Mataku terasa amat berat sekali. Aku membuka mataku sedikit. Hospital? Oh...tadi kan aku dah remukkan Ferrari aku? Alaa...sayangnya kereta tu. Nanti ajelah aku hantarkan pergi 'hospital' Ferrari. Alhamdulillah, kecederaanku tidaklah begitu serius. Ciri - ciri keselamatan yang ada pada keretaku itu telah sedikit sebanyak menyelamatkan nyawaku. Ya Allah, terima kasih kerana masih benarkan aku bernafas di muka bumi ini.
Dalam aku sibuk mengelamun, aku terdengar bunyi pintu wad dibuka. Cepat - cepat aku menutup mataku. Aku nak buat kerja skodeng....hehe...
" Riz, sanggup kamu tipu mummy dan daddy. Tengok sekarang? Siapa yang jadi mangsanya?! Budak tu tak bersalah Riz. Macam - macam dia buat untuk Riz, dan ini balasan Riz? Apa mummy nak jawab pada mama Qiz, Riz?" tersedu - sedan aku dengar suara mak mertuaku di kala ini. Apa pula yang dia tipu aku sampai mummy marah sangat ni?
" Daddy rasa memang tak ada gunanya Riz berlakon selama ini. Riz tahu tak berapa lama dia tak tidur dan bersengkang mata semata - mata nak sembuhkan Riz? Dia sayang sangat pada Riz. Kalau sekalipun Riz tak nak kahwin dengan si Fatin tu, beritahu ajelah kat daddy. Tak perlu semua ini." daddy pula yang bersuara ketika ini. Nada suaranya agak keras.
" Riz memang cintakan Qiz, mummy, daddy. Sayang sangat. Tapi Riz tak sangka akan berlaku semua ini.. Riz menyesal daddy." kini aku dapat mendengar dengan jelas suara suamiku yang maco. Aik? So, memang benar tekaan aku itu? Dia memang sedang berpura - pura? Aku tahu, sehebat mana pun seorang pelakon itu, dia takkan dapat menipu seorang doktor! Lebih meyakinkan aku bahawa dia normal ialah kejadian pada malam itu. Jikalau dia tidak cukup seringgit, mustahil dia tahu segala perkara yang dia lakukan terhadapku pada malam itu. Apapun, aku tidak sedih kerana menipuku, sebaliknya aku gembira kerana suamiku normal. Aku bersyukur kerana tidak perlu lagi mendengar kata - kata cacian terhadapnya. Tiba masanya untuk aku mengenakannya kembali.
" Tolong jangan sia - siakan hidup dia." tegas suara mummy kedengaran seperti askar sedang memberi koman.
Bunyi pintu bilik ditutup menandakan mummy dan daddy sudahpun keluar dari bilikku. Hanya tinggal aku dan suamiku sahaja pada ketika ini. Tanganku dipegangnya erat. Aku berasa sangat selesa dengan tangannya yang hangat menyapa kulitku yang sejuk itu.
" Sayang, abang minta maaf sebab tipu Qiz selama ini. Percayalah sayang, abang sememangnya cintakan Qiz seorang sahaja. Abang tak niat semua ini berlaku pada Qiz. Kalaulah abang boleh putarkan masa, abang mohon sangat abang berada di tempat sayang... abang tak sanggup kehilangan Qiz." Syed Putera Airiz mencium tangan isterinya.
" Qiz? Boleh Qiz dengar suara abang tak? Bangunlah Qiz, abang rindu sangat nak dengar suara Qiz."
Terharu aku mendengar pengakuannya. Aku menahan air mataku daripada gugur. Setiap perkataan yang diucapkannya bagaikan air dingin yang menyimbah ke atas kepalaku. Segala kesakitan akibat kesan lebam tidak terasa lagi. Kini, aku hanya merasa nikmat cinta suamiku.
" Baby, boleh baby dengar suara papa tak? Baby jaga mama elok - elok tau. Jangan susahkan mama." aku mengandung? Alhamdulillah.... Segala perasaan bahagia bercampur dalam diriku ketika ini. Aku terasa perutku dicium lembut. Selepas itu, diusap pula. Sudah! Aku dah tak tahan lagi...
" Baby? Baby buat apa kat sini? Kenapa pegang perut Bobo? Kaki Baby okey dah ke? Darah banyak keluar ye? Mari sini, Bobo nak tengok." aku berpura - pura dia masih budak tak cukup seringgit itu. Nasib baik aku dapat menahan tawaku kerana muka bingungnya sungguh melucukanku.
" Sayang, ini Syed Putera Airiz la. Suami sayang. Bukan Baby. Sayang abang minta maaf..."
" Baby mamai ke? Sihat ke tak ni? Apa panggil sayang-abang? Eeii...Baby tak geli ke?" aku meletakkan tanganku di atas dahinya untuk menjayakan lagi lakonanku.
" Sayang, kenapa sayang cakap macam tu? Abang minta maaf sayang sebab menyusahkan sayang selama ini. Sebab berpura - pura dengan sayang. Sayang, ini anak kita tau yang ada dalam perut sayang ni. Qiz tak sayang kat dia ke?" matanya sudah bergenang air mata. Sungguh, aku tidak mahu melihat air mata lelaki milik suamiku gugur. Tidak sama sekali.
Aku terus menariknya ke dalam pelukanku. Aku membasahi bajunya dengan air mataku. Aku tidak kisah dengan lebam - lebam yang terasa sungguh sakit di badanku. Aku merungkaikan pelukanku. Aku merenung dalam ke dalam anak matanya yang berwarna sedikit perang. Handsomenya....
" I love you sayang....abang minta maaf tau. Sayang marah tak dengan abang?"
" Shhh...Qiz tak pernah marah dengan abang. Abang ingat Qiz tak tahu ye abang tu sebenarnya berlakon? Qiz ni doktor la abang...Qiz tahu yang mana satu asli dan tiruan. Ini doktor terbaek di dunia tau!" aku meletakkan jari telunjukku di atas bibirnya.
" Nakalnya isteri abang! Abang rasa malu sangat berlakon depan director besar macam sayang...hish, tak sangka betul. Punya syok abang berlakon tau..." Syed Putera Airiz membuat muka puppy facenya sambil meletakkan dagunya dia atas birai katil.
" Ha..ha...ha...padan muka. Lebih - lebih lagi masa malam tu...lakonan abang memang tak menjadi langsung!" aku tersenyum teringatkan kejadian pada hari itu. Dia juga begitu.
" Hmm....kita tunggu sama - sama ye detik baby kita tengok dunia ni?"
" Okey sayang...anything for you." dengan romantis aku membisikkan kepadanya.
(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)

ANDA SEDANG MEMBACA
my childish husband
FantasiTidak percaya rasanya dalam sekelip mata aku akan menjadi isteri orang. Esok, aku akan tinggalkan rumah yang sudah banyak memberikanku kenangan manis. Nak menangis? Entahlah. Aku sendiri yang membuat keputusan ini. Aku akan membawa 'senjata' untuk m...