Riz...esok Riz akan kahwin tau, dengan anak auntie Nooraine, Qiz Zahra. Ingat kan dia? Sekarang dia dah jadi doktor. Nanti Qiz boleh jaga Riz dengan baik tau." betapa gembiranya hatinya apabila mendapat panggilan daripada kawan baiknya sebentar tadi. Mulia sungguh hati budak Qiz Zahra tu. Kenapa aku tak nampak dari dulu lagi? Ah...aku puas sekarang kerana anak aku akan kahwin dengan seorang yang sangat baik. Syukur ke hadratMu Ya Allah..
" Yei! Yei! Baby nak kahwin esok!"
Budak tu nak kahwin dengan aku? Aku dengan susah - payah berlakon macam budak - budak semata - mata tak nak kahwin dengan Fatin. Dengan budak ni pula. Kenapa dengan budak kecik juga aku kena kahwin. Dah lama rasanya aku tak nampak dia. Doktor? Wah..pandai juga budak cengeng tu. Nampaknya aku terperangkap. Kalau budak tu boleh terima aku walaupun aku otak kureng, mesti dia boleh terima aku dalam keadaan apa pun kan? Ah payah! Layan ajelah budak tu. Susah sangat.
Nak sangat kahwin dengan aku kan? Tanggunglah aku lepas ni. Aku takkan buat apa pun. Berdosa ke aku jika buat macam tu kat dia? Dah nak jadi isteri aku pun, mesti berdosa kalau buat macam tu. Aku akan fikirkan sesuatu. Syed Putera Airiz tidak boleh tunduk pada budak kecik tu! Macam mana kalau aku jatuh cinta pada dia? Budak kecik, takkan aku nak tergoda kat dia.
Si Fatin tak guna tu dah pernah mengandungkan anak orang lain. Tak hingin aku nak ambil bekas orang lain. Qiz Zahra? Mungkinkah orangnya seindah namanya? Well, let's see tomorrow then... Siaplah kau budak kecik kalau aku tuntut hak aku.
Syed Putera Airiz tersenyum sendiri apabila memikirkan kuasa yang ada pada tangannya sebagai seorang suami. Ya....
(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)

ANDA SEDANG MEMBACA
my childish husband
FantasyTidak percaya rasanya dalam sekelip mata aku akan menjadi isteri orang. Esok, aku akan tinggalkan rumah yang sudah banyak memberikanku kenangan manis. Nak menangis? Entahlah. Aku sendiri yang membuat keputusan ini. Aku akan membawa 'senjata' untuk m...