Lagu Faded kedengaran dalam bilik wad . Syafa mengeluh keras sebelum terus capai telefon Leagoo milik Shahin di atas meja.
Tanpa melihat nama si pemanggil, dia tekan butang tutup.
Hush!! Manusia manalah yang asyik telefon Shahin malam-malam buta ni!
Syafa labuhkan balik duduk di atas kerusi di kiri Shahin. Dia lepaskan keluhan lemah sebelum menggenggam erat tangan kiri Shahin.
"Abang... dah dua minggu abang tak datang sekolah dan.. dua minggu juga abang tidur. Abang tak bosan ke?" suara Syafa dah mula berubah sebak. Dia cuba senyum namun senyuman berubah senget. Wajah kaku Shahin dia renung lama.
Mengharap agar mata itu terbuka kembali dan merenungnya dengan senyuman. Namun, harapan hanyalah harapan.
Dan setitik air matanya tumpah.
Dia benamkan muka dia di atas katil Shahin sebelum menangis lagi.
Abang.. Syafa rindu abang yang suka mengusik. Syafa tak dapat tahan perasaan Syafa dari menangis.. Syafa mintak maaf.
'Abang sayang Syafa.'
Eh!
Syafa terus berhenti menangis. Itu.. bukan suara abang Shah ke? Syafa laju angkat kepala memandang wajah Shahin.
"Abang?"dia bertanya perlahan.
Namun diam.
Shahin tidak membalas panggilannya mahupun bergerak.
Syafa kecewa. Perlahan dia mengeluh sebelum mata jatuh pada tangan Shahin dan dia yang bertaut.
Mungkin khayalan dia.
Zap!
Sekali lagi Syafa rasakan dadanya sesak. Nafasnya mula turun naik. Laju Syafa lepaskan tangan dia dan Shahin yang bertaut sebelum dia berdiri. Kaki cuba di langkah ke arah pintu namun matanya mula kabur.
Dan Syafa terduduk di atas lantai. Tak berhenti tangannya menekan dada yang terasa sesak. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
Dan waktu itu jugalah, telinga Syafa menangkap satu bunyi. Bunyi mesin hayat milik Shahin yang berbunyi. Dan Syafa kenal bunyi itu.
Kuat Syafa ketap kuat bibirnya sebelum mengesot ke arah pintu. Dia perlu panggil jururawat. Dia perlukan mereka untuk selamatkan Shahin. Air mata yang keluar dia tak hiraukan.
Terlalu awal untuk Shahin tinggalkan dia!
Dan waktu itu jugalah Syafa rasakan terdapat cecair yang mengalir keluar daripada telinganya. Kepala dia semakin berpinar sebelum pintu wad dibuka perlahan.
Sebaik sahaja mata Syafa jatuh pada kaki yang berseluar putih, laju kelopak matanya terpejam. Dia dah tak mampu tahan.
Si jururawat yang baru sahaja membuka pintu tercengang. Terkejut dengan keadaan di dalam wad.
"Ya Allah! "
>>>>>>>>
"Maafkan saya Puan tapi kedua-dua anak Puan sekarang berada dalam keadaan kritikal. Apa yang dapat kita lakukan sekarang hanyalah bersabar dan berdoa sahaja."
Kata-kata Doktor Kamarul kembali terngiang-ngiang di dalam kepala Syafa.
Kepala yang pening, Syafa picit berulang kali. Perit terasa di hati apabila teringat ucapan Doktor Kamarul kepada ibunya.
Dia tak sangka itulah yang dia akan dengar pabila dia cuba mendengar apa yang Doktor Kamarul dan Puan Sharina bualkan. Terus Syafa patah balik ke wadnya.
"Syafa Andra, anak Puan ada darah beku di dalam otaknya. Dan.. disebabkan darah beku itu terlalu lama berada di dalam otaknya kerana kemalangan lalu, ia mungkin akan memberi kesan buruk kepada kesihatan dia. Untuk mengeluarkan darah beku itu pula mungkin mengambil risiko yang besar. Syafa berkemungkinan akan mati sewaktu pembedahan berlangsung."
