"Lyn, Lyn buat apa tu?".
Aku menoleh ke belakang. Baru sedar daripada mimpi yang tak sudah. Di sini, aku merindukannya. Entah kenapa, aku selalu rasa gelisah. Namun, itu harus aku ketepikan. Aku hanyalah orang ketiga yang menyelit antara dia dan kekasihnya.
"Sayang, Lyn sihat tak hari ni?" tanya Mak Ren duduk disebelah aku sebelum tangannya lembut membelai rambut yang semakin memanjang. Aku tersenyum lemah.
"Alhamdulillah, mak. Lyn okay je. Mak janganlah risau sangat."
Mak Ren tersenyum juga namun, disebalik senyuman itu, ada sesuatu yang menganggu Mak Ren. Aku tahu itu. Sekali lagi aku merenung ke luar tingkap. Daripada jauh aku nampak Syed yang sedang berlari dengan beberapa bungkus plastik di tangannya.
"Mak harap, Lyn janganlah bagi harapan sangat dekat Syed tu. Kalau Lyn tak mahu, mak tak paksa. Tapi tolong, jangan paksa hati Lyn untuk terima Syed. Lyn masih isteri orang yang sah," itulah yang bersarang di dalam hati Mak Ren. Aku mengeluh. Sudah aku agak ini yang merunsingkan hati ibu yang sudah menjaga aku sehingga aku mampu melihat dunia semula.
Aku memegang perut. Maafkan mama sayang. Mama pentingkan diri mama. Mama pertahankan diri mama tanpa memikirkan yang mama bagai kehilangan kamu sayang. Hampir sahaja air mata aku jatuh lagi hari ini. Selepas aku jatuh ke sungai, Syed yang jumpa aku semasa dia sedang memancing hari itu. Ketika itu, aku berasa sangat lemah. Hilang arah. Namun Mak Ren yang ada waktu itu.
"Mak, mak janganlah cakap macam tu. Lyn ikhlas terima Syed. In shaa Allah Lyn boleh belajar untuk sayangkan dia. Lagipun, suami Lyn tu, ada orang lain," aku memaksa diriku untuk senyum. Ini semua pembohongan semata. Bukan itu yang dimaksudkan sebenarnya.
Mak Ren merenung mataku. Pandangan redup itulah yang membuatkan aku lemah sebenarnya. Aku tidak boleh membohongnya. Aku tidak boleh menidakkan apa yang aku katakan kepada Mak Ren.
"Lyn," Mak Ren memegang tangan aku. Aku sudah tidak keruan.
"Mak! Tengok ni. Syed dapat apa!".
Mak Ren bangun dan mendapatkan Syed yang baru masuk ke dalam rumah. Beria-ia dia menunjukkan plastik yang dipegangnya kepada Mak Ren. Aku senyum hambar. Syed, lelaki yang sempurna. Namun, aku tak tahu kenapa sukar untuk aku memaksa hati ini untuk menyayanginya. Hati aku masih milik Erwan.
"Sayang, tengok. Abang dapat apa!".
Aku tersentak. Suara dia membuatkan aku teringat akan Erwan. Aku mendongak.
Kepalaku jengah ke dalam plastik yang di bawa Syed. Kosong? "Ada apa dalam plastik ni? Tak ada apa-apa pun," aku menarik plastik yang dipegang Syed. Serius kosong. Syed ni dah kenapa?
Syed buat muka terkejut. "Eh? Dah tak ada ke? Abang pasti ada tadi. Mananya?".
Mak Ren sudah tersenyum sambil menggelengkan kepala. Selepas itu, dia menghilangkan diri ke dapur. Aku mengerutkan dahi. Apa yang Syed nak tunjukkan sebenarnya? Aku tertanya-tanya. Akhirnya aku turut membantu dia mencari 'benda' yang dihilangkannya itu.
"Jumpa tak sayang?" suara Syed kedengaran jelas di belakang aku. Aku memalingkan wajah dan, hampir sahaja hidung aku mahu ketemu dengan hidungnya. Secepat mungkin aku menarik kepala aku ke belakang. Dia ketawa melihat wajah memerah aku.
"Comellah sayang ni. Sayang dah jumpa belum?" tanya dia sambil mengusap kepala aku.
Aku menunduk. "Emm, tak jumpa pun. Apa yang awak nak tunjuk sebenarnya?".
Syed menggeleng. "Tak supriselah sayang kalau sayang sendiri tak tengok benda yang abang nak bagi tu. Ni yang sedih ni," dia memuncung. Aku terkebil sendirian.
YOU ARE READING
I'm Sorry But I Love You
Novela JuvenilAmilyn Maisara hanyalah gadis biasa yang ingin bercinta. Entah macam mana dia boleh tersangkut dengan abang angkatnya sendiri, Saiful Erwan. Saiful Erwan mempunyai aura yang tersendiri sehingga dapat mencuri hati adik angkatnya. "Dah dah. Jangan cak...