "Bisik Bella. Peluh menitik dari dahinya. Adakah Asrif akan membunuhnya? Mungkin.

"I want your heart Bella" Hujung pisau yang tajam berkilat itu didekatkan di dadanya. Bella mengeleng.

"Asrif. Please.. "

"You give your heart to Daniel!  Daniel!  Daniel! " Asrif menghentakkan kepalanya ke meja. Bella cemas.

"Asrif stop it. Don't hurt yourself.. "

"You hurt me Bella. I will make you mine walau apa cara sekalipun" Asrif ketawa. Dia meninggalkan Bella sendirian.

SAYA PILIH AWAK!Where stories live. Discover now