Setitik air mata Syafa jatuh. Itulah kata-kata Doktor Kamarul lagi.
Shahin dah tak lama. Dia pun dah tak lama. Jadi ...siapa yang nak jaga mummy lepas ni?
Syafa dapat rasakan ada cecair suam mengalir keluar dari telinga kanan dia. Tangan kanan diangmat sebelum dia kesat cecair tersebut.
Dan mata Syafa buntang.
Darah?
Dan Syafa hilang kata. Kini dia sedar yang dia tak punya banyak masa lagi. Senyum nipis dia tampal.
Tanpa Syafa sedar ada air mata Yang mengalir di pipinya.
Dia..dah tak lama. Tapi dia kena jadi kuat.
Kuat demi Shahin dan Puan Sharina!
Laju Syafa kesat air mata di pipinya. Dia dah penat bersedih mengenai hidupnya. Dia kena kuat!
"Abang tunggu Syafa ye!"Syafa segera melangkah turun dari katil yang didudukinya. Apa yang berada di dalam fikirannya sekarang hanyalah bertemu dengan Shahin dan luangkan masa bersama Shahin.
Kaki dia halakan ke arah wad Shahin. Dia nak sentiasa ada dengan Shahin dan mama untuk saat akhirnya.
>>>>>>>>
Emir menguap lemah. Sebaik sahaja dia tutup pintu wad Shahin, dia melangkah keluar daripada hospital untuk ambil angin. Dia agak keliru hari ini.
Biasanya Syafa akan sentiasa menemani Shahin. Tapi hari ini kelibat si perempuan langsung tiada. Buatkan Emir naik pelik.
Sebaik sahaja Emir melangkah ke arah taman di tepi hospital, kedua kening lebatnya berkerut. Fugura seorang perempuan yang duduk berseorangan di atas bangku menarik perhatian dia.
Perlahan dia mendekati perempuan tersebut dan bibir Emir naik membentuk senyum senget. Syafa Andra.
Ralit perempuan tersebut merenung lantai, lagak orang berfikir. Baju yang dipakai Syafa, Emir renung lama.
Baju hospital?
Padanlah Syafa tak singgah ke bilik Shahin. Dua-dua masuk wad.
"Hai. " Emir bersuara perlahan, menarik perhatian Syafa. Syafa dongakkan kepala, sebaik sahaja anak mereka bertembung Syafa kembali menunduk.
Buatkan Emir sedikit terkejut. Jauh betul perempuan ni berfikir. Sampai Emir pun dia tak layan.
"Syafa okey tak ni?"Emir labuhkan duduk bertentangan dengan bangku yang diduduki Syafa. Kedua keningnya berkerut melihat wajah perempuan di hadapannya yang muram.
Dia naik pelik.
Syafa ada masalah ke?
Syafa lepaskan keluhan berat. Dia sekarang ni tengah berfikir. Doktor kata darah beku dalam kepala dia berpunca daripada kemalangan.
Tapi.. mana dia pernah kemalangan?
"Emir,awak tahu tak pasal kemalangan yang pernah berlaku dekat saya?"Syafa angkat wajahnya, merenung kawan baik Shahin di hadapannya.
Emir kawan baik Shahin.
Mungkin Shahin pernah bercerita sesuatu pada Emir kerana mereka rapat.
Emir senyum nipis. Dia sudah agak yang Syafa akan bertanya juga mengenai perkara tersebut.
"Saya tahu. Perkara tu berlaku empat tahu dulu. Masa awak form 1. Ceritanya macam ni."
>>>>>>>>
Rewritten
YOU ARE READING
Abang ✓
Короткий рассказ[REWRITTEN] Mengisahkan mengenai Syafa dan abang kembarnya. Setiap orang pasti ada ahli keluarga sendiri. Begitu juga Syafa. Namun, Syafa benci akan abang kandungnya. Sehinggalah masa silam terbongkar. #Abang penulis cerita ni telah dijemput I...