Part 3 Black Sorcerer

33 2 2
                                    

Throwback..

Upacara korban puak Black Sorcerer berjalan dengan lancar setelah 3 bulan berdoa kepada tuhan bintang untuk menunjukkan siapakah yang harus dikorbankan setiap 12 kali bulan penuh.

Ramai remaja perempuan dikumpulkan dan diletakkan di satu tempat tanpa lelaki bagi menjaga kesucian korban. Remaja yang sudah ditiduri lelaki adalah tidak suci dan tidak layak dijadikan korban. Keadaan remaja-remaha wanita sangatlah ketakutan, umpama kematian akan berlangsung tiba tidak lama lagi.

Puak Black Sorcerer dipimpin oleh seorang permaisuri yang digelar sebagai Lord Veronica yang berwajah jelita. Teramat jelita bagi seorang lelaki. Mampu menggoyangkan nafsu serakah.

Lord veronica adalah seorang pengamal magic yang termashyur di kalangan Sorcerer pada masa lalu, tetapi disebabkan keangkuhan dan ego di dalam dirinya, dia tidak dipilih untuk menjadi mana-mana pemimpin di dalam kerajaan sorcerer, dan lagi satu lord veronica melanggar undang-undang dengan membunuh ramai pemimpin sorcerer .

Kerana cemburu dan ego untuk mendapatkan tampuk kepimpinan lord veronica sanggup membunuh. Akhirnya kerajaan mengishtiharkan perang terhadap lord veronica.
Lord veronica mengubah alirannya kepada Black Magic dengan bantuan Iblis. maka terpisahlah Lord Veronica daripada puak Sorcerer kepada Black Sorcerer.

perang berlaku selama 10 hari 9 malam, kerajaan sorcerer hampir kalah menentang tentera-tentera lord veronica yang mati dan dihidupkan semula oleh lord veronica dengan memasukkan entiti jin dan iblis. Lord veronica tanpa sedikit ketakutan pun membuat perjanjian darah bersama ketua jin yang bernama Barbatos dan tidak dpt dilihat oleh mata kasar.

Untuk mendapatkan status expert black magic lord veronica telah melalui pelbagai perkara yang sangat mustahil seperti minum air mata duyung di alam jin, makan 7 jenis bunga, membunuh semua ahli keluarganya dan banyak lagi.

Kini lord veronica akan mengadakan upacara untuk perjanjian kepada raja mereka Jin Barbatos. Ketua diantara ketua-ketua jin.

Barbatos adalah dari golongan 72 malaikat yang jatuh hukuman sebagai pengkhianat malaikat bersama-sama malaikat azazil. Disumpah menjadi syaitan.

Perjanjian darah yang dibuat adalah kerana Barbatos telah banyak menolong Lord Veronica di dalam mengamal Black Magic.

Orang suruhan lord veronica ada 3 orang sahaja, kesemua adalah lelaki berbadan sasa. Bael, Agares, Paimon, 3 orang kepercayaan lord veronica. Mereka tidak pernah menghampakan lord veronica, setiap misi yang diarahkan akan berjalan lancar dengan selesai.

"dari mana perempuan yang kamu tangkap tu?" soal lord veronica kepada Paimon. Lord veronica duduk di atas kerusi raja di dewan pengishtiharan istana yang sangat usang.

Paimon duduk melutut di hadapan lord veronica "my lord. I found her at the edge of the village"

"pastikan dia suci. Dia akan jadi korban malam esok" sambil tersenyum.

"baik"

..................................................... (flashback)

Sharon membuka matanya perlahan-lahan, sakit seluruh urat sarafnya kerana di hentak bahagian belakang kepala.

Sharon menguap dan merenggangkan badannya seakan-akan baru bangun tidur. Terasa sakit di bahagian leher. Matahari sudah terpacak di atas kepalanya.

Matanya terkebil-kebil, cuba mencari tahu dia di mana sebenarnya.

"where am i?"

Matanya kuyu melihat sekeliling. Terdapat kayu-kayu bulat terpacak dan diikat-ikat. Seperti sangkar.

Merentas MakrifatWhere stories live. Discover now