Bhgn 5

494 29 8
                                    

Suasana masih lagi gelap. Ianya sunyi dan sepi. Orkid merasakan dirinya terperangkap dalam dimensi ini kerana sudah termeterai perjanjian dengan syaitan tanpa sedarnya. Sama juga seperti Maya. Beliau ingin membaca ayat al-Kursi namun lidahnya kelu. Jamu itu sedikit sebanyak merosakkan intipati suci dirinya.

Orkid melihat ke langit. Bulan purnama menerangi alam. Dadanya berdegup semakin kencang. Bulu romanya kembali tegak berdiri. Badannya menggeletar.

Sedang beliau berjalan seorang diri di koridor asrama itu, beliau memerhati sekeliling. Cahaya bulan purnama yang memancar di dinding-dinding memberikan pemandangan yang menyeramkan. Apatah lagi dengan keadaan sunyi itu. Di hujung sana, Orkid terlihat seekor lembaga yang gelap dan tinggi. Kaki Orkid terhenti. Matanya terbeliak. Peluh jatuh dari dahinya. Semakin lama, semakin lembaga itu menghampiri. Gadis malang itu kaget. Lembaga itu terus bergerak ke arah Orkid. Apabila melintasi cahaya bulan, Orkid dapat lihat wajah lembaga itu yang hodoh serta menakutkan.

Lembaga itu mempunyai wajah yang menggerutu. Taringnya panjang dan matanya hitam penuh. Badannya pula tinggi dan kurus. Ternampak lubang-lubang di badan itu yang mengeluarkan darah serta bau yang hanyir. Sepanjang ia bergerak, ia mendengus kasar.

Orkid semakin tidak keruan. Beliau tidak pernah berdepan dengan makhluk seperti ini sepanjang hidupnya. Beliau cemas dan takut. Kakinya berundur perlahan-lahan sebelum memusing dan berlari sepantas yang boleh. Lembaga itu menyeringai melihat Orkid melarikan diri. Berdekatan di situ terdapatnya tangga kecemasan. Orkid terus menuruni tangga itu tanpa berfikir panjang. Beliau hanya ingin menyelamatkan dirinya sahaja. Tangga itu gelap namun masih boleh dilihat dalam keadaan samar-samar.

Beliau turun sehingga ke tingkat 1 dan dapati lembaga itu berdiri tercegat di situ. Lembaga itu memandangnya sambil menyeringai. Tangannya diangkat seolah ingin menerkam gadis itu. Orkid terperanjat sehingga hampir terjatuh. Lantas beliau patah balik untuk naik kembali.

Beliau tiba di pintu masuk tingkat 2. Gadis itu memulaskan tombol pintu itu namun ianya tersekat. Puas beliau cuba untuk membuka tetapi gagal. Orkid semakin panik. Beliau menjerit sekuat hatinya,

"Tolong!! Tolong!!". Jeritan Orkid itu bergema. Tidak cukup dengan memulas, beliau menghentak dan menendang pintu itu tetapi masih lagi tidak berjaya. Air matanya berguguran jatuh.

Orkid baru sahaja ingin menendang pintu itu sekali lagi tetapi pintu itu terbuka secara tiba-tiba. Gadis malang itu terdorong ke belakang. Pintu itu terkuak perlahan-lahan. Setelah pintu itu terbuka sepenuhnya lembaga tadi keluar dan berdiri di hadapan Orkid. Gadis itu terjatuh ke belakang. Kini, beliau tidak dapat bergerak lagi. Tubuh badannya kaku sehinggakan tidak mampu untuk menjerit. Lembaga yang berdiri itu menyeringai dengan kuat dan menuju ke arah Orkid sebelum menindihnya. Seluar pendeknya dikoyak makhluk durjana itu. Di situlah Orkid dinodai.

Gadis itu tidak mampu melawan. Lebih memeritkan, beliau sedar sepanjang lembaga itu "menjamah" tubuh badannya. Setiap kelakuan lembaga itu bagaikan menyiat tubuh badan dara itu. Beliau menangis tidak henti. Kesucian dirinya direntap begitu sahaja. Puas beliau menangis dan menjerit dalam hatinya. Lembaga itu tidak langsung memberi peluang. Ia sungguh rakus sekali.

Apabila lembaga itu sudah selesai, ia kemudiannya hilang dibawa angin lalu. Keadaan kembali seperti sedia kala. Asrama itu kembali berlampu dan suara-suara penghuni asrama kembali kedengaran. Badan Orkid kini boleh bergerak. Dengan berpayahan, beliau cuba mendudukkan dirinya. Beliau termenung sendirian. Pandangannya kosong. Bibirnya masih terketar tak mampu bersuara. Semuanya sungguh pantas. Beliau benci akan dirinya sendiri.

Setelah beberapa ketika, Orkid kembali berdiri dan berjalan menuju ke biliknya. Wajahnya sugul dan tidak bermaya. Rambutnya yang cantik tidak terurus. Mujur, sepanjang beliau berjalan, beliau tidak terserempak dengan sesiapa sehingga ke biliknya.

CANTIKWhere stories live. Discover now