Chapter 33

11.9K 339 13
                                    

Assalamualaikum. Haha, a new chapter for you all :)) Btw Theha tengah tengok televisyen ni. Tengok Idola Kecil Ultra. Tergoda dengan Azzam Shah >.< Theha dah minat dia start dia masuk Idola Kecil. Aww, he's so handsomeeee. Cair. 

Okaykay. Don't remind me that this Sunday is my last day. Sedih >.<"

Mia tersenyum melihat Erwan yang sedang memampir. Sejak pertama kali bertemu dengan lelaki itu, jantungnya selalu membuat kerja part time. Tidak tahu kenapa sentiasa wajah lelaki itu berada di dalam mimpinya. Adakah dia sudah jatuh cinta?

"Morning bos!".

Sapaannya disambut dengan wajah terkejut Erwan. Tergelak-gelak Mia di situ. Sungguh wajah ketuanya itu sangat kelakar. Mahu sahaja dia terguling-guling ketawa. Pecah perut jadinya.

"Mia! You freaking me out!" Erwan turut mengukir senyum. Ketawa itu membuatkan rindu kepada Amilyn bertambah. Senyum manis bertukar menjadi pahit. Alangkah indah jika di hadapannya sekarang adalah isterinya sendiri.

"Sorry bos! Jangan potong gaji saya. Ampun pak!" Mia cuba menceriakan hati Erwan. Bukannya dia tidak nampak perubahan senyuman di wajah Saiful Erwan itu. Entah apa yang mengucarkan hati lelaki yang mungkin sudah mencuri hatinya itu.

Erwan tertawa sumbang. "Takkanlah saya nak potong gaji awak. Lagipun saya bukan bos awak yang betul. Yang layak potong tu abang saya, bukan saya."

Mia terpana dengan senyuman Erwan. Sungguh lelaki itu mempunyai senyuman yang boleh membuatkan semua orang tergoda. Sekejap, dia berdeham. Cuba mengusir kekok di dalam jiwa. 'Alahai hati, janganlah kau tergoda. Wahai jantung, boleh tak jangan belot dengan empunya diri?'.

"So, good morning Mia. Have a nice day, girl. Saya nak masuk pejabat ni. Byebye."

Mia menghantar Erwan masuk dengan sebuah pandangan yang sayu. 'Andainya dia menjadi milikku, tidak akan pernah aku lepaskan.'

***

"Outstation?" Erwan mengeluh mendengar kata-kata Saahari. Terasa lemah pula tubuh.

Saahari ketawa kecil. "Sekali-sekala right? Come on bro, aku sibuklah minggu depan. Come bro, you can do it right? Abah suruh kau pergi. Takkan aku nak bantah pulak."

Erwan tersandar malas. Saahari masih lagi senyum melihat adiknya yang manja itu. Sudah lama Erwan tidak sebegitu. Kedatangan dan kehilangan Amilyn membuatkan Erwan berubah menjadi lain.

"Lahai, malaslah. Kau pergilah. Aku nak tidur. Byebye."

Saahari berpura-pura serius. Ditarik kerusi Erwan sehingga berpusing kerusi beroda itu. Ketawa Saahari melihat Erwan yang sudah pening-pening lalat.

"Bro, welcome back."

Erwan terkejut dengan bisikan itu. Dan akhirnya dia memahami. Sebuah senyum diukir untuk si abang yang sentiasa berada di sisinya. Kepalanya mengangguk perlahan. "Thanks bro. Aku cuba untuk move on."

Saahari menggosok kepala Erwan menyebabkan rambut si adik itu kusut. Erwan mendengus perlahan. Segera tangan si abang ditolak kasar. Pantang dirinya apabila aset utamanya itu disentuh. Saahari ketawa lagi.

"Macam perempuanlah kau ni dik," komennya sambil ketawa terbahak-bahak.

Erwan memukul bahu Saahari. "Kau apa tahu. Rambut nilah yang menjadi kegilaan wanita-wanita diluar sana. Kan?".

Saahari mencebik. "Kau fikir kau bagus ah? Tahulah handsome. Kehandsoman aku, kau dah rampas tau dak? Er, disebabkan kaulah aku dah tak handsome dah. Semua turun kat kau."

I'm Sorry But I Love YouWhere stories live. Discover now