Beb, kau macam mana? Okay tak? Si Erwan ada cakap apa-apa tentang cerai? Atau dia minta kau tanda tangan surat kebenaran kahwin lagi? :O
Aku tergelak membaca pesanan ringkas yang Hada hantar kepadaku. Aku membalas kembali.
Tak. Erwan tak cakap tu. Dia sayang aku okay? Sejak daripada aku berangkat dengan dia. Now I'm happy. Thank God! Kitorang bukan kahwin sebab paksa tapi kerana dua hati kami yang saling merindu. :3
Aku menghantar. Sambil itu aku memerhatikan si suami yang tekun menghadap laptop. Aku mengeluh. Kesian dia. Sepatutnya dia bercuti dan spend time dengan aku, tapi disebabkan dia ada kerja, aku mengalah. Bila dia penat dia carilah aku. And I'll give the best of me.
Telefonku ber'vibrate'. Hada.
Amboi. Sejak bila pulak badut jalanan dah tukar pangkat ni? Mentang-mentang happy, siap nak hantar sms yang SASTERA bagai. Puihh :P
Aku ketawa terkekeh. Ketawaku menarik perhatiannya. Dia memandang dan menjongketkan kening. Aku menggeleng dan pergi ke arahnya. Duduk bersebelahan sambil memerhatikan dia membuat kerja. Tekun aku merenung skrin laptop. Kalau boleh, pasti laptop tu tembus! Pandangan akukan membunuh? Bhaha.
"'Texting kawan?".
"Nope. Girlfriend."
Dia toleh. "Hada?".
Aku angguk. Laptopnya ku tarik. Kerjanyaku simpan di dalam Dokumen. Dia mengerutkan dahi melihat perbuatanku. Aku menarik tangannya dan menuju ke almari baju. "Come honey. Jom jalan-jalan. Wanna let your work go away. I'm jealous!" aku berkata nakal. Senyuman diukir nakal. Aku hanya membuat muka selamba.
"Well well Mrs Saiful Erwan, let me be your prince charming today," aku tergelak. Aku mencubit pipinya. "Okay. Kalau abang prince charming, then Amy jadi apa?" soalku dengan lirik mata menggoda. Ah? Menggoda? Pandailah kau Amy!
"Amy jadi bantal peluk abang," dia memberi jelingan manja. Sengaja tiru akulah tu! Copy cat!
"Dah dah. Kalau cakap lagi sampai bila tak gerak," aku menolak dia. Dia masih mengeraskan tubuhnya. Aku membuat muka. Alahai. Cepatlah. Nak jalan-jalan! Bentakku dalam hati. Sempat hidungku dicuitnya. Aku menjerit kecil. Tak suka kena sentuh! Lagi-lagi hidung. Pantang nenek moyang punya sepupu kawan rapat dengan Tok Adi tanah kubur tu. Ehh? Apa aku melalut ni?
"Okay hunny bunny," dahiku dikucup dan aku termalu sendiri. Aww. Sweet.
***
"Honeymoon? Dekat rumah sudah," jawabku selamba. Aku tahu dia serba salah sebab dia tak membawa aku untuk berbulan madu tapi who cares? Aku cuma kesian dekat dia. Yalah, kerja pejabat banyak sangat. Tak kan dia nak tinggalkan macam tu aje? Aku ni jenis tak kisah. Kalau dah ada berpuluh-puluh anak, waktu itu dia mahu membawaku, bawalah. Eh, kau dah fikir pasal anak eh? Hoho!
"Tapi sayang memang tak nak honeymoon ke? Serius?" wajahnya begitu comel. Aku mengambil jari telunjuknya dan gigit.
"Auch!" dia mengerang kecil. "Kenapa gigit abang?" dia memuncung.
"Abang ni comel sangat-sangat. Buat kita geram. Rasa nak gigit-gigit aje satu badan abang ni. Kasi berlubang-lubang," hidungnya kupicit sekuat hati. Abang Er menarik tanganku dan dikucupnya perlahan. Aku senyum melihat tingkahnya yang mencuri hatiku.
"Janganlah. Tak kesian ke kat abang ni? Habis badan suami sayang ni lubang sana sini. Susah sayang nak ehem-ehem dengan abang," dia menjelirkan lidah. Okay. Statement dia ni memang buat aku malu besar. Lengannya kucubit-cubit. Melepaskan geram dan rasa malu. Dia menahan ketawa.
YOU ARE READING
I'm Sorry But I Love You
JugendliteraturAmilyn Maisara hanyalah gadis biasa yang ingin bercinta. Entah macam mana dia boleh tersangkut dengan abang angkatnya sendiri, Saiful Erwan. Saiful Erwan mempunyai aura yang tersendiri sehingga dapat mencuri hati adik angkatnya. "Dah dah. Jangan cak...