KOPI panas dan juga sandwich yang dipesannya tadi sudah pun sampai. Bella meniup kopi yang masih berasap itu dan dengan berhati-hati dia menghirup perlahan. Aroma segar kopi itu sudah cukup untuk membuka mindanya. Suasana di luar bakery itu juga mendamaikan. Disebalik dinding kaca yang masih dibasahi titisan embun dia boleh melihat ragam manusia yang dengan jelas. Ada yang bergegas mahu ke tempat kerja, ada juga yang kelihatan santai berehat. Tidak kurang juga ada yang baru selesai bersenam sepertinya. Bella menarik nafasnya. Headset di kepala dia letakkan ke meja. iPodnya yang sudah lama di padam juga dibiarkan sepi.
"Bella, what are you doing here?" Suara itu seperti kilat menyambar ketenangannya. Bella mendongak.
"I tengah bajak sawah and you buat apa kat sini?" Soal Bella tidak berpuas hati. Wajah Asrif dipandang.
"Siapa ni sayang?" Gadis berbaju sendat disebelahnya bertanya.
"Bella. Bell this is Diana.."
"His future wife" Diana menghulurkan tangannya. Bella menyambut dingin.
"That good. Congratulations.." Bella memaniskan wajah.
"Bell.." Asrif mendekati Bella. Sebelum apa-apa adegan yang tidak mahu ditonton berlaku seeloknya Bella berlalu. Kopi yang melambai-lambai digelasnya dibiarkan saja.
"Bella.." Panggil Asrif seolah mahu mengejar langkahnya namun Diana menarik lengannya. Bella tidak mahu membuang masa. Bakery yang tadinya menenangkan fikiran kini mengusutkan. Punya banyak tempat untuk bersarapan di Kuala Lumpur ini kenapa lelaki itu muncul disitu? Bella melangkah masuk ke keretanya. Telefon bimbit di tas tangannya berdering.
"Hello?" Soal Bella apabila nombor si pemanggil tidak bernama terpapar di skrin telefonnya. Tiada jawapan.
"Hello?" Masih tiada jawapan. Bella mula geram.
"Nak tempah lubang kubur ke? Nak berapa kaki ye?" Soal Bella. Kedengaran ketawa dihujung sana.
"Yo baby!" Sapa suara ceria yang amat dia kenali.
"Daniel? How did you get my number?"
"Along awak man pernah call saya pakai handphone awak dulu."
"Ohh, awak nak apa?" Soal Bella.
"Amboi garangnya. Awak free tak malam ni?"
"Saya tak keluar malam and i'm so expensive." Balasnya pendek. Sejujurnya dia masih tidak berpuas hati dengan Daniel kerana peristiwa tempoh hari.
"Saya nak ajak awak keluar dinner sebenarnya sebagai tanda minta maaf. Nak buat macam mana dah awak jual mahal sangat"
"Kenapa mesti dinner? Kenapa tak lunch?" Soal Bella. Tak, bukan bermaksud dia menerima pelawaan Daniel. Dia cuma mempersoalkan waktu yang diminta lelaki itu. Kalau nak minta maaf perlu ke makan malam? Siang tak boleh makan ke?
"Siang saya busy la awak. Tengah hari nak lunch dengan client. Lepas tu nak jumpa angah awak pasal projek haritu." Bella membatukan diri mendengar jawapan Daniel.
"Tengoklah nanti macam mana" Kata Bella.
"Kalau awak sudi sebelum pukul lapan awak textlah saya okay? Saya jemput awak kat rumah." Kata Daniel ceria.
"Okay" Bella mematikan talian. Nafasnya dilepaskan perlahan. Dia segera mengundurkan keretanya. Mahu segera sampai dirumah membersihkan diri. Hari ini dia mahu ke kedainya. Menurut Ashraff mereka sudah mendapat dua orang pekerja baru di Pirates Pet Empire's. Dia juga sudah rindu dengan bau buku di kedainya. Sudah dua hari dia bercuti bagi menyiapkan manuskrip novelnya. Setelah disemak berulang-ulang akhirnya dia berjaya menghantarkan manuskripnya kepada pihak penerbit untuk dinilai.
YOU ARE READING
SAYA PILIH AWAK!
RomanceNabella Armani adalah seorang penulis novel cinta yang ceria dan penuh imaginasi. Dia percaya pada kisah dongeng, dia juga percaya pada cinta abadi. Tapi kepercayaannya itu luntur setelah lelaki yang dia sayangi menghilangkan diri. Bella sedar, hidu...