Pernah satu malam tu, aku tengah menikmati hari-hari tanpa bekerja selepas beberapa bulan menamatkan pengajian. Sambil-sambil aku menikmati hari yang tak berapa nak cool aku cuba-cuba juga berlagak cool dengan makan mee segera dan kopi hitam pekat untuk coolkan suasana malam aku tu.
Sesambil aku makan mee segera dan kopi hitam pekat aku ternampak satu cd lama nyanyian Ziana Zain kepunyaan emak aku. Fuck! Fuck! Fuck! Haram jadah apa lagu sendu di malam hari aku yang tak berapa nak cool ni. Niat hati aku sebenarnya nak memeriahkan suasana malam aku biar nampak lebih keren tapi mmm lain jadinya. Tapi takpe aku layankan juga.
Syahdu betul malam aku. Dan aku terus pandang mee segera aku dengan pandangan yang kosong namun aku teruskan suapan aku untuk sisa-baki yang terakhir. Entah kenapa, dalam beberapa saat air mata aku mula bertakung dikelompak mata semacam mereka berlumba-lumba siapa yang ingin pecah dulu dan berderai di pipi aku. Eee celaka benar kan aku cakap, memang syahdu betul. Anjing lagu-lagu Ziana Zain ni!
"Hanya kau kasih, kau kukasihi. Kata-kata yang dilafazkan mengikat jiwa dan cinta. Hingga tak termimpi pengganti yang lain"
Jadi kesimpulan yang aku nak cerita kat sini adalah;
Bagi aku kata-kata yang dilafazkan-dilontarkan bukanlah segalanya dan kadang-kadang engkau semua harus celik lebih sedikit cinta itu tak semestinya kekal sampai ke akhir hayat mungkin sekejap untuk sekadar kita menimba pengalamannya.
Jika akhirnya kau tidak bersama dengan orang yang sering kau sebut dalam doa kau. Mungkin kau akan bersama dengan orang yang diam-diam sering menyebut nama kau dalam doanya. Kan? Ke?
Dan aku rasa jawapan yang lebih molek dan tepat, jangan terlalu cintakan hamba-Nya sehingga kau lupa pada Pencipta manusia yang kau sedang cinta itu.
*Dah-dah kesat air mata tu.
YOU ARE READING
Kalau?
RandomKalau la waktu itu boleh di putar kembali ke belakang. Tapi itulah.. Perkataan "KALAU" itu.. Kacau.