Shahin mengeluh kuat. Wajah pucat milik Syafa dia tatap lama. Hati Shahin kini gundah. Peristiwa Syafa yang tiba-tiba sahaja pengsan di taman hospital masih lagi dia tak dapat lupakan.
Erat tangan kanan Syafa yang kecil dia genggam. Mata Shahin berkedip perlahan. Ralit. Memerhati wajah Syafa yang jelas kelihatan lingkaran hitam di bawah mata.
Dan baru Shahin perasan sesuatu.
Syafa pakai baju hospital, sama sepertinya tadi.
Kenapa?
Kenapa adiknya pakai baju hospital sedangkan adiknya sihat. Ataupun Syafa sakit kerana letih menjaga dia.
Tak mungkin.
Nafas dihela kuat.
Krek.
Dan kepala Shahim ditoleh ke arah pintu wad. Anak mata Shahin bertembung dengan mata bundar Puan Sharina. Wajah tua itu juga sedikit pucat. Senyum Puan Sharina ukir sebelum dia tutup perlahan pintu di belakangnya.
Tubuh Shahin dia hampiri sebelum lembut tangan kanan Puan Sharina naik mengusap kepala anak lelakinya.
"Kamu tak nak balik wad kamu ke? Dah lewat ni Shahin. Shahin kena tidur dan berehat. " lembut Puan Sharina bertanya.
Shahin baru sahaja tersedar. Terlalu lama dia menunggu Syafa bangun sehingga tidak sedar masa sudah banyak berlalu.
"Dah pukul berapa mama? "
Puan Sharina jeling sekilas jam tangan miliknya di pergelangan tangan kiri.
" Hampir pukul 11 malam. "
Shahin anggukkan kepala. Perlahan dia turun dari katil sebelum cuba berdiri. Puan Sharina paut lembut bahu anak lelakinya, cuba memberi sokongan namun ditolak lembut oleh Shahin.
Shahin tundukkan badannya sebelum dahi pucat milik Syafa dia cium lembut. Berharap agar adiknya akan segera bangun dan buka kelopak mata.
"Abang balik wad abang dulu. Syafa jangan tidur lama sangat macam abang ok? " lembut Shahin berbisik. Sesekali tangan Shahin naik meraup rambut hitam pekat milik Syafa.
Wajah Syafa dia tatap buat kali terakhir sebelum dia kembali tegak. Tubuh Puan Sharina dia tatap.
"Shah balik wad dulu. "
"Shahin. "
Dan Shahin tak jadi melangkah. Mata kembali menatap wajah ibunya. Kedua kening lebat milik Shahin terangkat.
"Mama teman Shahin balik wad boleh? Mama nak bagitahu Shahin sesuatu. "
Dan Shahin akur. Mereka jalan beriringan ke wad milik Shahin. Sebaik sahaja anak lelakinya sudah labuhkan duduk di birai katil, Puan Sharina tarik nafas lama.
Wajah Shahin dia tatap lama.
Wajah yang sama dengam arwah suaminya.
Buatkan Puan Sharina makin sebak.
Dan mata Puan Sharina sedikit berkaca. Patut ke dia bagitahu mengenai keadaan Syafa pada Shahin?
"Mama? "
Tajam mata Shahin merenung ibunya. Dia tahu maksud wajah ibunya sekarang. Dan perkara yang ibunya akan sampaikan bukanlah perkara baik.
"Pasal siapa? "Sepatah Shahin bertanya. Dia yakin ibunya takkan buka mulut sehinggalah dia bertanya.
Bibir Puan Sharina ketap kuat.
"Pasal Syafa. Sebab kenapa dia jatuh pengsan petang tadi. "
Dan Shahin baru teringat sesuatu. Dia masih lagi tak tahu asbab adik perempuannya tiba-tiba sahaja pengsan dan masih belum sedarkan diri. Wajah Shahin berubah keruh.
YOU ARE READING
Abang ✓
Historia Corta[REWRITTEN] Mengisahkan mengenai Syafa dan abang kembarnya. Setiap orang pasti ada ahli keluarga sendiri. Begitu juga Syafa. Namun, Syafa benci akan abang kandungnya. Sehinggalah masa silam terbongkar. #Abang penulis cerita ni telah dijemput I...