mch 3

15.2K 638 4
                                        

Fuh...leganya dapat buka tudung. Hish..mamat ni, tidur aje kerjanya agaknya. Aku yang pengantin baru yang cantik lagi anggun tak mahu ditengoknya. Aku pakai ajelah baju tidur lace tu. Bukan si Airiz nak tengok pun. Tengok pun, belum tentu dia nak tergoda tengok aku.

Seriously aku cakap, handsome siot suami aku tadi dengan baju Melayu putih. Badan dia yang sasa macam Dennis Oh betul - betul buat dia nampak segak pakai baju tu, walaupun dia ni sebenarnya tak cukup seringgit. Kadang - kadang aku wonder juga kalau dia ni sebenarnya berpura - pura atau betul - betul macam budak - budak. Sebab masa lafaz nikah tadi, maco betul suara dia.

Ahh... tak usah aku serabutkan kepala otak aku dengan perkara tu. Yang penting, dia suami aku dan aku isteri dia. Mengantuknya... sudahlah esok kerja. Nasib..nasib...aku yang jadi pengantin terjun.


AKU memandang tubuh langsingku di depan cermin tandas. Cantik. Gaun tidur yang hanya separas paha ini aku beli di Sepanyol ketika aku melanjutkan pelajaran di sana. Memang lega, tak panas langsung.

Aik? Apesal mamat ni buka baju? Bukankah tadi dia pakai baju? Badan dia... ya Allah, tolonglah aku tahan nafsu aku ni. Macam tak pernah tengok dia pula. Mungkin dia pun panas kut..

Syed Putera Airiz hanya pura - pura tidur. Niatnya hanya untuk mengenakan isterinya dengan membuka bajunya. Niatnya terbantut apabila melihatkan isterinya hanya ke meja solek untuk memakai losyen di tangan dan kakinya. Syed Putera Airiz terpaku seketika melihat isterinya yang kelihatan sungguh seksi malam ini. Lelaki dan perempuan berdua dalam bilik, hubungan yang sah, halal, segala milik si perempuan milik si lelaki, apa boleh berlaku? Jeng...jeng...jeng...

Syed Putera Airiz cepat - cepat menutup matanya apabila mata isterinya terarah kepadanya. Takut juga jika minah tu perasan aku tengok dia. Masya - Allah.....cantiknya dia. Rambut dia yang panjang, harum sampai ke sini pun boleh bau wo. Belakang dia yang terdedah, putih gebu. Dadanya pula, terdedah juga. Memang menggugat naluri kelakian aku.

Perlahan - lahan aku bergerak ke arah katil. Aku mengambil tempat di sebelah Airiz. Bestnya katil dia. Lena lah aku tidur malam ni. Aku tidur menghadapkan kepalaku ke siling. Aku menutup mata. Sweet dream,here I come!

Tiba - tiba... dupp! Tangan sasa milik Syed Putera Airiz mendarat dengan agak kuat di atas dada Qiz Zahra. Tidak henti setakat itu, Qiz Zahra didakapnya dengan erat pula.

Apa ni? Tiba -tiba aje letak tangan atas aset aku ni. Susahnya aku nak bernafas. Woi..lepaslah aku. Mama.. tengok menantu mama yang gatal ni. Deruan nafasnya yang agak kasar menyapa telingaku. Gelilah..Biar ajelah, dia ni kan cayang busyuk masyam aku....
(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)

my childish husbandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang