Bhgn 3

386 22 0
                                    

Maya tersenyum riang. Beliau bangkit dari kerusinya dan menuju ke arah almari baju. Beliau selongkar laci yang terdapat di dalam almari itu dan mengeluarkan satu beg plastik yang mengandungi sesuatu yang dibungkus dengan surat khabar. Kemudian, beliau bawanya dan ditunjukkan kepada Orkid.

"Ni lah dia jamu tu".

Orkid merenung bungkusan itu. Terdapat sesuatu bau yang tidak menyenangkan. Tangannya segera menerkup hidung.

"Eee.. busuk gila. Bau apa ni?".

"Lah kau ni... Dah nama pun jamu. Mesti lah ada bau sikit".

Maya membuka bungkusan itu dengan perlahan-lahan. Selepas bungkusan itu dibuka, maka nampaklah beberapa ketul jamu yang berbentuk bulat sebesar ibu jari setiap satunya. Jamu itu berwarna hijau kemerahan. Sekali imbas, nampak seperti guli yang besar. Bau busuk itu semakin kuat di udara.

Mata Orkid sedikit berair. Tak pernah beliau bau sesuatu seperti ini. Ia membuatkannya pening. Lalu beliau memandang Maya.

"So, kau nak aku makan macam mana ni? Kunyah ke?".

"Haha.. tak payah. Kalau kau boleh telan, telan je. Takut kalau kau kunyah terkeluar balik kang".

Maya mengeluarkan seketul jamu itu dan diletakkan di atas tangan Orkid. Kemudian beliau mengambil segelas air dan diberikan kepada tangan Orkid yang lain.

"Ok.. Ia mudah saja. Kau masuk dalam mulut kau, lepas tu terus minum air ni dan telan".

Orkid sedikit ragu-ragu. Tangannya menggeletar. Mukanya seakan tidak pasti, tetapi beliau ingin mencuba juga. Lantas, tanpa berfikir panjang, Orkid memasukkan jamu itu ke dalam mulutnya dan terus menelannya bersama air. Orkid terdiam sebentar. Maya yang berada di sisi melihatnya dengan penuh debaran.

"Ok Maya.. Now what?", wajah Orkid sedikit berkerut. Beliau berasa mual. Seakan ada sesuatu sedang bergolak dalam perutnya. Tekaknya terasa pahit dan payau. Seolah beliau baru sahaja menelan siput hidup-hidup.

"Haha.. sekarang kita tunggu dan lihat".

**********

Malam itu Orkid membawa baju-baju kotornya ke bilik air untuk dicuci. Bilik air asrama itu terletak di hujung sudut sana. Agak jauh daripada bilik. Sepanjang perjalanan ke bilik air itu, Orkid melihat penghuni bilik-bilik lain sedang leka melakukan aktiviti sendiri. Ada yang sedang bermain komputer, ada yang tidur dan ada juga yang sedang bergossip bersama rakan-rakan yang lain. Tidak ketinggalan yang sedang belajar di meja. Suasana di bangunan itu sedikit riuh dengan gelak ketawa serta suara-suara penghuni asrama tersebut.

Di asrama itu tidak disediakan mesin pencuci baju. Pelajar yang ingin mencuci haruslah mencuci tangan baju mereka jika tidak mahu menghantarkannya ke dobi di luar kampus. Ianya melecehkan. Jadi, Orkid mengambil keputusan untuk menyental pakaiannya sendiri. Sambil Orkid duduk mencangkung membasuh pakaian, badannya terasa lain macam. Rasa seram sejuk. Bulu romanya tegak berdiri.

Orkid melihat tangannya dan dapati beliau sedang menggigil. Perasaan pelik menyelubungi. Gadis itu cuba menenangkan dirinya dan cuba tidak menghiraukan perasaan itu. Beliau berfikir, barangkali apa yang dialaminya sekarang ini adalah kesan reaksi jamu yang ditelan petang tadi. Tangannya terus menyental baju.

Tiba-tiba, suasana menjadi sunyi sepi. Telinga Orkid tidak menangkap sebarang bunyi kecuali paip air yang sedang digunakannya. Gadis itu semakin hairan. Kepalanya memikirkan apa yang sedang berlaku. Lalu beliau berdiri dan menutup paip air. Suasananya semakin sunyi. Hanya bunyi titisan air yang jatuh ke lantai. Orkid berasa tidak keruan. Beliau mula melangkah keluar dari bilik air itu.

Beliau terkejut apabila melihat asramanya kosong dan gelap. Tiada satu pun lampu yang terbuka kecuali bilik air itu dan tidak nampak sesiapa asrama itu. Ibarat semuanya ghaib sekelip mata.

"Ya Allah.. apa yang sedang berlaku ni?", bisik hati Orkid ketakutan. Kakinya undur semula ke bilik air itu.

Badan Orkid menggeletar. Bagaikan terkena sawan. Beliau terasa seakan sesuatu sedang berjalan-jalan di urat-uratnya dari kaki ke kepala. Seperti semut-semut berhurunginya dari dalam. Orkid mengerang menahan sakit. Beliau melihat tangan dan dapati kulitnya sedang memutih! Perubahan fizikalnya sedang berlaku. Dalam badan Orkid kini terasa bagaikan sedang disiat-siat. Ianya sungguh menyakitkan. Gadis bertubuh kecil itu menjerit sambil terjatuh di lantai. Tiba-tiba seluruh badannya kejang. Beliau tidak dapat bergerak. Mulutnya berbuih dan matanya berair. Orkid begitu sengsara sekali. Beliau ingin menjerit tetapi tidak mampu. Terasa bagaikan nyawa betul-betul hampir tercabut.

Di saat apabila Orkid seperti tidak mampu bertahan lagi, kekejangan badannya reda. Beliau tidak merasa sakit lagi. Kepalanya agak berpinar tetapi masih mampu untuk berdiri dan memeriksa dirinya. Kulitnya yang dahulu sawo matang, kini sudah menjadi putih dan gebu. Beliau memegang rambutnya dan dapati ianya sudah lurus dan lembut. Tidak lagi kerinting seperti sebelum ini. Licin sekali apabila dibelai. Lantas beliau segera memandang cermin di singki bilik air itu. Beliau amat terkejut melihat wajahnya. Orkid tidak percaya wajah yang cantik di cermin itu adalah dirinya sendiri. Tiada lagi jerawat dan jeragat. Kulitnya putih licin ibarat telur. Tiada cacat cela. Matanya cantik dan bersinar. Bibirnya sungguh menawan.

Orkid terpaku di situ sambil tersenyum lebar. Jamu itu menjadi! Benar kata Maya, perubahan ini juga memberikan Orkid seakan satu keyakinan di dalam diri yang tidak pernah beliau rasai sebelum ini. Beliau tidak sabar untuk mencari Maya dan menunjukkan dirinya yang baru.

CANTIKWhere stories live. Discover now