Bhgn 1

774 24 0
                                    

"Baik. Sekian sahaja untuk kelas hari ini. Pastikan assignment yang saya beri dihantar di atas meja saya minggu hadapan. Ia meliputi 15% markah untuk subjek ini. Jadi pastikan anda semua lakukan yang terbaik. Semua boleh bersurai", Cik Azila menamatkan sesi kuliahnya untuk kelas Termodinamik bagi kursus Ijazah Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2 di sebuah universiti di Kuala Lumpur.

Pelajar-pelajar mengemas beg dan buku mereka, lalu mula beredar keluar dari dewan kuliah. Di baris hadapan dewan itu, duduknya seorang pelajar yang bernama Orkid. Beliau sedang menulis sesuatu di dalam buku diarinya. Rakannya yang sudah bersiap untuk beredar datang menghampiri.

"Oi.. lambatnya kau. Tulis apa lagi tu?", sapa Maya.

Orkid menoleh kepalanya dan memberikan senyuman manis.

"Ala.. kejap.. Aku tengah tulis tarikh-tarikh penting ni. Kang aku lupa pulak bila nak hantar assignment tadi", mata Orkid kembali kepada buku diarinya.

"Aih.. Madam baru je cakap minggu depan. Takkan boleh lupa kot?", tanya Maya sambil mencuit bahu Orkid.

"Itu baru assignment Madam Zila. Belum lagi assignment kelas-kelas lain sebelum ni. Kalau aku tak tulis nanti, pening kepala aku kang", jawab Orkid sambil menulis.

"Hm.. ye lah. Cepat sikit. Aku dah lapar ni", ujar Maya sambil melihat jam tangannya.

Orkid sekadar mengangguk.

Ketika itu sudah pukul 2 petang. Orkid yang sudah selesai dengan catatannya berjalan keluar dari Dewan Kuliah bersama Maya menuju ke kafeteria.

Orkid dan Maya merupakan dua sahabat yang berkenalan sejak masuk ke universiti ini lagi. Orkid berasal dari utara manakala Maya pula dari selatan. Mereka berdua berlainan ciri dan sifat. Maya jenis ceria yang aktif, lebih-lebih lagi dalam aktiviti lasak dan sukan. Dirinya agak popular di universiti itu. Sudah lah cantik dan berkarisma, aktif pula. Beliau senang bergaul dan mempunyai ramai kawan.

Berlainan pula dengan Orkid. Gadis itu merupakan seorang yang pendiam dan tidak suka bergaul. Ulat bukulah katakan. Beliau boleh dianggap sebagai seorang anti-sosial. Tidak banyak kawan. Lebih gemar mengurungkan dirinya dalam bilik bersama buku-buku daripada keluar dengan rakan-rakan yang lain. Mereka berdua duduk dalam satu bilik yang sama di asrama membuatkan mereka saling mengenali hati budi masing-masing. Mungkin itulah yang membuatkan mereka serasi bersama.

**********

Di kafeteria, kelihatan ramai pelajar sedang makan tengahari. Sungguh padat. Kebiasaannya mereka duduk di meja yang berdekatan dengan tingkap di hujung sana tetapi pada hari itu, meja itu sudah pun mempunyai penghuni.

"Aisehh.. mana kita nak duduk ni, Orkid? Ramai gila orang kat sini..".

"Hm.. entah la Maya. Aku pun tak tau ni".

"Haa... tu ada kosong! Kat sebelah member-member aku yang lain tu! Haii!", ujar Maya sambil melambaikan tangan ke arah kawannya di hujung sana. Lambaian itu dibalas.

Maya menoleh ke arah Orkid.

"Jom la Orkid. Boleh kita duduk sana".

Orkid memuncungkan bibir. Beliau menggelengkan kepalanya. Buku dipeluk erat-erat ke dada.

"Takpe la Maya. Aku tak berapa rapat la dengan mereka. Kau pergilah, takpe. Aku beli roti je la makan kat bilik".

"Isk.. kau ni..."

Maya menoleh kembali ke arah kawannya.. Beliau melambaikan tangannya menandakan beliau tidak jadi duduk di situ. Kemudian Maya memandang Orkid kembali.

"Dah.. jom la kita beli makanan bungkus bawak balik ke bilik kita".

Orkid mengangguk sambil tersenyum.

Setelah membungkus makanan, mereka berdua pun berlalu pulang ke bilik. Asrama mereka tidak jauh dari kafeteria itu. Ia cuma dipisahkan dengan dewan badminton dan gelanggang bola tampar sahaja. Perjalananan itu hanya memakan masa 5 minit.

Sampai sahaja di bilik, mereka berdua menukar baju kepada yang lebih santai. Petang itu mereka berdua bebas. Kelas jam 4 petang dibatalkan oleh pensyarah mereka atas sebab-sebab tertentu. Jadi, untuk hari itu, kelas jam 12 tadi merupakan kelas yang terakhir. Bagi pelajar-pelajar universiti, tiada yang lebih indah daripada mendapat khabar kelas batal. Bolehlah mereka melepak, berehat dan lakukan aktiviti sendiri. Kebanyakkan daripada mereka mengambil peluang ini untuk tidur. Biasalah kehidupan seorang mahasiswa, tidur tidak menentu.

Orkid ingin ambil peluang kelapangan ini untuk mentelaah buku manakala Maya pula ingin keluar bersiar-siar. Kedua-dua mereka kini duduk di lantai sambil membuka bungkusan makanan yang dibeli.

"Beb.. Aku dengar kau cedera hari tu masa main bola baling. Betul ke?", tanya Orkid sebelum menyuap mulutnya dengan nasi.

"Alah... sikit je la Orkid. Biasalah bersukan. Mesti ada cedera sikit-sikit", jawab Maya sambil memandang rakannya.

"Tapi aku tak perasan pun. Kau nampak okey je dari hari tu".

"Betul la tu. Aku cedera sikit je kat penggelangan tangan. Dah pulih dah...".

"Tak sakit ke?".

"Isk kau ni.. aku terseliuh sikit je la.. Bukan kronik mana pun".

Orkid mengunyah makanannya. Sekali-sekala terdengar beliau berdesir menahan pedas sambal belacan. Tangannya mencapai secawan air kosong dan minum untuk melegakannya. Dahinya berpeluh. Setelah meletak kembali cawan ke lantai, beliau menyambung,

"Tapi Maya.. kalau kau seliuh tangan sekali pun, takkan cepat betul sembuh?"

Maya diam sebentar. Beliau ingin menghabiskan kunyahannya dahulu. Selepas menelan, beliau menjawab,

"Aku ada ubat aku dapat dari seorang doktor ni. Elok ubat dia".

"Ubat apa?"

"Isk... ubat untuk sembuhkan sakit la. Dah la.. habiskan makan dulu. Apa ni, time makan nak ajak bersembang?".

"Okey.. Heee..", Orkid tersengih apabila ditegur sebegitu.

Sesi makan tengahari itu berakhir dalam masa 15 minit. Perut sudah kenyang. Mereka berdua berehat sebentar sambil duduk di tepi tingkap. Bilik mereka berada di tingkat 3 asrama itu. Dari ketinggian itu, angin yang memasuki tingkap agak mendayu. Terasa sunguh syahdu. Ibarat duduk di tepi laut!

CANTIKWhere stories live. Discover now