Suasana hutan sangat sunyi sepi kadang kala di sahut oleh bunyi bunyian unggas. Tidak tahu arah tujuan, aku hanya mengikut kata hati. Sudah beberapa jam aku berjalan, tapi masih belum mendapat jawapan.
Di kanan dan kiriku pokok-pokok besar, sebesar 3 pemeluk dengan dedaunan rimbun yang menutup cahaya matahari dari menerkam tanah yang lembab.
Dalam perjalanan aku hanya berfikir di manakah arah tujuan, kiri? Kanan? Depan? Belakang?.. Ahh. Semua memeningkan kepala.
Baru aku terfikir tentang tanah tinggi apabila mendongak ke langit. Yup! Thts right. Tanah tinggi.
Sejenak dapat idea untuk ke tanah tinggi aku terus berlari menuju ke arah bukit Senawang. Berlari dan terus berlari. Walaupun terasa sakit di perut.
Sharon berlari dan terus berlari, apabila terasa letih dia akan berehat seketika dan apabila hilang letih dia akan terus berjalan. Menuju ke puncak bukit Senawang.
Alasannya menuju ke puncak bukit adalah untuk mencari di mana harus dituju olehnya.
Hutan yang penuh semak belukar diredah juga berharap untuk secebis harapan, semoga bertemu jalan keluar.
Hutan yang terlalu besar dan luas mungkin tidak ada jalan keluar. Malah aku bukanlah anak kampung yang mampu berdikari sendiri di dalam hutan, sedangkan di rumah orang gaji yang masakkan untukku.
Parahh!!
Dunia seperti berputar 180 darjah meletakkan aku di bawah sekali. Tanpa keluarga di samping, tanpa makanan yang mewah. Dan tanpa segala-galanya kekayaan.Hanya pokok, semak, belukar, lintah, pacat, argghh. Membuat aku gila.
Harapanku agar tidak mati di hutan ini.
Senyuman pahit terukir di bibir moga kerisauan tidak menguasai diri.
Di dalam perjalanan, sharon kelaparan dan terasa sangat lapar. Sudah lama tidak menjamu nasi. Terbayang-bayang di matanya akan makanan mewah.
Hampa! Sekali lagi hampa!
Aku berhenti dan berfikir bagaimana cara mencari makan d dalam semak hutan ini.Dari jauh terdengar bunyi teriakan orang2 asli. Seperti teriakan meraih sesuatu.
Serta merta darah menyirap ke keseluruh tubuh badan. Lantas aku duduk bersembunyi di tepi belukar. Trauma! Tangan menggigil ketakutan. Perlahan-lahan aku mengensot ke belakang pokok besar lalu menyandar.
Aku duduk sambil memeluk kaki dan meletakkan dagu di atas lutut. Mata menjalar di setiap sudut hutan. Risau kalau-kalau ada sesiapa di sana.
Lama aku menunggu, sehinggalah suara-suara tadi hilang. Hutan terasa sunyi. Dan sangat sunyi.
Sharon berdiri dan meneruskan langkah. Perutnya terasa amat pedih, kerana masih belum ada makanan yang masuk di dalamnya. Sambil berjalan di tebing bukit, sharon dapat memerhatikan ada sekolompok khemah-khemah orang asli yang selalu berpindah rendah.
'ahh, bahaya kalau diorang tahu aku ada di sini, mungkin aku yang jadi makanan. Bukan aku yang dapat makan.' monolog hatinya.
Matahari juga mula terbenam. Nak tak nak aku kena cari juga sungai-sungai berdekatan. Sumber air dan makanan. Ada sungai ada ikan. Ada ikan adalah makan.
Hatinya tersenyum lucu. Dalam keadaan begitu dia mampu lagi berseloroh dengan diri sendiri.
Perjalanan di teruskan melepasi bonggol-bonggol, parit laluan haiwan liar, pokok-pokok tumbang.
Akhirnya sharon terduduk lesu di atas kayu balak yang tumbang. Diam.. Sambil mengelip-ngelipkan mata.
"mak.. Laparr..."
Sharon berkata dengan nada layu. Bila sharon mengamati bunyi-bunyian di dalam hutan barulah sharon perasan yang dia sudah dekat dengan sungai.Matanya terbuka luas.
"sungai!"
Lantas sharon berdiri dan tercari-cari arah sungai. Setelah dapat mengesan kedudukan sungai sharon mula membuka langkah. Di hadapannya kini ada tebing yang tinggi.
"aishh!! Kena panjat lagi. Apalah ujian teruk sangat. Macamlah aku lelaki kena panjat sana lari sini lompat sinun. Bilalah berakhir"
Telinganya cepat menangkap sesuatu bunyi. Sharon menoleh ke kebelakang.
"matilah."
Sharon memanjat tebing tinggi itu dengan bantuan dari batu batu yang tertonjol dan juntaian akar akar kayu. Hampir tergelincir jatuh.
Sharon berlari sekuat hati setelah melepasi tebing itu. Ternyata ada jurang lagi di hadapannya. Tiada lagi tempat untuk menyelamatkan diri. Melainkan terjun ke sungai. Hanya itu pilihan.
3 orang lelaki berbadan sasa mengejar sharon untuk menunaikan hasrat Lord Vironica. Sharon terlepas ketika upacara korban di lakukan.
Bagaikan di hadapan mulut buaya dan belakang harimau kelaparan. Kanan dan kiri memang tak lah. Lari macamanapun aku tetap tertangkap. Sudahlah sado, gagah pula tu. Tenaga pun macam hantu, aku ni tenaga dah low bat. Nak tak nak. Aku kena..
Belum sempat menghabiskan monolog sharon sudah melompat di jurang yang sangat tinggi. Air terjun hanya dalam jarak 200 meter dari sebelah kiri..
Ahh.. Kau bertindak sebelum sempat jariku menulis sharon. Kau bagaikan hidup di dalam minda bawah tempurungku ini..
3 lelaki gagah itu berlari ke tebing jurang.
"Damn!!"

YOU ARE READING
Merentas Makrifat
Mystery / Thrillersiapakah dia? Watak seolah-olah hidup dan marah melihat aku sebagai penulis. Marah kerana aku yang control hidupnya. "kau hidup dalam pena aku sharon" "sekejam2 manusia adalah penulis"