Aku berasal bukan dari bandar-bandar elit hanyalah anak kelahiran dari pekan tua yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama yang menjadi kebanggaan warga Ipoh. Semasa aku membesar sehinggalah kini ayah dan abang aku merupakan menunggang motor klasik, Vespa. Kena la tu, motor lama dan bangunan lama. Sama. Serupa.
Tapi itu bukanlah cerita utama yang aku nak ceritakan. Hahahaha intro ja yang tak berapa nak menjadi.
*Sambung
Setelah berjaya menamatkan zaman sekolah menengah aku berjaya memasuki salah satu pusat pengajian swasta di Kuala Lumpur. Aku tidaklah terlampau excited untuk tinggal di KL ni, sebab dan kerananya sepanjang zaman sekolah dulu aku kerap juga terjah ke KL ni untuk berjumpa pasangan. Ye, mamat punk tu laa.
Aku masih ingat sepetang di Kuala Lumpur dulu....
Petang itu KL hujan. Sehabis kuliah aku mengambil keputusan untuk meredah pulang ke rumah sewa lekas tanpa menunggu hujan berhenti. Atas motor scotter aku bawa seorang diri. Semasa itulah, aku menelanjangkan segala perasaan meludah segala luah hati terpendam dengan dibasahi rahmat Tuhan sambil memikirkan tentang satu perkara; iaitu
Bilalah aku nak try bawak Vespa ayah ni dan menjadi waris keatas motor-motornya tu? Aku nak juga berlagak menjadi perempuan cool sambil memakai baju kurung bunga-bunga dan berkasut boots.
Eh, fuck betul lah motornya berat sebelah. Hmm k tak jadi.
YOU ARE READING
Kalau?
RandomKalau la waktu itu boleh di putar kembali ke belakang. Tapi itulah.. Perkataan "KALAU" itu.. Kacau.