"sharon!"
Satu jerita yang membuatkan aku terbangun dari tidur yang panjang.Suara parau memanggil namanya dengan gema yang kuat. Melantun-lantun suara itu di batu-batuan yang keras.
Mata sharon terbungkam luas memerhati segenap tempat.
"aku.." sharon di dalam kebingungan. Tangan kirinya memegang bahagian kepala yang sakit.
Aku sedang berada di gurun batuan. Tanpa tumbuhan. Langit berwarna kelabu kehitaman menandakan hujan akan turun.
Lagi.. Di satu dunia yang lain.
Sharon cuba mengingati dimana terakhir kali dia pergi.
'water. River.. Yes. Waterfall..' keningnya berkerut 1000 bahasa kebingungan.
Lantas menoleh kebelakang risau kalau-kalau orang suruhan Lord Veronica masih mengejarnya.
Hati gelisahnya tenang apabila mendapati tidak ada orang di belakangnya.
Sekali lagi sharon memandang sekeliling. Mencari-cari siapa yang memanggil namanya sebentar tadi.
Dihadapannya bukit bukau berbatuan. Dia sedang berpasak di atas bukit batu.
Tidakk..
Aku tidak memijak apa-apa. Lantas muka menunduk kebawah. Betullah. Aku tidak memijak apa-apa.
Aku sedang terapung di udara.
Serta merta darah menyirap smpai di kepalanya.
Lantas terjatuh tertiarap di atas batu yang rata. Umpama di atas batu mar-mar.
Meremang seluruh bulu roma tengkuk dan tangan. Dia menelan air liur. Sekali lagi kepelikan berlaku ke atas dirinya.
'sharon'
Satu suara halus menerpa pipinya.
Lantas sharon bangun dari tiarapnya, dan berdiri.
Kabus semakin menebal. Meluruh kearahnya.
Sharon melangkah ke belakang dengan perlahan. Seusai 2 3 langkah, kabus putih laju menerpa jasadnya. Sharon tidak mampu berbuat apa-apa.
Akhirnya sharon berada di dalam kabus tebal. Hanya kabus putih sahaja kelihatan.
"who are you!?"
Sharon menjerit bagi melepaskan rasa ketakutan di dalam dada." i am what you are.."
Soalannya terbalas.
Apabila sharon mengecilkan matanya untuk melihat apa yang ada di hadapannya dan di sekeliling, sharon mulai melihat partikel-partikel kabus. Sekecil zahar pun sharon mampu melihat.
Apabila sharon mendongak ke atas. Partikel kabus jatuh di dalam matanya. Sekali lagi sharon di tarik ke dunia lain.
Jasadnya kaku berdiri, tapi roh sharon berlegar di satu alam, mungkin juga satu kampung yang aman. Dan kosong!
Tidak ada sesiapa..
'sharon' sekali lagi suara itu muncul.
'aku adalah kau, kau adalah aku'
Lalu seorang wanita keluar dari belakang pokok besar di hadapan sharon.
Riak wajah sharon terkejut, kerana wanita itu sangat seiras dengannya. Hanya warna rambut yang membezakan.
Terkejut sehingga tidak mampu mengeluarkan kata-kata.
' im shaqeel. Long time no see my sister'
Mata sharon semakin terbungkam.
"shaqeel.."
Tiada kata-kata mampu diucapkan lagi. Hanya berharap sharmila menerangkan apa sebenarnya yang berlaku.
"between 2 world.. Me and you..
2 dunia yang berjalan seiring..
2 dunia yang berbeza tapi sama..
2 dunia... ""what do you mean? I dont get it" suara sharon lemah ingin mengetahui hal sebenar..
Shaqeel seorang yang berperwatakan kasar. Tidak seperti sharon. Shaqeel berambut hitam dan panjang seperti sharon.
Cuma suara shaqeel sedikit parau.
Boleh dikatakan shaqeel adalah kembar sharon.
Kembar mencari kembar itulah shaqeel.
Ia membuatkan sharon semakin bingung dan keliru. Sharon memerhati shaqeel dari hujung kaki ke hujung rambut kalau-kalau ada yang klue shaqeel adalah jelmaan jin.
Pelik. Tidak ada yang kurang. Philtrum di atas bibirnya juga ada. Biasanya jin yang menjelma menjadi manusia tidak akan ada philtrum.
"what?" shaqeel mengajukkan soalan kepada sharon lantas menolak kasar bahu sharon.
Sharon tersentak. Lalu "kau siapa?"
"shaqeel?" sambil mengangkat kening.
"no!. Who are you!" sharon menggenggam tangannya. Sharon tidak dapat merasakan kehadiran makhluk halus di sekitarnya. Padahal sharon sememangnya 6xth sense sejak kecil.
"listen sharon! Kita berkongsi 1 perut dulu. Tapi ko tinggal dengan mak, aku dipisahkan. Tidak adil" sambil menyentap kolar baju sharon."kau dan aku kembar. Kalau bukan sebab aku yang selamatkan ko kat istana tu ko dah mati dah. Aku, aku sekali mati jadi korban" pekik shaqell ganas.
"aku terkunci di dalam diri kamu, tidak bebas. Aku hiduo dibumi kosong ini. Bumi yang ada di dalam diri kamu. Bila kamu marah, matahari terik memancar. Bila kamu sedih hujan lebat deras mencurah bumi sehingga sampai satu tahap banjir bukan kepalang. Aku terhimpit disini" sayu mata shaqeel menunduk kebumi mengenang nasib diri.
"bukan salah aku" kata sharon.
Dunia semakin menggila. Di dalam satu alam ada alam yang lain. Di dalam diri sharon ada shaqeel. Di dalam kesenangan ada kepayahan. Di dalam kepayahan ada pengorbanan. Ketahuilah pengorbanan itu pastinya ada nikmat di akhirnya.
Sharon memeluk shaqeel seeratnya, serentak itu juga shaqeel pecah berderai bagaikan kabus. .
Kabus mula menghilang. Sharon tersedar, dia masih berdiri di atas bukit bebatuan.
Mata dipejam perlahan, terasa dirinya seolah-olah hancur berkecai bersama bebatuan itu menjadi zarah-zarah yang kecil.
Gelapp.. Segalanya gelapp..
Seperti sebuah mimpi yang sampai di penghujung. Kini aku hanya menunggu untuk tersedar kembali.
YOU ARE READING
Merentas Makrifat
Mistero / Thrillersiapakah dia? Watak seolah-olah hidup dan marah melihat aku sebagai penulis. Marah kerana aku yang control hidupnya. "kau hidup dalam pena aku sharon" "sekejam2 manusia adalah penulis"