freedom ; pt3 guys.
Aku merenung sayu ke arah laman rumah Pak Shim yang dihiasi sawah padi menghijau. Hati dan mindaku menjadi tenang setiap kali merenung kejadian hijau ciptaan Tuhan yang satu ini. Aku dapat merasakan semangat aku kembali hidup dengan adanya fenomeno ajaib ini. Aku tersenyum saat mengingati betapa alpanya aku dulu terhadap sekelilingku. Maafkan aku, ya Allah.
"Cantik."
Suara itu yang aku rindu. Suara itu yang aku tunggu. Perlahan aku menggeleng. Cuba membina rasa benci di dalam hati untuknya. Cuba menguburkan rasa cinta yang membara untuknya. Aku mengeluh. Saat aku mengisafi akan kealpaan aku terhadap dunia, aku terusan membuat dosa apabila aku sendiri yang cuba membina benteng antara aku dan Erwan, suami aku. Lelaki yang sah disisiku.
"Maafkan abang. Adakah abang sudah terlambat untuk merebut kembali hati sayang? I guess, it is a yes," Erwan berwajah sugul. Aku mengigit bibir. Rasa serba salah dengan keadaan sekarang. Oh tolonglah Erwan! Aku cuba untuk membenci kau dan mahu memulangkan kau kembali kepada cinta kau. Tolonglah mengerti aku!
"Tapi, abang sanggup melutut demi sebuah peluang. Peluang kedua."
Kemudian, lelaki ini menjatuhkan kedua lututnya ke bumi. Aku terkedu!
"Abang, pleaselah. Jangan buat Amy rasa serba salah kerana hadir dalam hidup abang. Amy minta maaf, tapi ini bukannya cara yang Amy nak abang buat untuk jadikan Amy hak milik kekal abang," aku berharap kata-kataku ini akan difahami olehnya. Tolonglah.
"Sayang, demi Allah. Hanya nama sayang yang terpahat dalam hati Saiful Erwan sejak daripada dulu. Sebelum abang mengenal Suraya Aleeya, Amilyn Maisaralah wanita yang abang berharap dalam dimiliki. Tapi, abang kecewa apabila sayang hanya menganggap abang ini, abang angkat kepada sayang. Hancur hati abang, sayang," dia mengelus pipiku.
Saat itu aku sedang cuba menarik dia untuk bangun. Rendahnya martabat suamiku sehinggakan terpaksa melutut demi meraih sebuah cinta daripada isterinya sendiri. Aku rasa, akulah wanita paling kejam dan bodoh sekali di dalam dunia. Setitik air mata jatuh ke pipi.
"Sayang, abang datang bukannya untuk melihat kesayangan abang ini terluka. Ya Allah, sayang abang ni dah banyak menderitakan?" dia ketawa kecil sebelum mengusap air mata jernih yang menitik. Sayu pandangannya dilontarkan kepadaku.
"I'm sorry sayang. I'm so sorry. Abang suami yang tak guna. Mencintai sayang tetapi cinta ini hanya membuatkan orang yang abang sayang asyik menangis. Cinta ini, tidak layak untuk wujud," dia menunduk. Aku tersentak. Apa maksud dia?
"Amilyn Maisara, aku cerai.."
Aku memejam mata.
"Erwan!".
Kami menoleh. Serentak, sebiji penumbuk tepat mengenai ke muka Erwan. Wajah membara Syed kupandang. Rasa takut dan pelbagai persoalan datang menerpa ke mindaku.
Syed menarik baju Erwan. "Apa yang kau dah lakukan pada Lyn? Kau memang sengaja nak sakitkan hati diakan?".
Erwan menolak tubuh Syed. Syed terjelepok jatuh ke bumi. Sesi jatuh-menjatuh ini aku menonton dengan rasa takut. Tolong abah! Mereka mahu bergaduh lagi!
"Apa maksud kau?".
Syed senyum sinis. "Kau pikir aku tak nampak? Kau memang sengaja melutut untuk mendapatkan bakal isteri akukan? Dan, air mata Lyn adalah terlalu mahal untuk keluar, aku takkan maafkan orang yang sudah membuatkan Lyn sedih."
Aku memegang kepala. Pening! Tolonglah semua! Aku mahu lari daripada dunia ini. Aku letih. Fahamilah aku! Tolonglah berlakukan keajaiban untuk semua permasalahan ini! Aku bermohon dalam hati. Mengharap 'miracle' berlaku ke atas jalan hidupku.
YOU ARE READING
I'm Sorry But I Love You
Fiksi RemajaAmilyn Maisara hanyalah gadis biasa yang ingin bercinta. Entah macam mana dia boleh tersangkut dengan abang angkatnya sendiri, Saiful Erwan. Saiful Erwan mempunyai aura yang tersendiri sehingga dapat mencuri hati adik angkatnya. "Dah dah. Jangan cak...