Bhgn 2

500 25 1
                                    

"Maya... kau kata tadi nak keluar bersiar. Tak jadi ke?", soal Orkid melihat Maya sedang ralit bermain permainan video di telefonnya.

"Hm.. tadi rasa macam nak keluar. Tapi lepas kenyang macam ni rasa malas la pulak".

"Owh... Haha. Bukan apa. Jarang tengok kau berada dalam bilik ni lama-lama. Ada je tempat kau kena pergi. Main bola baling la. Keluar dengan kawan-kawan la".

"Ala.. Orkid.. sekali-sekala jadi macam kau apa salahnya".

"Hahaha... Hey.. Ingat aku takde life ke?"

"Aah ye.. memang ada.. Life kau dengan buku-buku tu je ha... hahaha".

Kedua-dua mereka tertawa bersama sambil melihat buku-buku yang disusun di atas meja belajar Orkid. Gadis pendiam itu memang banyak koleksi novel yang di susun di atas meja itu. Bagi seorang pendiam sepertinya, kebanyakkan novel itu bergenrekan romantik.

Kemudian masing-masing pun terdiam sebentar. Orkid melihat langit yang membiru di luar sana. Satu nafas ditarik dan dihembuskan. Maya masih lagi bermain dengan telefonnya.

"Maya.. apa rasanya jadi macam kau ye?".

"Maksud kau Orkid?", Maya menutup telefonnya dan meletaknya di sebelah. Beliau memandang tepat ke arah muka rakannya.

"Ye la kan. Kau tu popular je di kalangan yang lain. Aku pula takde siapa kenal rasanya. Kalau yang kenal pun, suka buli aku je. Suruh buat assignment la. Jadi tempat orang meniru jawapan la. Jadi bahan jenaka la..".

Maya tersenyum kecil. Kepalanya digeleng perlahan-lahan.

"Sebenarnya Orkid.. Yang masalahnya kau tu ha. Kau takde keyakinan pada diri sendiri".

Orkid menoleh mukanya ke arah Maya. Matanya redup.

"Kau lainlah Maya. Muka kau cantik. Aku ni hodoh je.. Muka penuh jerawat. Badan pun cutting tak menarik. Engkau tu perghh... kalau aku lelaki, dah lama aku ngorat kau tu".

Maya tertawa kecil. Tangannya mengangkat rambut belakang dan diikatnya dengan getah. Kemudian, beliau beralih tempat dan duduk di sebelah Orkid. Belakang gadis pendiam itu diusap-usap perlahan oleh Maya.

"Kau nak tahu sesuatu tak Orkid?".

"Apa dia?".

Dulu kan... aku sebijik macam kau", ujar Maya.

Orkid memandang dengan wajah kehairanan.

"Maksud kau?"

Sambil tersenyum, Maya menjawab,

"Iye.. aku macam kau dulu. Kawan takde. Takde keyakinan diri dan suka menyendiri. Suka berkurung dalam bilik daripada bergaul dengan orang".

"Bila tu?"

"Sebelum aku masuk universiti ni. Time diploma dulu".

"Serius beb? Takkan lah...", Orkid seakan tidak percaya. Mana mungkin gadis secantik Maya ini merupakan seorang anti-sosial sepertinya dahulu.

"Iye Orkid. Percayalah. Aku faham perasaan kau. Tu pasal aku boleh berkawan dengan kau. Aku betul-betul fahami kau".

Orkid masih lagi tidak percaya apa yang diluahkan oleh Maya. Matanya terpaku pada wajah rakan sebiliknya itu.

"Aku tau bagaimana rasanya apabila orang buat kita macam tak wujud. Tidak suka apabila berada dekat dengan kita. Tengok muka kita pun boleh buat mereka muntah! Jadi percayalah bila aku cakap.. aku faham perasaan kau..", suara itu sedikit tegas. Mata Maya sedikit berair.

CANTIKWhere stories live. Discover now